Sentuhan kulit amatlah dilarang.Tiap-tiap malam di rumah tok babah,tok babah akan mengangkat tubuh Tasnim keluar dari bilik Aidan sebab anak dara seorang tu suka sangat nak tidur dengan sepupu dia yang satu itu.Akibatnya,menangis teresak Tasnim pada paginya bila tersedar tiada Aidan di sebelahnya.

Terhenti perbuatan Tasnim.Dia senyap seketika.Sejujurnya dia memang tak ada selera langsung untuk makan.Ancaman Aidan dibiar bagai angin lalu.

Aidan menggeleng perlahan sambil mencekak pinggang.

"Ni memang nak abang dukung la ni?" Aidan bangun dari kerusi lalu merapati Tasnim.Sengaja dia mengacah mahu mendukung tubuh kecil Tasnim itu.

"Abang.." Tasnim menahan lemah.Tangannya sedikit lagi mahu menyentuh dada Aidan yang tak berbaju itu.

"A-adik makan.." Tasnim mengalah juga akhirnya.Dia mengikut Aidan ke meja makan.Kerusi yang ditarik Aidan didudukinya manakala Aidan mengambil tempat di sebelah Tasnim.

"Abang nak sekali?" Tasnim menolak sedikit mangkuk bubur supaya berada ditengah dia dan Aidan.Aidan menggeleng sambil meletak tangan di tempat sandar kerusi Tasnim.Satu tangan lagi di atas meja dengan tubuhnya menghadap Tasnim.

"Makan la.Abang makan dah dekat masjid tadi."

Tasnim mengangguk sedikit sebelum dia menyuap bubur ke mulutnya.Perlahan saja mulut itu mengunyah.Aidan tersenyum sedikit.Kalau dulu bolehlah dia menggomol pipi yang tengah bulat mengunyah itu tapi sekarang pandang je la.

"Sedapkan?"

Tasnim mengangguk.Dia tak ada selera langsung tapi bila mengingatkan Aidan,terpaksalah dia menelan juga.Sekali sekala dia menggaru hidungnya yang gatal dan pedih.

"Makan pulak? Kenapa tak mati kebulur je? Ikut sekali ibu kamu tu." Aidan mengangkat kepala memandang gerangan suara yang di pintu dapur itu.Ayah Tasnim,Hisyam memandang dengan muka bengis.

Tasnim langsung tak mengangkat muka.Kunyahannya terhenti.Mata sudah bergenang air mata.

"Hidup pun bawa sial baik mamp---"

"Paksu.." Aidan menegur.Berkerut kening dia melihat wajah Hisyam.Hilang terus sifat kebapaannya selama ini.Yang tinggal hanya dendam terhadap gadis kecil ini.

Hisyam melangkah naik ke atas dengan muka tak berpuas hati.Sempat dinding kayu dapur ditumbuknya.Terhinggut Tasnim terkejut.Bibirnya diketap menahan tangis.

"Shh..makan makan.."

Aidan kasihan melihat Tasnim.Tangisan yang reda tadi kembali lebat.

"Isk isk.." Tasnim menekup wajahnya dengan lengan.Ibu tak ada,ayah tak sayang.

"Abang.." panggilnya tersekat.Tasnim mengangkat muka.

"Ye sayang.."

"Salah adik ke ibu tak ada?" Aidan cengang melihat wajah yang penuh air mata itu.Dia menggeleng perlahan.

"Ibu pergi sebab Allah sayang ibu.Bukan salah adik." Aidan mengusap tepi kepala Tasnim.Tasnim menunduk rapat ke bawah.

Aidan hanya mampu memandang dan mengusap kepala Tasnim.Esakan sedikit demi sedikit mula kedengaran.Aidan menepuk bahu Tasnim.

Wajah Tasnim sudah terbenam dipaha Aidan seperti waktu dia menangis masa kecil-kecil.Tangan menekan dada yang sesak.

"Ibu.." Tasnim teresak di situ.Raungannya agak kuat.Tangisannya sayu dan hiba sekali.Aidan menenang dengan menepuk perlahan belakang Tasnim.

"Abang ada.."

"IBU.." Aidan duduk di sebelah Faridah.Dia bermain-main dengan sayur sawi yang dipotong ibunya.

"Kenapa Aidan?" Faridah bertanya.Matanya masih menumpu menyiang ikan masin.

"Ibu balik esok ke?"

Faridah mengangguk."Ye lah..ayah kamu ada program dekat universiti."

Aidan mengangguk.Dia kemudian senyap sambil bermain dengan sayur sawi.

"Ni kamu ni kenapa? Tiba-tiba menempel dekat ibu." Tanya Faridah pelik.Jarang benar anak terunanya ini sengaja menempel,bergesel.Ni mesti ada sesuatu.

"Ermm.." Aidan menoleh kiri kanan,memastikan tiada siapa mendengar perbualan mereka."..kalau..Aidan bawak adik tinggal sekali Aidan,boleh tak ibu?"

"Huish!" Faridah melepas pisau lalu memandang Aidan.Dahinya berkerut.

"Kamu ni cakap apa Aidan? Tasnim tu sepupu kamu,ingat boleh duduk satu rumah?" Faridah memukul lengan Aidan.Entah apa yang buat Aidan berfikir begitu.

"Ibu..tak kesian ke adik? Paksu selalu marah dia.Tu kita ada,nanti kalau dekat rumah diorang.Entah dipukulnya adik Aidan tu."

Faridah mengeluh.Dia akui,bukan sekali dia nampak adik iparnya itu memarahi Tasnim,malah hampir naik tangan kepada gadis itu.

"Biar dia duduk rumah ibu.Lagipun ibu duduk sorang kalau ayah takda.Tapi dengan kamu tak boleh.Kamu berdua tu sepupu,ibu tak nak jadi apa-apa nanti" cadang Faridah.Aidan mengangguk bersetuju.

"Tapi kita kena minta izin paksu dulu.Mengamuk dia nanti kalau kita bawa anak dia tanpa pengetahuan dia."

18 Disember 2017

Cerita ni diubah tapi masih mengikut plot asal.

Kalau tak berminat dengan new version bolehlah dm saya.

So how do you think? Which is better?

Old

New

Mrs. Aidan: My Little BrideOnde as histórias ganham vida. Descobre agora