Bab 20

11.7K 261 4
                                    

PARKIR kereta dalam garaj. Letak kasut dalam bilik kasut lepas itu aku terus naik masuk bilik. Serabut. Ya memang serabut. Dengan jumpa klien yang banyak songeh! Aku dah bagi plan paling mahal. Nak lagi yang paling mahal lagi. Ada yang paling mahal. Penumbuk kat muka! Sabar sajalah aku tadi. Aku dah bagi rekaan paling seni dalam hasil aku. Nak juga yang amat seni. Kalau nak sangat buat sendiri. Hish! Nasib baik kos binaan resort itu memakan jutaan ringgit. Kalau tak? Memang say bye sajalah aku tadi.

Badan kurebahkan diatas tilam. Muka kubenamkan. Nak saja aku gigit tilam ni. Tak cukup dengan tu. Datang pula si Elina nak jumpa aku. Sakitnya hati aku kalau ingat balik. Nak tahu cerita. Mari aku ceritakan.

OTAKKU serabut membuat pelan resort seria. Nak yang paling mahal. Dah bagi yang paling mahal. Nak paling seni. Aku dah lukis yang paling seni. Patutlah Eriq pass kat aku untuk handle mamat songeh ni. Hah! Tuan punya resort. Kalau boleh, dia nak resort atas air. Rekaan ala-ala perahu. Peningnya!.

Bunyi bip menarik perhatianku.

Tanda mesej masuk. Siapalah mesej aku waktu kerja macam ni? Dengan malas aku membuka mesej itu.

I nk jmpa u. Lunch time. If u late...khalish is mine!..lets see face to face! At secret recipe's...

Aku terkelu membacanya. Nak kata salah hantar memang tak! Sebab ada nama khalish. Nak kata musuh aku. Siapa musuh aku? Dah lah aku tengah mood tak elok. Ada juga karang cetus perang.

Malas nak ambil pusing. Aku hanya setuju saja. Buat pening kepala lagi nak siasat bagai. Mesti tak lain tak bukan. Peminat suami aku ni. Baca ugutan dia pun aku dah boleh agak. Kalau aku tak datang, khalish milik dia.

Okey!

Nak tahu mana tinggi langit kan. Meh sini aku tunjukkan. Ingat aku takut dengan dia. Tak luruh pundi kencing aku tau tak?! Tapi betul ke dia ni Elina? Kalau bukan macam mana? Haih! Ainin. Inilah bahananya kahwin dengan orang kaya dah tu ada rupa. Susahnya nak hidup aman.

YEAH! waktu yang dinanti kini tiba. Aku sudah maklumkan kepada safura bahawa aku seseorang. Pada mulanya Safura tanya siapa tapi aku taknak dia repot khalish maka terpaksalah aku bohong sunat kata aku nak jumpa klien. Hah! Ini baru namanya ke lain. Haha.

Bukan boleh percaya si Safura ni. Kata tak bagi tau si Khalish tapi hakikatnya dialah tukang repot tegar si katak itu. Aduhai nasib!

Aku memarkir kereta tepat didepan recret recipe's. Hah! Bukannya apa. Kalau dia nak serang maka senanglah aku nak blah selamatkan diri. Bukan hangat-hangat taik kucing ya tapi keselamatan aku. Taknaklah nanti aku jumpa klien dengan muka babak belor kena serang. Kira bagus babak belor tapi kalau simbah asid? Bukan belor tapi dah babak sebabak drama hindustan.

Dari luar sudah kelihatan gerangan yang ingin menemuiku. Elina! Pergh!!! Apa minah ni nak lagi? Haih ini yang buat aku naik kusta ni.

Riak muka amat tenang kupamerkan tatkala terlihat Elina yang penuh gaya baratnya. Ingat aku takutlah nak jumpa empat mata dengan minah perasan minah saleh celop ni. See my kick lah!

Kini aku sudah berdiri didepannya. Jelingan tajam dihadiahkan kepada. Eleh! Tak luruh jantung aku. Umi aku jeling macam tu lagi ngeri!

" kolotnya you! Ini ke pemakaian isteri CEO SkyAir?"Kutuknya selamba. Blouse labuh dengan skirt labuh ni katanya kolot? Omaiggad! Minah ni sah buta.

" saya ke awak yang kolot? Baju saya cukup kain. Tak macam awak tu. Sayang duit je beli baju macam tu. Harga ribu-ribu tapi kain tak cukup!" Bidasku balik. Bengang! Itulah riak wajahnya. Merah padam bagai udang bakar menahan amarah. Ada aku kesah? Lain kali tengok lawan tu siapa.

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now