Bab 38 - M A A R I F A I S A R

2.7K 118 4
                                    

''Assalamualaikum,ini rumah En.Fawwaz dengan Pn.Zahara ke?'' tanya Aisar kepada seorang gadis yang ketika itu mahu menutup pagar rumah.Kebetulan juga,Aisar masih belum nampak wajah gadis tersebut kerana sebahagian pagar itu menutupi mukanya.

Gadis tersebut menolak semula pagar kerana ingin melihat gerangan pemuda yang bertanya di hadapan pagar tadi tetapi belum sempat gadis itu menjawab,Aisar terlebih dahulu memeluk adiknya.

''Abang rindu sangat dekat adik.....adik jangan tinggalkan abang yer?''

Kedudukan Mayra terus kaku di situ kerana terkejut reaksi pemuda tersebut.Kemudian,dia menolak tubuh badan Aisar ke hadapan.

''Awak ni siapa?Tiba-tiba sahaja datang nak peluk-peluk orang.Minta maaf,saya bukan adik awak'' berkerut muka Mayra memandang Aisar.

''Adik!!!!!Masuk dalam rumah cepat,panas tu kat luar.Adik bukannya sihat lagi pun'' teriak Pn.Zahara dari dalam rumah.

''Kalau macam tu,boleh saya berjumpa dengan Pn.Zahara?'' tanya Maarif Aisar.Owh,lupa pula adik aku ni hilang ingatan.Tapi,takkanlah sampai aku pun adik tak kenal?Mak cu tak pernah cerita ke yang adik ni ada abang?

''Hmmm,sekejap'' Mayra masuk ke dalam rumah dan berteriak memanggil nama Pn.Zahara.

''Mama!!!!Ada orang nak jumpa mama!''

''Mama?'' Aisar bermonolong bersendirian sambil menunggu di hadapan pagar.

''Yaa,ada apa-apa ke?'' Pn.Zahara keluar dari rumah dan bertemu dengan Aisar.

''Ini Pn.Zahara ke?''

''Ya,saya''

''Saya Maarif Aisar,abang Mayra'' ucap Aisar dengan tenang

***********

Di sebuah tempat gelap,gudang besar

''Kau buat kerja macam mana hari tu?Kau tau tak yang engkau dah menyusahkan aku???!!!!!'' bentak Hisyam kepada orang yang diupah dalam kemalangan En.Qayyum.

''Aku minta maaf Syam,okey aku mengaku yang itu semua salah aku.Aku dengan konco-konco aku yang tak rancang betul-betul''

''Sekarang ni boss besar aku dah arahkan supaya korang semua untuk cari balik budak tu.Boss aku tak nak satu pun pewaris syarikat Qayyum tu hidup depan mata dia,faham???!!!!'' Hisyam mencampak botol kaca sehingga pecah berkecai.

''Nak guna cara apa,Syam?''

''Kau guna jelah cara apa-apa pun,janji budak tu mati.Kau tahu tak selagi masalah ni tak settle selagi itu,kepala aku berserabut pasal masalah ni''

''Okey,okey lek bro.Apa-apa nanti aku roger kau balik''

***********

''Cikgu,ini surat ketidakhadiran Mayra'' Danish Ashriq menyerahkan surat itu bagi pihak Mayra kepada Pn.Syifa guru kelas Mayra di dalam bilik guru.

''Hmm,macam mana dengan keadaan Mayra?Dah hampir empat hari dia tidak hadir'' risau Pn.Syifa.Yelah,cuti banyak sangat nanti macam macam perkara tertinggal.

''Saya tak rasa yang Mayra boleh hadir lagi dalam masa terdekat ni cikgu sebab kesihatan dia masih belum stabil''

''Sekarang ni dekat hospital lagi ke?''

''Dah ada dekat rumah,cuma emosi dia banyak terganggu cikgu.Sejak dari dia pengsan dekat sekolah,dia jadi trauma balik macam masa mula-mula accident.Asyik panggil mak ayah dia je cikgu'' ujar Danish Ashriq satu persatu.

Banyak jugalah cerita Mayra yang Pn.Syifa tahu sejak dari kemalangan.Kesian Mayra,satu persatu Allah menduganya dengan pelbagai dugaan.

''Yaa ke?Kalau macam tu,tak apalah.Nanti kalau cikgu ada masa cikgu lawat adik Danish''

''Kalau tak ada apa-apa hal,saya balik kelas dulu cikgu'' Danish Ashriq mengundurkan diri lalu memberi salam kepada Pn.Syifa.



Sayang Abang D!Where stories live. Discover now