Selesai mengemas, mereka semua berkumpul kecuali Marsha dan Kevin. Mereka berdua telah pergi semula ke Kerajaan Wings. Rossa menghampiri mereka semua.

"Bella,Diana dengan Clara ikut kereta kedua. Yang lain ikut kereta yang telah Uncle tetapkan." kata Hendri.

Rossa masuk ke dalam kereta. Dia duduk di bahagian tengah. Di sebelah kirinya Alvin manakala sebelah kanannya Josh. Clara pula duduk di bahagian belakang bersama Benny dan Jack. Edward pula di tempat memandu. Dia yang akan membawa kereta. Manakala di sebelah Edward pula Diana.

Kereta yang di pandu Edward mula bergerak. Rossa menyandarkan badannya. Matanya di pejamkan. Clara yang melihat Rossa kelihatan lemah mula rasa hairan.

"Bella, awak okayh tak ni?" soal Clara yang berada di belakang Rossa.

Mereka semua memandang ke arah Rossa apabila Clara menyoalnya kecuali Edward dan Alvin.

"Kau okayh tak ni?" soal Josh risau.

"Aku..okayh." jawab Rossa perlahan.

Jack terus menyentuh dahi Rossa.

"Badan kau sejuk ni. Kau sakit ke?" soal Jack.

Rossa hanya diam. Soalan Jack tidak di jawab.

"Bella, awak betul betul okayh ke ni?" soal Clara lagi.

"Jack kau cuba lah check." kata Benny pula.

"Kalau aku check pun tak ada guna. Kuasa aku tak berkesan dekat dia." kata Jack.

"Habistu macam mana ni?" soal Diana pula.

"Badan dia makin sejuk lah." kata Jack.

Tangannya masih lagi menyentuh dahi Rossa.

"Bella, bangun." kata Josh sambil menepuk pipi Rossa lembut.

"Bella." panggil Josh sekali lagi.

Namun Rossa tetap tidak bangun.

"Dia tak sedarkan diri." kata Jack.

Edward terus memberhentikan keretanya. Kemudian menoleh ke belakang.

"Teruk ke?" soal Edward

"Suhu badan dia menaik." jawab Jack.

"Alvin, peluk dia." arah Edward.

Dahi Alvin berkerut.

"Cepat lah! Bagi badan dia panas balik!"

Alvin terus sahaja memeluk Rossa erat.

"Tunggu kejap." kata Edward lalu keluar dari keretanya.

Bonet kereta di buka lalu di tutup semula. Edward masuk ke dalam keretanya semula.

"Ni. Tutup semua badan Bella dengan selimut ni." kata Edward lalu mencampakkan selimut ke arah Josh. Josh terus menutup seluruh badan Rossa.

"Alvin, jangan sampai kau lepas pelukkan kau. Tunggu sampai dia sedar." kata Edward.

Alvin hanya diam saja. Kemudian kereta bergerak semula.

Setengah jam berlalu. Mereka semua masih lagi berada dalam kereta. Rossa membuka matanya perlahan lahan. Benda pertama dia nampak ialah muka Alvin. Pipi Rossa mula terasa bahang. Dia baru sedar yang dia berada dalam pelukan Alvin.

"Kau dah sedar." kata Alvin.

Rossa melihat anak mata Alvin. Kemudian dia cuba untuk menjarakkan dirinya dengan Alvin. Namun di tahan oleh Alvin.

"Jangan bergerak. Badan kau masih sejuk lagi." kata Alvin.

Rossa terus sahaja tak jadi menjarakkan dirinya. Kepalanya di gerakkan untuk melihat ke arah Edward dan Diana.

Gadis Berdarah Suci (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt