*******************************************************************

SPM makin dekat. Sekejap je lagi aku dah nak habis sekolah. Tumpuan aku beri lebih terhadap pelajaran. Trial punya result agak memuaskan hati semua pihak tapi aku tetap kena usaha lebih. Hari ni hari sabtu. Aku bangun awal sebab cadang memang nak study

Tingg!

Bunyi whatsapp masuk menarik perhatian aku yang baru saja lepas mandi. Aku ambil handphone. Hm mesej dari Airil ?

' Ed! Jom study sama kat rumah aku hehe. Lepas breakfast datang la. your sister in-law dah rindu kau'

Aku senyum sambil baca mesej dia. Sebelah tangan aku menaip diatas keyboard. Sebelah lagi aku mengelap rambut yang basah dengan tuala kecil

' Rania je ke rindu aku ? Kau tak ?' 

Sebelum aku tekan butang send, aku baca balik. Eh hell no ! Apahal aku balas macam ni pulak. Padam balik !

' Hm malas la . Aku study kat rumah je'

Aku letak handphoneku kembali. Telekung dicapai. Solat subuh aku tunaikan sebelum waktunya tamat

Habis sahaja mengemas kembali ruang solatku, aku terus lompat keatas katil merebahkan diri. Masih awal lagi nak turun kebawah. Aku capai kembali handphoneku. Eh? tak ada pun balasan darinya. Bluetick je dia bagi ? Aku mencebik. Eleh tak hadap la

" Turun tolong ibu buat breakfast lagi bagus" Gumam aku

***************************************************************

Aku yang baru saja nak naik tangga untuk kejut abang, terhenti apabila mendengar loceng rumahku berbunyi

" Siapa pulak yang datang pagi - pagi ni" Aku segera mencapai tudung yang memang sengaja diletakkan diruang tamu. In case, kalau ada berlaku emergency kan senang

Aku buka pintu dan..

" Suprise ! " Aku ternganga melihat orang yang berada didepanku sekarang. Ditangannya penuh dengan buku buku pelajaran

" What are you doing here Airil " Aku ketap bibir geram

" Nak masuk meminang" Airil jawab sambil ketawa 

"Nak study la. Nak buat apa lagi. Dah aku ajak pergi rumah aku tak nak. Jadi biar aku yang mencemar duli datang rumah kau" Airil mengangkat kening berkali - kali tanda bangga dengan keputusan 'bijak' yang dibuatnya itu

" Pergi balik la. Siapa yang izinkan kau datang sini" Aku cuba untuk menghalau. 

" Ibu yang izinkan. Alang- alang tu ibu ajak dia breakfast sini sekalu" Ibu yang datang dari dapur mencelah perbualan kami. Aku merengus perlahan. Kalau ibu dah masuk campur aku tak boleh nak masuk campur. Ergh lantak sana la.

" Oh hi morning Airil. What bring you here" Zafran yang baru turun tanggan menyapa rakannya itu. Pelik dia pagi pagi wajah muda itu sudah terpacak dirumahnya

" Nak jumpa singa garang ni la" Selamba Airil kutuk 

Aku membulatkan mata.

" Ewah sedapnya mulut bercakap"

Airil senyum senget

" Sedap ? Dah pernah rasa ke?" Airil menjongketkan keningnya

Aku terus bertukar riak

" Eii gatal ! Ibu !!!" Aku terus berlari kedapur. Argh benci Airil!

Semasa dimeja makan, mataku tajam memandang Airil. Begitu juga dengan Airil.

Aku memandangnya dengan penuh rasa tak puas hati manakala Airil selamba tayang muka sucinya. Kedudukan mereka yang saling bertentangan memudahkan mereka untuk beradu mata

" korang ni tak habis habis nak lawan mata kenapa ?" Tegur Zafran

" Adik kau la ni lawa sangat. Tak fokus aku nak makan" Aku yang dengar terus tersedak

Aku lihat ibu hanya senyum. The hell! kenapa dengan semua orang ni

"  Haah. kawan abang ni pun handsome sangat. Tu yang tak boleh lepas pandang dia" Aku jawab dengan penuh nada sarkastik

Airil yang dengar cuba menyembunyikan senyumannya. Walaupun kedengaran seperti memerli, namun cukup manis dipendengarannya

***************************************************************

" oi bangun la" Airil mengetuk tanganku menggunakan pennya

Aku merengek kecil sebelum menyambung kembali tidurku. Posisi kepala beralaskan tangan diatas meja belajar aku betulkan agar lebih selesa

" Aku datang sini sebab nak belajar. bukan nak tengok kau tidur"

" Aku tak suruh pun kau datang" Dalam mamai aku membalas

" Baik kau bangun sekarang, or else I'll do something" Ugut Airil. Aku mencebik dalam diam

" Oh tak nak eh ?" Aku dengar lagi suara Airil

Tidurku mula terganggu apabila terasa ada orang meniup niup dihadapan mukaku. Mulanya aku tak endahkan tapi lama lama rasa annoying sangat. Mataku terus dibuka dan terus bertembung dengan anak mata Airil yang sangat dekat dengannya waktu ini

Aku terus tergamam. Begitu juga dengan dia

Satu saat

Dua saat

Tiga saat

" Ed, nah abang sediakan special hot..oups" Zafran yang tiba tiba muncul dihadapan pintu bilik bacaan yang sengaja dibiarkan terbuka itu terus menyedarkan mereka

Airil berdehem beberapa kali. Mukaku bertukar rona

Zafran terus melangkah masuk dan meletakkan dua mug yang berisi coklat panas untuk mereka berdua. Mata Zafran tak lepas dari memandang Airil dan adiknya itu silih berganti. Dia dapat merasakan kejanggalan situasi itu sekarang

Zafran menjongketkan bahu tanda malas untuk ambil tahu lantas keluar dari bilik itu

Aku memandang Airil yang terus mengalihkan pandangannya apabila mata kami bertembung. Airil mengambil semula pennya kemudian menyambung semula ulangkajinya

Aku yang juga ingin memulakan study aku, tersentak mendengar teguran Airil

" Lap air liur basi kau " Aku terus mengelap tepi mulut aku. Tak ada pun !

Aku dengar suara Airil gelak 

" Airil !!"

Suamiku Annoying !Where stories live. Discover now