Bab 17

10.1K 235 2
                                    

AKU melembutkan jari memetik gitar warna biru laut itu. Lama juga aku tak main gitar. Selalunya kalau aku tengah bosan gila. Memang berkonsert dalam bilik. Lagu zaman pop yeye pun aku layan. Haha. Gitar ini pun berhabuk. Berkurun kut PNS tak pegang gitar ni. Sayangnya. Kalau aku. Memang aku jaga bagai barang kemas. Agaknya inilah gitar dalam gambar profile facebook dia.

Aku memetik tali gitar dengan perlahan. Test suara. Okey. Test hidung. Tiada hingus meleleh. Karang ada meleleh. Memang suara bangau yang keluar. Memandangkan tinggal aku seorang diri saja dalam rumah. Jadi bebaslah aku nak lepas rambut dalam bilik je. Teringat perbualan aku dengan PNS semasa makan malam. Dia memang cabar artis sekolah menengah yang dah pencen ni.

AKU menyuap nasi dengan perlahan. Buat apa nak laju-laju. Tercekik karang sia-sia mati katak.

" jangan lupa. Esok aku nak dengar artis sekolah kononnya" pesannya tiba-tiba. Berhenti tanganku menyuap nasi. Dia sindir aku? Ewah memang nak jadi makan malam aku ke apa?. Tajam mataku melihatnya.

" hmmm" jawabku selamba. Sup ayam kuhirup kasar. Sup ayam ni dah tukar sup khalish. Memang ada yang tersumbat tulang ayam dalam kerongkong.

" aik. Takut nampak" perlinya. Aku berdehem. Riak tenang kupamerkan. Mamat memang nak kena cili mulut aku.

" siapa kata takut? Tak ada siapa cakap" balasku. Dia mencebik bibir. Terpacak juga garfu aku ni dekat atas kepala.

" esok. Malam. Dekat gazebo depan" pesannya lagi lantas bingkas bangun menuju ruang sinki. Pinggan dicuci lalu disimpan di rak pengetos. Mamat ni memang serius cabar aku.

" gitar dalam bilik gym" tambahnya lagi lantas masuk ke dalam bilik kerja. Tanpa menoleh ke belakang lagi.

Habis saja aku makan malam. Semua pinggan kotor kucuci. Air masakku capai lalu kuteguk perlahan. Setelah itu baru sahaja aku melangkah menuju ke bilik gym. Pintu kerja PNS dibuka dari dalam.

" aku keluar kejap jumpa Amni dengan Zack" beritahunya. Dia hanya memakai santai. Bila dia naik entah? Tadi pakai seluar track suit warna hitam. Sekarang pakai seluar jeans warna biru laut. baju tadi pula baju tshirt putih sekarang dah tukar baju bola manchester united. Mungkin sesama aku cuci piring kut.

" yalah!" Balasku lantas menyambung semula langkah menuju ke bilik gym disebelah bilik kerjanya. Dia menapak keluar. Tak lama kemudian kedengaran bunyi enjin kereta meninggalkan perkarangan rumah.

Aku membuka perlahan pintu bilik gym. Sememang si katak tu kaki gym. Kadang kala penyakit malasnya datang menyerang sebab itulah dibuat bilik gym kecil hanya sekadar untuk menjaga kesihatan dan menjalani senaman kardiorespiratori. Aku mencari gitar diceruk ruang. Akhir jumpa juga dalam almari. Tersorok betul. Takut sangat orang nampak. Macam sorok harta karun.

"MEOWW"

Oteo mengiau. Terhapus lamunanku. Oteo sedang menggeselkan badan dikakiku. Minta dimanjakan lah tu. Gitar kuletak disisi. Badan oteo yang gebu diangkat. Comel gila siot. Kucing warna hitam dari rusia ni memang cantik. Matanya yang warna biru menampakkan lagi kecomelannya. Memang makan duit banyak juga nak dapat kucing luar negara macam ni. Jujur aku cakap. Pada mula aku gelak bila nampak kucing gemuk kemas dalam pelukan PNS. Jarang jumpa lelaki suka kucing ni. Cuma tak sangka mamat kerek macam tu suka kucing.

" comelnya anak mummy ni" geramku sambil melagakan hidungnya dipipiku. Geramnya dengan kucing ini. Aku membahasakan diri mummy untuk oteo. Mulanya PNS tegah. Dia kata oteo tak perlu mummy tapi aku nak juga. Sampai dia sendiri biarkan aku bahasakan diri begitu.

" nak dengar mummy nyanyi tak? Mummy nyanyi untuk oteo ya"

Kucing gemuk itu kuletak diatas katil tempat dimana aku duduk. Seperti kucing itu faham apa yang aku cakap. Oteo duduk diam sebelah ku. Gitar kucapai. Lalu tali kupetik perlahan. Kod lagu melepaskanmu dari sakura band kumulakan. Not-notnya juga ku jiwai barulah hasilnya mantap.

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now