Aku menggenggam lengannya,"awak okay tak ni?"soalku cemas apabila tubuhnya mula menahan diri dari rebah.

Aidan tidak menjawab pertanyaanku. Urat-urat di lehernya mula timbul. Mukanya pucat lesi.

Bukk.

Tubuhnya  rebah menyembab tanah.

"Abang!!!"

***

Aisya menangis teresak-esak. Dia tidak sangka. Dia tidak pernah tahu tentang itu.

"Kenapa dia tak bagitau adik yang dia ada kanser mummy?" tangisan Aisya semakin kuat mengisi ruangan tempat menunggu.

Raziq di pangkuan Faheem terus melompat mendapatkan  Aisya.

"Mama.. Jangan nangis.." ujar anak itu lalu memeluk tubuh Aisya. Aisya mendukung Raziq lalu berkata,"Raziq, kenapa papa tak bagitau?"soal Aisya kepada  anak kecil itu.

Kata-kata doktor masih terngiang-ngiang di benak kepala  Aisya Aqeela

"kanser paru-paru pesakit dah mencecah tahap 3. Kita memerlukan operation untuk membantu pesakit."

Air matanya  semakin deras. Awak tak pernah bagitau! Tiga. Tiga, Aidan!

Kenapa awak sorokkan benda  ni dari saya?

"Kosnya tinggi."

Mesti, ya tinggi.

Apa aku nak buat?

***

"Tak apa mummy, adik tak mahu susahkan mummy. Biar kali ni adik yang usaha sendiri untuk bantu Aidan."putus kata Aisya.

"Adik, sekarang ni Aidan tu kritikal. Kita kena bantu dia cepat."ujar Datin Sri Norlia.

"Betul tu sayang, tak apalah, daddy dengan mummy mampu. Biar kami sajalah yang selesaikan tentang kos rawatan ni." ujar Dato' Sri Rahman, mengiakan kata si isteri di sebelah.

Aisya terus berlari naik ke  biliknya. Dah lama  dia tidak masuk bilik ni setelah berpindah ke rumah  baru bersama Aidan.

Laci di tepi katil menjadi arah tujunya. Sampul surat berwarna coklat diambil.

Nilah hasil titik peluh aku sebelum Aidan kembali pada aku. Duit gaji yang aku dapat untuk beli rumah sendiri. Aku rasa tiba masanya  untuk aku manfaatkan duit ni untuk suami aku. Desis hati Aisya. Dia  betul-betul mahu berdikari. Duit gajinya juga banyak. Tetapi mungkin belum mencukupi. Tetapi apa yang dia tahu, dia akan usaha lebih untuk membayar semuanya.



"Doktor, boleh saya bayar ansur ansur? Buat masa ni saya cuma ada separuh. Yang lagi separuh saya akan usahakan." rayu Aisya. Muka doktor itu seperti nak tak nak sahaja menjawab.

"Baiklah puan. Saya akan terima."jawab  doktor itu. Tumbuh sekuntum senyuman dari bibir Aisya.

"Terima kasih doktor. Tolonglah bantu suami saya, ya?"pinta Aisya. Doktor itu mengangguk faham.

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ