Bab 18

10.1K 266 5
                                    

SEMINGGU sudah berlalu hari aku mendengar luahannya dengan Oteo. Entah kenapa aku bingung dengan sikapku sekarang. Sepatah dia tanya sepatah juga aku jawab. Lepas tu senyap.  Tiada lagi aku melawan ke membantah ke. Tak ada!

Aku cuba untuk menahan diri dari melayannya acuh tak acuh. Tak berdaya. Aku bingung. Sejujurnya aku tak faham dengan perasaanku. Nampak Oteo, aku terus berpaling. Nama Ina menerpa diminda. Rasa sakit menyesak dada. Tapi kenapa aku harus punya perasaan itu?
Cemburukah aku? Tak mungkinlah!

Aku melangkah terus di Pavillion tanpa tujuan. Asal niatku hendak jumpa klien namun terpaksa dibatalkan atas masalah peribadi klienku. Samalah nasibku. Aku melangkah lagi. Fikiran ku terbang melayan membawa perasaan. Mata pandang depan namun hakikatnya aku bagai berjalan ke depan sambil tengok belakang.

Bukk!

Aku tersedar dari duniaku. Bagai terlanggar sesuatu. Aku cuba mendongak kepala.

" Ain!" Namaku disebut. Pautan dipinggang buat ku terjaga.

" Am. Lepaskan tangan awak"

Pautan dilepaskan. Aku menstabilkan diri untuk berdiri tegak. Aku mendongak kepala semula. Jelas Amar didepanku. Lama tak bersua muka dengan sahabatku ini. Sejak majlis persandingan yang lalu. Tak ada khabar berita darinya kudengar. Jelas dia menjauhkan diri. Keadaan badannya yang susut buatku sebak.

" Ain. Apa khabar?" Soalnya. Lemah namun jelas ditelingaku.

" sihat! Am?"

" sihat" Amar tersenyum pahit.

" jomlah. Kita minum kejap. Lama tak minum sama dengan Ain" ajaknya dengan wajah ceria. Jelas ceria. Aku tak sampai hendak menolak.

JUS LOBAK kusedut perlahan. Kafeteria mok cafe menjadi pilihan kami berdua.

" macam mana perkahwinan Ain?" Amar memulakan perbualan yang terputus ditengah jalan tadi. Aku cuba menyembunyikan rasa hambar.

" Alhamdulillah. Ain bahagia"

Bahagia? Hotak kau Ainin!

" Ain tak tipu Am kan?"

Aku terkelu sekejap. Sejak bila Am ni psiko?

" Muka Ain ada aura menipu ke?" Soalku balik. Amar senyum hambar.

" takde lah. Am harap Ain bahagia disisi suami Ain"

Aku terharu. Aku tahu susah Amar nak terima kenyataan yang aku dah berkahwin. Mungkin doktor muda ini bukan jodohku.

" terima kasih" ucapku ikhlas. Jus lobak kusedut perlahan lagi.

" Suami Ain sihat?"

Pertama kali Amar bertanya perihal suamiku.

" sihat. Alhamdulillah diberi peluang untuk bersama Ain"

Muka Amar berubah kelat selepas mendengar jawapanku.

" baguslah"

Suasana senyap menerpa. Aku menyedut semula jus lobakku yang tinggal separuh. Entah dimana silapku. Air jus lobak terpercik dimataku.

" auch!"

Mata sebelah kanan pedih. Aku menggosok perlahan.

" kenapa Ain?" Amar kedengaran risau. Aku menggosok lagi mata sebelah kanan.

" mata Ain masuk jus lobak tu" beritahuku. Aku menggosok lagi mataku. Terhenti tangan apabila terasa kertas lembut menyentuh kulit mukaku. Aku membuka mata sedikit. Amar menyapu mata sebelah kananku dengan sehelai tisu. Kedudukan kami amat rapat sehingga dapat rasa hembusan nafasnya.

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now