Bab 19

10.9K 242 4
                                    

AKU hanya menyuap nasi goreng telur dadar beberapa sudu. Tak ada selera. Lagipun aku tak minat nasi goreng telur dadar. Masa makan tu tak ada nikmat.

Khalish lah punya pasal. Sedap mulut dia nak order nasi goreng telur dadar ni untuk aku. Safura pun angkat kening dengar Khalish nasi goreng telur dadar untukku. Terpaksa aku bohong sunat cakap aku mula belajar makan nasi goreng ni. Aish! Menyusahkan betul! Maaflah Safura.

"  kenapa tak makan tu?" Soal Khalish. Aku mendongak kepala kearahnya. Ikutkan hati nak juga aku cucuk lubang hidung dia dengan sudu ni.

" kenyang"

" makan tak sampai sepuluh sudu boleh kenyang?" 

Menyibuk pula si khalish ni. Aku pacakkan sudu ini atas kepala karang. Memang balu awal aku lepas ini.

" maybe baru lepas sihat. Tu yang tak ada selera" jawabku lantas sudu keletak tepi pinggan.

" makanlah sikit. Ares" pujuk Safura pula. Aku menggeleng kepala. Memang aku tak ada selera nak makan. Nak paksa lagi buat apa?! Hish! Bengang pula aku.

" tak apalah kalau macam tu terpaksalah abang paksa guna cara lain"

Aku terkedu sekejap. Cara lain? Cara bagaimana. Kening bercantum. Khalish yang berada didepan ku kini sudah berada disebelahku. Sudu ku dicapai. Aku terpinga sekejap. Apa mamat ni nak buat kat aku? Aku mula gabra. Janganlah dia benda buat aku nak berkurung dari Safura.

Aku seperti dapat baca apa yang bakal berlaku selepas ini.

" sayang buka mulut. Abang suap"

Sudu berisi nasi goreng telur dadar disua kearahku. Sempat aku menjeling Safura yang berada dihujung meja. Terbit senyum sengih mengejek dibibirnya.

" tak payah! Saya boleh makan sendiri" tolakku lantas kusambar sudu ditangannya lalu kusuap masuk mulut. Mamat ni memang nak buat aku lemah jantung agaknya. Ataupun nak buat aku darah tinggi. Hari ini berapa kali nak malu depan Safura. Mesti jadi bahan ejekannya kelak. Tak percaya. Tengoklah!!.

" that my wife. Lain kali jangan bazirkan makanan. Orang macam kita memang selalu dapat makanan macam ni tapi orang lain? Fikir tu" aku hanya senyap dengar nasihat penajanya. That my wife? Hotak engkaulah khalish. Memang pelakon terhebat seluruh Asia. Kalau ikut bertanding. Entah berapa anugerah dia di calonkan.

" eleh!nak hubby dia suap dulu baru nak makan" ejek safura membuatku membahang. Kan aku dah cakap tadi. Hish! Tak sampai seminit. Aku lagak tenang.

" selalu ke Ainin skip makan tengahari?" Aku hanya mendengar soalannya yang diajukan kepada safura. Bajet nak risaukan aku konon. Padahal dalam hati dia ada hashtag! Ada aku kesah. Huh!. Sempat aku memberi jelingan tajam buat safura. Dia buat tak kesah. Aku naik sebal.

" tak lah selalu sangat. Sebelum kahwin dulu memang selalu skip tapi sejak gelar puan ni. Jarang juga dia skip" safura sudah mula jadi tukang repot khalish. Aku mengunyah nasi goreng telur dadar bagai mengunyah nasi goreng safura dadar. Aku hempuk kepala minah ni dengan pinggan biar panjang dua inci leher dia. Masaklah aku lepas ni. Ada tukang repot tegar.

" hmmm...kalau macam tu terpaksalah saya datang ofis korang setiap hari"

Terpaksalah? Huh! Terguris hati aku. Dia terpaksa datang ofis aku. Memang dia tak sayangkan aku. Jangan berharap ya Ainin Aressa binti Azman. Mungkin dia datang ajak lunch hari ini sebab terpaksa. Sedihnya rasa.

" eh! Apasal pula. Menyusahkan je.  Saya boleh tolong paksa si Ares ni makan. Bukan susah pun nak angkut dia ni" safura menawarkan diri.

Ceh! Aku mencebik dalam hati. Iya lah sangat! Aku senyap. Malas nak masuk campur.

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now