Mereka mengaturkan langkah masuk ke dalam rumah banglo itu.

"Rumah ni agak berhabuk sikit. Kejap lagi aku bersihkan. Rossa, bilik kau tingkat atas ujung sekali." kata Josh.

Rossa hanya mengangguk saja.

Sebenarnya dari tadi lagi Rossa merasakan tidak selesa. Sejak dia melangkah masuk ke dalam pintu demensi, Alvin tidak habis habis melihatnya seolah olah dia telah melakukan sesuatu yang buruk.

"Kat dalam bilik tu dah ada baju. Kau pakai je. Tu sebenarnya baju Gabriella." sambung Josh lagi.

Sekali lagi Rossa hanya mengangguk.

"Edward bilik kau kat sebelah sana." kata Josh lalu menunjuk arah bilik yang di maksudkan Josh.

"Dan kau Alvin...."

belum habis cakap lagi Alvin sudah pergi terlebih dahulu. Geram pula Josh dengan sikap dingin Alvin. Bila lah nak berubah.

"Aku naik dulu." kata Rossa lalu membuka langkah naik ke biliknya.

"Aku rasa Alvin dah tau." kata Josh tiba tiba. Edward memandang Josh pelik.

"Tau apa?"

"Dia tau Rossa tu Gabriella."

"Tapi macam mana?"

"Rantai yang Rossa pakai bernyala masa dia berada dalam demensi sama macam pertama kali Bella melangkah masuk ke dalam dimensi tu."

Edward terangguk angguk paham.

"Jadi apa yang kau nak buat?" soal Edward.

"Sudah masanya Alvin tau. Aku takut ada sesuatu yang terjadi je nanti dekat dieorang berdua. Setidaknya Alvin sempat tau yang Rossa adalah Gabriella."

"Apa maksud kau dengan sesuatu yang terjadi?"

Josh memandang Edward. Haih dia ni. Banyak betul soalan.

"Lebih baik kau pergi masuk bilik. Tak pasal pasal ada yang kena penumbuk dengan aku nanti."

Edward tersengih. Kemudian dia menuju ke biliknya.

Keesokannya Rossa melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul 1 petang. Rossa mengambil beg tangannya lalu mengatur langkah keluar dari biliknya. Kemudian pintu rumah di buka dan di tutup semula namun tidak di kunci. Sementara Josh dengan Edward masih belum balik, ini kesempatan nya untuk keluar bersendirian.

Rossa mengaturkan langkahnya di kawasan perkuburan. Nama bonda dan ayahandanya di cari. Setelah mencari, akhirnya Rossa menemukan kubur mereka berdua. Rossa memandang kubur mereka dengan senyuman. Matanya pula berair.

"Ibu, ayah apa khabar? Mesti ibu dengan ayah sehat kan? Bella harap ibu dengan ayah sehat. Bella dekat sini sehat je. Orang dekat Istana jaga Bella dengan baik. Ibu, Bella dah jadi cantik macam yang ibu selalu cakap tapi Bella masih belum boleh jadi gadis yang lembut." kata Rossa kemudian dia ketawa kecil.

Air matanya pula sudah mengalir.

"I...bu.. Ayah...maafkan..Bella... Bella dah lama.... Tak melawat ibu dengan ayah....maafkan Bella." kata Rossa tersekat sekat akibat menangis.

Air matanya di lap. Kemudian Rossa tersenyum kembali.

"Ibu..ayah.. Bella tak boleh lama lama. Bella dah kena balik ni. Tapi sebelum balik Bella nak melawat Annisa dulu lepas tu baru Bella balik. Nanti kalau Bella ada masa, Bella akan melawat ibu dengan ayah lagi." kata Rossa.

Kemudian dia mengaturkan langkahnya ke kubur Annisa. Setelah melawat kubur Annisa, Rossa pergi ke rumah lamanya. Sampai sahaja di sana, Rumah milik keluarga masih lagi seperti dulu. Tiada satu pun yang berubah. Cuma warna rumahnya sedikit luntur. Kunci di dalam begnya di ambil lalu membuka pintu. Rossa melihat semua ruangan di dalam rumah tersebut. Setelah itu Rossa meletakkan begnya di sofa. Lengan bajunya di lipat sampai ke siku. Kemudian dia mula mengemas setiap ruang sehingga matahari terbenam.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now