Bab 25

13K 319 74
                                    

PELBAGAI rancangan sudah kami atur atur meraih sempena hari lahir Amar. Alhamdulillah, kini hubungan aku dan Amar kembali seperti dulu. Kini Amar sudah punya kekasih hati. Jururawat dimana hospital dia bertugas. Akhirnya, Amar ketemu pemilik tulang rusuknya. Itu harapku.

Kami bercadang untuk meraih hari lahir Amar dikampung Julia. Teman wanita Amar. Hanya kami bertiga saja tahu rancangan ini. Aku, Safura dan julia. Julia, gadis melayu yang sekepala dengan aku dan Safura. Baru sehari kami bertemu. Dah macam kenal lama. Sangat sporting dan boleh tahan kaki merapu seperti kami. Sehari dah kamceng!

Memandangkan kampung Julia punya resort  dan air terjun. Kami bercadang untuk menginap disitu untuk beberapa hari. Lagipun, chalet itu milik keluarga Julia juga.

Rancangan kami ialah membawa Amar ke kampung Julia. Dengan alasan menghantar Julia ke kampung. Ah! Tak sabar nak makan kek. Tapi masalah besarnya sekarang. Macam mana aku nak minta kebenaran dari Si dia? Mr.Lee aku settlekan. Hanya tinggal minta kebenaran dari si dia sahaja. Esok kami akan berangkat ke kampung Selamat.

Aku memandang Khalish yang sedang menyiapkan kertas kerja. Fokus dan serius. Langsung tak pandang kiri kanan ketika aku masuk dalam bilik kerjanya ini.

Aku mengatur langkah mengelilingi ruang bilik kerjanya. Agak bersepah dan semak macam kena ribut taufan. Aku nak kemas tapi awal-awal lagi dia dah pesan. Jangan sentuh kertas kerjanya. Takut nanti tersalah letak.

Rak buku kuamati. Novel inggeris. Langsung tak kena dengan jiwa. Hebat juga selera si Khalish ni. Kebanyakkan novelnya tebal. Mungkin memakan banyak masa untuk habiskan. Kalau aku lah, mungkin setahun pun tak habis. Nak-nak lagi yang pasal dunia fantasi. Lagi aku tak layan. Aku layan cinta melayu. Yang kena kahwin paksa macam aku. Ending nya bahagia sampai ke syurga. Adoi! Merapu je lebih aku ni.

Otak tengah fikir. Macam mana nak cakap ni? Sampai nak berulat minda dibuatnya.

Tanpa sedar, aku melepaskan keluhan.

" kenapa?" Tiba-tiba khalish bersuara. Aku menoleh kearahnya. Dia masih lagi fokus dengan macbook Applenya didepan mata.

"Apa yang kenapa?" Tanyaku. Blur menguasai minda. Tak ada angin. Tak ribut. Tetiba muncul soalan kenapa.

" aku tahu kau tanya aku sesuatu kan" Khalish pandang kearahku.

Dia tengok macbook tu, boleh scan otak aku ke? Macam mana dia tahu. Erk...ke dia ni pakar baca fikiran orang. Bahaya ni.

" errr...tak ada..mana ada" bohongku.

Bengong! Yang aku kata tak ada tu kenapa? Argh! Ainin. Itu lah peluang keemasan kau!

" jangan bohonglah"

Okey! Ainin. Ada peluang lagi tu.

Aku mengatur langkah menghampirinya. Tarik nafas dan hembus. Okey!

" saya nak ke kampung Selamat. Boleh tak?"

Aku pandang matanya. Dia pandang mata aku. Okey! Ada kurangkan sedikit keberanian aku.

" buat apa? Outstation?" Soalnya lagi. Kini dia serupa seperti seorang polis manakala aku pula seorang penjenayah yang bersalah.

" bukan. Nak sambut parti hari lahir Amar"

" wow! Parti buah hati rupanya. Sanggup buat kat kampung selamat" Khalish menyindir. Tak sudah-sudah lagi dengan buah hati itu. Aku ciumkan kepala dia dengan bucu meja baru tahu.

" Amar bukan buah hati saya. Tolong sikit. Nak kat kampung selamat tu sebab kitaorang nak sambut kat kampung girlfriend dia. Lagipun, Safura ikut sekali" jelasku dengan ringkas. Nama Safura kuselitkan untuk menyakinkannya. Insan yang bernama Tengku Khalish Naufal memang suka buat andaian tanpa berfikir. Bagi minum clorox karang. Sah-sah cuci otak.

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now