Bab 52 - H A R D Y Z A F R I

2.5K 100 1
                                    

Perhimpunan pagi di sekolah.......

''Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Okay,pengumuman ini khas kepada semua pelajar sesi pagi,kamu tahukan tentang ujibakat nyanyian?Cikgu ada tampal dekat papan kenyataan sekolah,ada tengok tak?'' tanya Cikgu Faris.

''Ada!''

''Kalau macam tu,cikgu nak tekankan sekali lagi yang tarikh akhir untuk daftar masuk ujibakat tu,27/7 ni iaitu hari Rabu.Jadi,hantar nama dan kalau ada buat group/band sila tuliskan nama group awak,faham?''

''Faham cikgu!!''

**********

''Danish!'' 

Ketika itu,Danish Hakim leka mengira pengiraan masalah matematik yang melibatkan soalan KBAT.Aduhai,jenuh buat tak dapat-dapat ni.Check jawapan dekat buku lain,jawapan aku pulak lain...

''Danish!'' tegur Imran sekali lagi.Panggilan kali kedua baru membuatkan Danish Hakim tersedar bahawa Imran yang duduk bersebelahan memanggilnya sejak tadi.

''Kenapa Im?Sorrylah tadi tak dengar yang kau panggil aku.Lagipun,kau tengoklah kelas kita macam mana'' kata Hakim sambil menunjukkan keadaan kelas yang agak huru-hara semasa ketiadaan guru di dalam kelas.Nama je pelajar kelas sains,tapi macam bukan pelajar kelas sains.

''Hmm,tak mengapa.Aku nak tanya something dekat kau''

''Apa dia?'' 

''Bukan kau kata nak join ujibakat ke?''

''Ha'ah,kenapa?''

''Kau dah daftar?''

''Dah,kenapa?''

''Solo ke band?''

''Band''

''Wow,kau ada band?Kau memang jamming ke setiap minggu?''

''Aku mana pernah jamminglah''

''Okey,siapa geng band kau tu?Tak pernah pulak kau cerita dekat aku''

''Adalaa nanti aku cerita..''

**********

''Assalamualaikum cikgu'' sapa seorang pelajar lelaki di tempat meja Cikgu Faris.

Terdengar suara yang memberi salam,terjengul ke atas kepala Cikgu Faris yang tadi sibuk mencari bahan alatan mengajar di dalam kotaknya.

''Waalaikumusalam,yer ada apa?Owh Hardy Zafri rupanya...''

''Ermm,cikgu boleh tak saya nak daftar untuk ujibakat yang cikgu cakap pagi tadi?''

''Boleh..boleh'' dengan pantas Cikgu Faris mengeluarkan senarai nama pelajar yang menyertai ujibakat tersebut.

''Wah ramainya yang dah daftar''

''Dan kamu orang yang last cikgu open masuk ujibakat ni''

''Eh kenapa pulak?''

''Sebab tengok ni....'' kata Cikgu Faris sambil menunding jari di atas kertas senarai nama tersebut.Penyertaan yang amat mengujakan!Sebanyak 54 nama yang telah berdaftar dengan Cikgu Faris dan sememangnya sambutan yang luar biasa baginya.

''Huu..nasib baik sempat.Terima kasih cikgu!''

''Jadi,kamu masuk ni solo ke duet ke atau group?''

''Group...cikgu'' kata Hardy Zafri sambil menulis namanya di atas kertas itu.

''Vokal utamanya siapa?'' serkap jarang Cikgu Faris.

''Saya dengan Mayra Anaqah''

''Mayra Anaqah?''

''Ha'ah,kenapa cikgu tanya?''

''Tapi,tak silap cikgu ada juga pelajar lain yang daftarkan nama dia dengan salah satu group lain yang akan masuk ujibakat ni''

''Cikgu biar betul?''

''Betullah,takkanlah cikgu nak tipu kot''

'Aduhai,macam mana aku nak buat ni?Siapa pulak yang dah ambik dia jadi partner group lain?' fikir Hardy Zafri dalam hati.

''Emm..tapikan cikgu boleh tak saya nak tahu siapa yang daftarkan nama Mayra Anaqah dalam group tu?'' tanya Hardy Zafri dengan penuh tanda tanya di mindanya.



Sayang Abang D!Where stories live. Discover now