Bab 9

10.8K 203 0
                                    

Aku hanya mampu membiarkan safura menyolek wajahku. Safura kalau bab solek-menyolek ni. Memang makanan dia. Jimat sikit duit aku, tak payah keluar duit untuk tempah tukang solek.

" okey. Done!"

Safura tersenyum puas dengan hasiknya. Aku membelek hasil safura. Serius! Aku tak kenal siapa yang terpantul dicermin.

" Fura. Aku ke ni?!"

"Argh! Ares! Kalau aku ni lelaki. Aku dah jatuh cinta kat kau"

Aku menjauhi safura lalu kami ketawa lagi. Aku menelek wajahku sekali lagi. Macam-macam saja Safura ni. Dress putih dalam almari ku capai.

" fura. Aku pakai ni kejap"

" haah! Cepatlah. Aku tak sabar lagi nak tengok ni"

Aku meninggalkan safura lalu menuju ke kamar untuk menyalin pakaian. Pintu kamar ku kunci.

Air mataku mengalir perlahan. Cepat-cepat ku seka. Aku segera menelek wajah ku dicermin.

" nasib baik tak luntur makeup aku"

Aku melepaskan nafas lega. Aku melihat wajahku dicermin.

Tinggal beberapa jam lagi status aku akan berubah. Syurga ku pun aku berpindah. Kalau aku lari ni. Sempat kut. Argh! Ainin! Jangan buat kerja gila. Ingat Umi ingat Abah ingat mama ingat papa. Ingat semua orang.

Aku menarik nafas perlahan. Dress putih kusarung dibadan.
Okey! Ainin! Kau boleh buat! Kenapa orang lain yang kahwin paksa boleh bahagia? Kau tak!. Mesti ada sinar bahagia dalam perkahwinan kau ni Ainin.

Kini hanya tinggal rombongan lelaki sahaja. Safura disisi sibuk memastikan penampilan aku sentiasa perfect!.

" Ares. Aku tak sangka yang yang kau nak kahwin. Tinggal aku sorang yang bujang trang ting tong"

Aku ketawa memdengar luahan mengarutnya.

" tulah! Lain kali minta mak kau carikan calon suami cepat-cepat"

" tak nak lah cepat- cepat. Aku menikmati zaman bujang aku dulu puas-puas"

Aku membuat gaya nak muntah. Tak sedar diri betul minah ni.

" baik tak payahlah. Umur kau tu dah 25 tahun. Boleh jadi mak orang dah"

"Eleh. Kau jeles lah tu. Yalah. Kau kan 25 tahun juga. Tapi dah nak jadi isteri orang"

Safura ketawa. Begitu juga aku. Haih! Safura kalau bab berdebat. Memang dia yang menang. Aku lah yang selalu angkat bendera putih.

" nanti. Kalau kau dah jadi bini orang. Jangan lupa kat aku tau"

Aku menganggukkan kepala. Safura memelukku. Aku membalasnya. Haih! Emo pula sahabat aku ni. Tapi aku lagi emo. Menangis dalam kamar mandi senyap-senyap.

" eh! Aku lupa lah! Aku turun kejap"

Safura menarik perhatianku. Dia segera turun kebawah. Minah tu lupa apa. Aku melihat jariku yang sudah berinai henna. Aku melepaskan keluhan. Tiba-tiba pintu bilik ku diketuk. Lalu dibuka dari luar.

" umi!"

Aku menghampiri wanita yang amat kusayangi itu. Umi tersenyum melihatku.

" tak lama lagi Ainin jadi isteri Khal. Umi harap berkekalan jodoh kamu"

Pandangan ku tundukkan. Jodoh? Hemmm. Aku was was dengan mimpi aku hari tu. Seorang lelaki sedang memegang sekuntum bunga ros merah. Tapi ada cahaya bersinar yang menghalang aku dari melihat wajahnya. Siapa? PNS? Atau orang lain.

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now