Bab 42 - T I P U

2.9K 121 3
                                    

Nampaknya ramai pelajar sedang berkumpul di hadapan papan kenyataan sekolah.Ada apa yer?

''Ishh,tepilah aku pun nak baca jugak'' kata seorang pelajar lelaki yang ditolak-tolak ke bahagian belakang.

''Aku rasakan aku nak joinlah,kau nak tak join dengan aku?'' tanya seorang pelajar perempuan kepada kawannya.

Mayra Anaqah dan Nur Wardina yang baru pulang dari kantin menjadi agak pelik dengan reaksi sekeliling mereka.Apa benda yang diaorang cakap?Nak join apa?

''Mayra,jom kita pergi tengok papan kenyataan.Aku tengok ramai budak kelas kita dekat situ'' Wardina mengajak Mayra.

''Bukan tak nak pergi Dina,tapi kau sendiri nampakkan betapa ramainya dekat depan papan kenyataan tu?'' Mayra menolak pelawaan Dina dengan baik.

''Tak pelah,kalau kau tak nak tengok biar aku sendiri yang pergi.Nanti kalau ada apa-apa,aku beritahu kau'' Wardina meninggalkan Mayra di pondok berdekatan dengan papan kenyataan tersebut.Tiba-tiba,Mayra didatangi dengan sekumpulan pelajar lelaki.

'Ya Allah,Ya Tuhanku.Apalah yang diaorang nak buat dekat aku?Dina,lambatnya kau!!!' Mayra bermonolong dalam hati.

Datang tanpa diundang,suruh duduk dekat apatah lagi.Seorang pelajar lelaki berpakaian berwarna jingga itu duduk di hadapan Mayra manakala rakan-rakannya hanya berdiri di sebelah Mayra.Dah macam pak cik jaga dekat depan sekolah aku jer!Aduhai,apa yang jejaka-jejaka ni nak?

''Ehem,ehem'' pelajar yang berpakaian jingga itu membetulkan duduknya.Tertera nama Faris di tag namanya.

''Aaaa,ada apa yang saya kena tolong ke?'' Mayra memberanikan diri untuk bertanya.

''Nama kau Mayra kan?''

''Ha'ah,kenapa?''

''Boleh tak kau join group aku?''

''Join group?'' Mayra kelihatan agak blur ketika itu.Mana taknya,tiba-tiba je datang pelawa aku ni masuk group dia.Lepastu,group apa?Kongsi gelap ke?Tapi,kenapa aku nampak muka dia macam baik jer?

''Sorry bro,dia aku punya'' kata seorang pelajar lelaki yang baru tiba di pondok tersebut dan yang lain nampaknya kelihatan tercengang.

****************

''Kenapa kau lambat sangat tadi,Dina?'' Mayra mengeluarkan buku latihan Bahasa Melayu dari begnya.

''Sorrylah,ramai sangat yang berkumpul dekat situ.Jenuh aku jengketkan kaki nak tengok,tapi tak nampak-nampak pun'' Wardina yang masih termengah-mengah duduk di sebelah Mayra.

''So,apa ceritanya?Sempat lagi kalau kau nak cerita sebab cikgu pun tak sampai lagi'' Mayra memandang ke kiri dan ke kanan untuk melihat guru subjekya sudah sampai ke belum.

''Pasal ujibakat nyanyian.....bla.......bla......'' Wardina dengan dunianya tak berhenti-henti bercakap dan fikiran Mayra sudah entah ke mana.

''Mayra!!Kau dengar ke tak?!'' Wardina menguatkan sedikit volume suaranya dan melambai-lambai di hadapan Mayra.

''Hah?Apa dia?'' 

''Bangun,assalamualaikum cikgu'' Dan perbualan mereka terputus setakat itu sahaja.

***************

''Mama,adik rasakan adik nak......'' Mayra berjalan ke arah Pn.Zahra yang sedang leka memberi makan kepada ikan-ikan di kolam.

''Haa,kau nak apa?Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan mama aku kan?'' tiba-tiba sahaja suara Ashriq mencelah.

'Aikk?Mana datang mamat kekwat plus mamat egois ni?Rasanya tadi tak ada,macam mana pula boleh timbul?Punyalah aku tunggu line clear nak cakap pasal benda ni' geram hati Mayra dengan Danish Ashriq ni.

''Achik,tak baik cakap macam tu.Kan mama dengan baba dah pesan cakap elok-elok dengan adik.Tak ingat?Hah,apa dia yang adik nak?Insya-Allah,mama akan tunaikan'' Pn.Zahra cuba berlembut dengan kedua-dua anaknya.

''Ma,boleh tak adik nak tinggal dengan abang buat sementara waktu ni?'' lambat-lambat Mayra menyatakan hasratnya.

''Sebab abang kata dia nak uruskan tentang wasiat arwah papa dengan mama.Jadi,adik kena ikut abang nak uruskan tentang tu'' tambah Mayra lagi

''Owhh,boleh jer.Bila abang ambil adik?'' Pn.Zahra menutup balang makanan ikan dan meletakkan kembali ke tempat asalnya.

Danish Ashriq pula sekadar duduk membatu sahaja di kerusi sambil mendengar perbualan antara Mayra dan mamanya.

'Bila masa dia ni ada abang?' fikiran Ashriq ligat berfikir.

''Abang kata lepas maghrib baru ambil adik sebab abang terus ambil adik lepas habis kerja'' jelas Mayra satu persatu sambil duduk di kerusi berhadapan dengan Ashriq untuk minum petang.

''Kalau macam tu,mama nak pergi masaklah.Yelah,abang adik tak pernah sempat merasa makanan mama lagi'' Pn.Zahra terus bergegas ke dapur meninggalkan Ashriq dan Mayra.

''Kau tipu aku kan?'' muka Ashriq jelas menunjukkan tidak puas hati.

''Tipu apa?'' Belum sempat Mayra bertanya lebih,Ashriq sudah meninggalkan Mayra berseorangan di situ.

''Apasal dengan mamat kekwat tu?Tiba-tiba je kata aku tipu dia'' Mayra mengangkat dulang minuman ke dapur untuk membantu Pn.Zahra.

Sayang Abang D!Where stories live. Discover now