Bab 15

10.1K 198 4
                                    

JAM tangan kukerling sekilas. Lapan malam. Ah! Aku harus siapkan laporan kerja. Walaupun pembentangannya minggu depan tapi projek ini amat penting. Aku harus berkorban. Lagipun ada kertas kerja lain lagi yang aku kena siapkan. Cuti dua minggu memang memberi beban bila dah mula kerja.

Aku menghirup air nescafe 3 in 1 dengan perlahan. Ini cawan yang kelima aku minum. Aku menyambung semula kerjaku.

Tiba-tiba ada bunyi benda terjatuh. Guruh sabung menyabung. Aku menutup mata rapat. Tanganku menutup muka dengan rapat. Aku memang takut dengan guruh. Setiap kali ada guruh dan kilat. Aku pasti akan bersembunyi dalam selimut dan tutup telinga. Tapi dalam pejabat ni di mana aku nak bersembunyi. Bawah meja?

Habis saja guruh sabung menyabung. Aku meneruskan kerjaku. Debaran jantungku kencang. Suasana pejabat ini sunyi sepi. Hanya aku seorang saja dalam pejabat ini. Tiba- tiba bunyi guruh berdetum lagi. Aku menjerit sekuat hati.

Mata kututup dengan tapak tangan. Rapat. Kilat masih lagi sabung menyabung. Aku menutup mata lagi. Tiba-tiba telefonku menjerit minta diangkat. Tanganku bergetar-getar meraba-raba telefon diatas meja. Mata masih kututup.

" Hello" bergetar suaraku menyapa. Mata masih kututup.

" Hei! Pukul berapa kau nak balik ni?! Kau nak tinggal terus kat sana?! Aku ni kerja juga tapi taklah balik lambat macam ni"

Aku membuka mata. Nama PNS tertulis diskrin telefon. Aku menepuk dahi. Apasal aku lupa nak bagi tau dia ni?! Ingatkan dia tak kesah aku balik lambat. Terselit rasa gembira dihati. Tak sangka risau dengan aku.

" err..kejap lagi saya balik"

" kalau aku mati kebulur. Kau orang pertama aku cari"

Aku menelan liur. Bertambah lagi serba salahku. Dia tak makan lagi? PNS menamatkan panggilan. Aku mengemas meja dan cawan ku hantar ke pantri. Jam tangan kukerling. Lapan empat puluh.

Aku terus mencapai beg tangan dan beberapa dokumen penting. Langkah kuatur menuju pintu keluar. Sempat aku memberitahu kepulanganku kepada pak cik Mail selaku pengawal keselamatan syarikat itu.

KERETA kuparking cermat digaraj. Segera aku memboloskan diri dari perut kereta. Dokumen ditangan kukemaskan.

Selepas memberi salam. Aku menuju ke bilik kasut untuk meletakkan kasut yang kupakai tadi.

Suasana ruang tamu gelap. Lampu tak dipasang. Tak ada orang ke? PNS mana? Barang kali makan dekat luar.

Aku mengatur langkah menuju ke ruang sius untuk memasang lampu. Tiba-tiba failku disambar. Aku lantas menekan punat untuk memasang lampu.

PNS membelek dokumen yang disambarnya tadi. Aku kaku. Terkejut. Terbit senyuman sinis dibibirnya.

" ini kau buat sampai jam lewat balik?" Kedengaran dia menyoal dengan sinis. Aku merampas semula dokumen itu lantas kulekapkan didada.

" kenapa?" Soalannya kujawab dengan soalan. PNS memeluk tubuh lalu mengatur langkah meninggalkanku. Dia melabuhkan punggung diatas sofa.

" masak cepat!" Arahnya sambil menekan alat kawalan jauh televisyen. Aku mencebik bibir. Macam tuan besar lagaknya. Aku hempuk dengan beg tangan ni karang. Aku mengatur langkah menuju ke atas.

Pintu bilik kututup rapat. Selendang yang menutupi aurat kubuka perlahan. Sanggul rambutku lepaskan. Aku membiarkan rambut terurai sampai pinggang. Sememang aku membiarkan rambutku panjang dengan niat supaya suamiku kelak dapat mengusap lembut rambutku. Bila agaknya berlaku? Meskipun PNS itu suamiku yang sah tapi aku tak pernah bagi dia kesempatan untuk melihat mahkota ni. Suami yang kucintai saja berhak.

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now