Bab 64 - T A R I K

3.1K 101 39
                                    

Bermulanya pertandingan nyanyian yang ditunggu-tunggu oleh ramai pelajar SMK

"Alaaa rileklah Mayra Anaqah.Bukannya apa pun just pertandingan nyanyian sahaja okay,bukan exam PMR" Mayra berkata sendirian.
*ingat ye itu zaman dia pmr,kita dh kira maju pt3.

"Apa adik ni?Dari tadi cakap sorang-sorang.Kalau iyapun rasa lonely ajaklaa kitaorang bersembang.Kan dah macam orang yang ditinggalkan" kata Hakim dan Ashriq setibanya lalu mereka melabuhkan duduk disebelah Mayra.

Hakim menunduk mencari wajah Mayra "Adik nervous yaa?"

"Macam mana angah tahu?"

"Adik,angah ni dah masak sangat dengan perangai adik.Asal mana-mana pertandingan yang adik masuk mesti gelabahlaa,paniklaa,cemaslaa,rasa nak pitamlaa,hidung berdarahlaa hmm macam-macamlaa" sampai dah berapa kali menggeleng oleh Hakim dibuat dengan perangai Mayra.

"Ya ke angah?Ker angah tipu adik ni?"

Kumpulan yang ke 57 sila bersiap sedia!

"Dah!Tak payah banyak cerita,sekarang ni baik kita buat preparation yang terakhir.Giliran kita pun bukannya lama lagi" kata Danish Ashriq lalu mengambil kayu dramnya.

*******************

Buat pengetahuan semua pelajar yang menyertai pertandingan ini,keputusan akan diketahui pada minggu depan sewaktu perhimpunan.Sekian sahaja,terima kasih

Kebanyakan pelajar terus pulang sebaik sahaja mendengar pengumuman tersebut.Masing-masing pun penat memang bagus sangatlah cikgu memberi kebenaran untuk mereka pulang.

"Mayra,kau balik naik apa?Nak tumpang dengan aku tak?" sergah Hardy Zafri dari belakang.

Mai aii kalau macam ni setiap hari mau kena penyakit serangan jantung.Dah tiap-tiap hari terkejut je.

"Eish,kalau iyapun tolonglah bagi salam.Ini tak terus sergah je,buatnya Mayra pengsan macam mana?" Mayra mengurut dadanya supaya tenang.

Bersungguh-sungguh Hardy Zafri ni menyakinkan Mayra.Padahal ada niat yang tertentu.

"Hardy kan ada,so apa yang Mayra nak risau.Jomlah balik dengan aku,mama bagi tumpang"

"Erm tapi Mayra tak beritahu abang lagi.Kalau Mayra tak beritahu,nanti mesti abang risau" melilau-lilau Mayra mencari kelibat abangnya tetapi hampa tiada.

Dengan pantas Hardy menarik lengan Mayra "Alaa jomlah Mayra"

"Haihhh Hardy ni pun,tak ada kesabaran ke apa?Nasib tangan aku berlapik dengan baju sekolah"

**********************************

"Angah,dah jenuh kita cari adik ni.Tak jumpa-jumpa juga"keluh si Ashriq sambil mengesat manik-manik peluh didahinya.

Untuk seketika Danish Hakim mengeluh.Jangan cakap yang Mayra Anaqah hilang lagi.Aku tak sanggup,Ya Allah.Aku tak nak pisang berbuah dua kali.

"Angah,jom kita balik.Mama dah tunggu kat depan tu" laju sahaja langkah kaki Danish Ashriq ke kereta Pn.Zahara.

'Apa aku nak jawab dengan mama nanti kalau dia tengok anak kesayangan dia tak ada' 

*******************

Baru sahaja melangkahkan kaki ke dalam kereta,sudah kedengaran suara Pn.Zahara membebel.

''Sorry ma,kitaorang lambat'' tergaru-garu kepala Ashriq yang tidak gatal.

Pn.Zahara terus sahaja menoleh kepalanya di belakang.Kenapa rasa kurang seorang ni?

''Adik kamu lagi sorang mana?Angah?Achik?'' sorang-sorang Pn.Zahara melihat muka kedua-dua anak terunanya.

''Err,sorry ma.Tadi lepas habis pertandingan adik terus hilang,tak tahu mana dia pergi.Angah ingatkan dia pergi tandas,tapi tunggu punya tunggu kawan dia kata adik dah balik'' jelas Hakim satu persatu.

''Ma,ada orang call kan?''

''Ya,saya Pn.Zahara.Ada apa?''

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 18, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sayang Abang D!Where stories live. Discover now