Bab 18 - P E N G S A N

3.1K 125 8
                                    

Di hadapan padang sekolah.......

''Congrats untuk result awak yang bagus tu.Bangga saya sebab mempunyai boyfriend yang pandai macam awak'' puji Dalila ketika duduk di hadapan padang sekolah yang lapang.

''Awak punya result pun okey apa.Kan dapat 8A macam saya jugak,kiranya sama adillah kan?'' ucap Danish Hakim lalu meletakkan beg sandangnya di tepi.

''Tapi,saya tak boleh challenge orang pandai macam awak.Siap dapat anugerah pelajar terbaik lagi'' kedengaran nada Dalila seperti berjauh hati.

''Jealous lah ni?'' tanya Hakim lalu mencari muka comel milik Dalila.

''Jealouslah sebab awak lagi pandai dari saya'' balas Dalila kemudian memandang tempat lain selain dari muka Hakim.

''Ala,tak maulah merajuk macam ni.Saya ni dahlah tak reti nak pujuk dengan ayat-ayat bunga bagai.Okey,okey nanti bila ada exam lagi saya tak akan buat bersungguh-sungguh.Puas?'' 

''Eh,eh mana boleh macam tu.Okeylah,saya sebenarnya main-main je sebab nak awak pujuk saya.Tapi,awaklah pula tak reti nak pujuk saya.Kira saya merajuk tu,cancellah'' jawab Dalila lalu menghadap kembali di hadapan Hakim.

Hakim mula bangun dan melangkah ke parkir basikal.Eh,nak ke mana tu?

''Awak nak pergi mana?'' tanya Dalila Safiyah seterusnya mengikuti langkah Danish Hakim.

''Ikut jelah''

''Memanglah saya ikut,tapi nak ke mana?'' Dalila Safiyah masih tidak berpuas hati dengan jawapan Danish Hakim.Tiba-tiba,Danish Hakim berhenti melangkah ke parkir basikal dan menghampiri  Dalila Safiyah.''Saya nak belanja awak makan dekat restoran mak Abbasy Iffat,restoran mak kawan saya.Kenal tak?'' tanya Hakim.

''Yang tadi masa dekat dewan duduk sebelah awak ke?'' teka Dalila

''Ha'ah,habis tu nak tak?Orang pandai nak belanja ni'' kata Hakim kemudian meninggalkan Dalila sekali lagi.

''Eh,mestilah nak.Awak,tunggulah'' Dalila mula mengikut langkah Hakim tetapi tiba-tiba pandangannya kabur.

Sekelip mata,Dalila rebah dan tidak sedarkan diri.Hakim mendengar sesuatu jatuh di belakang dan mula memberhentikan langkahnya seterusnya memusingkan badannya untuk melihat apa yang didengarinya tadi.Ternyata sekujur tubuh Dalila rebah di situ tanpa berkutik.Hakim pula terus ke Dalila dan memangku kepala teman wanitanya.Nak pegang lebih-lebih tak boleh juga sebab bukan mahram.

''Ya Allah,Dalila bangunlah!!!Awak janganlah main-main dekat sini'' Hakim sudah mula cemas.''Hmm,nak minta tolong siapa ni?Cikgu semuanya ada di dalam lagi''

Tetapi,bagaikan seperti dirancang tiba-tiba Hakim dapat mengesan tubuh kawannya,Abbasy Iffat.Iffat pula seperti nampak seorang pelajar lelaki memangku kepala seorang pelajar perempuan berdekatan parkir basikal.'Eh,tu bukan Danish ke?Apa yang dia buat kat situ'

Iffat terus melangkah ke sana dan melihat wajah Danish Hakim sangat cemas.Iffat terus bertanyakan soalan kepada Danish Hakim ''Weh,apasal ni?Kenapa kau pangku kepala dia?Kau buat apa kat dia?''

''Aku nak ajak dia pergi restoran mak engkaulah.Tadi aku jalan depan,Dalila jalan belakang.Dengar macam bunyi jatuh tengok-tengok Dalila pengsan.Iffat,aku.......aku tak......tak tak tahu nak buat macam mana ni.Aku risau apa-apa jadi dekat Dalila'' Hakim kelihatannya sangat cemas sampaikan tergagap-gagap.

''Kau jaga Dalila kat sini,biar aku panggil cikgu.Aku rasa ada setengah cikgu yang tak balik lagi,kejap eh!!'' Iffat terus berlari dan memasuki blok bangunan sekolah untuk mencari cikgu yang masih ada di sekolah itu.

Sementara itu,Hakim mengeledah beg sandang milik Dalila dan menjumpai telefon bimbit.Hakim terus mencari nombor telefon ibu Dalila dan mendailnya.

''Assalamualaikum,mak cik ni saya Danish kawan Dalila''

''Owh,Danish.Macam mana result kamu,okey?Dalila mana'' tanya Pn.Fatimah

''Mak cik,sekarang ni saya call sebab nak beritahu anak mak cik,Dalila pengsan dekat sekolah'' ujar Hakim dan kedengaran Pn.Fatimah agak bimbang dengan kondisi anaknya.'Macam mana penyakit tu serang balik?' hati Pn.Fatimah hanya mampu bersuara.

''Hah cikgu,ni dia!!'' kata Iffat kepada Cikgu Hayati dan Cikgu Umair.Ketika itu,Hakim mendongak melihat wajah kedua-dua guru itu dan rakannya.

''Cikgu tolong angkat student tu dalam kereta saya.Biar saya yang bawa student ni ke hospital.Apa-apa nanti saya update'' ujar Cikgu Hayati seterusnya Cikgu Umair mengangkat Dalila ke dalam kereta.

''Danish,Danish dengar tak mak cik cakap apa ni?'' Pn.Fatimah mula risau kerana Danish Hakim tidak menjawab soalannya.

''Apa dia mak cik?''

''Danish ikut je cikgu tu,nanti beritahu mak cik Dalila masuk hospital mana'' arah Pn.Fatimah lalu meletakkan panggilan.

''Cikgu biar saya ikut Dalila sekali.Iffat,kau tolong hantar basikal aku kat rumah dan beritahu mama aku yang aku ikut cikgu pergi hospital hantar Dalila'' Hakim terus masuk ke kereta Cikgu Hayati dan terus berdesup meninggalkan perkarangan sekolah.

''Ya Allah,kau tolonglah selamatkan Dalila'' rintih Hakim dalam hati lale melihat wajah Dalila yang agak pucat.

Huhu,kenapa dengan Dalila?Korang rasakan kenapa dia pengsan?Dia sakit apa?Tekalah sendiri,haha.Jwapannya bakal ada di bab sterusnya.Trima kasih ats komen anda yg mmbuatkan smngat sya utk meneruskan novel ini membara bak unggun api ( ada ke mcm tu?tibai jelah) Dan lagi satu,trima kasih utk vote anda yg tidak pernah putus utk novel ni.Happy nice day.....^_^




Sayang Abang D!Where stories live. Discover now