Bab 12

10K 197 1
                                    

Sabah negeri dibawah bayu menjadi pilihan. Ah! Buat kali kedua aku menjejak bumi sabah ini. rombongan pelajar UKM ke sekolah. Program kembali ke sekolah. Seronok masa tu. Tak sangka dapat datang sini. Dengar je pergi sabah. Aku terus setuju. Siapa taknak tengok gunung kinabalu depan mata? Orang tak normal saja yang menolak.

Kini kami berada di gaya island resort. Pulau yang dikelilingi dengan laut yang membiru. Ah! Cantiknya!. Macam nak stay sini terus. Aku mengambil gambar resort itu. Nak bagi safura tengok nanti. Cemburu gila dia bila dapat tahu aku nak ke sabah. Kesian dia kerja kat kuala lumpur sana.

Kami menuju ke kaunter. Memang cantik dan unik suasana resort pulau gaya itu. Memang wow!.

" selamat datang ke sabah. Selamat datang resort pulau gaya. Ada apa yang boleh saya bantu?"

Ramah si pekerja. Senyumannya kubalas. Mamat tu tak tau lah pula.

" suite honeymoon for four days. Tengku Khalish Naufal dan Ainin Aressa"

Pekerja itu ralit mencari dikomputer. Aku meninjau lagi resort itu. Ramai pelancong bertandang ke resort ni.

" sorry for waiting. kotej nombor 105. Terima kasih kerana memilih gaya island resort. Selamat berbulan madu"

Pekerja itu memberikan kunci. Selamat berbulan madulah sangat. Kunci itu bertukar tangan. Lalu kami menuju kebilik yang dimaksudkan. Kami hanya mengikut langkah pekerja yang menunjuk jalan. Tak lama kemudian, kami berhenti di sebuah chalet.

Kini hanya tinggal berdua sahaja. Dia membuka kunci kotej. Aku terpanar melihat hiasan dalam kotej itu. Cantik dan elegan.

Bunga ros merah yang bertaburan diatas katil ku pandang sayu. Kan bagus. Ah! Jangan Ainin. Masih awal lagi.

Aku merebahkan tubuhku diatas katil. Sekuntum bunga ros yang bertaburan itu kuhidu. Wangi.

Zapp!!

Tiba-tiba sehelai tuala melayang tepat dimukaku. Segera aku mengalihkan. Aku baru nak feeling. Potong mood aku betul. Mesti kes cemburu sebab aku dah cop awal-awal katil ni.

" sibuk!"

Geram ku. Aku menghidu lagi bunga ros itu. Wangi.!sukanya. Tenang sikit hati aku ni.

"Tak payahlah nak feeling sangat. Ni bulu tangan aku dah tegak sembilan puluh darjah. Tau tak!?"

Aku memalingkan kepalaku kearahnya. Dia menunjuk bulu tangannya. Tanganku laju melempar sekuntum bunga ros. Tepat dimuka. Padan muka. Cari pasal lagi.

" awak cemburukan sebab saya dah cop awal katil ni"

Kelihatan dia menjeling. Jelas. Dia cemburu. Hahaha. Aku suka.

" tak ada maknanya. Aku nak jeles! Kalau aku nak naik atas katil bukan haram pun"

Dia membalas. Aku mencebik. Aku sepak pula dia ni. Menyemak suasana aku pula. Dia je nak menang. Sakitnya hati.

"Diam lah!"

Dia ketawa besar. Aku membaling lagi bunga ros. Tak kena. Ah! Aku tak puas hati. Aku membaling lagi dan lagi. Riuh kotej tempat kami ni. Mesti orang yang lalu lalang geleng kepala.

" dah habis senjata?"

Bunga ros yang bertaburan diatas katil kini sudah bertukar tempat. Bertaburanlah si bunga ros merah diatas lantai. Habis bunga ku lemparkan. Kini kaki pula bergerak. Gatal sangat kaki aku ni nak sepak-sepak orang. Terutama orang yang namanya Tengku Khalish Naufal.

Dah macam kanak-kanak ribena pula kami sekarang. Aku mengejarnya sambil membawa bantal. Naik semput aku dibuatnya. Tau tak. Bayangkan si rusa yang comel mengejar harimau bintang yang berlari laju. Eh! Terbalik pula.

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now