Bab 7 - M A Y R A ?

4K 179 1
                                    

Di ruang makan...

"Ma,bilik yang sebelah bilik along tu ada orang hendak tinggal ke?Bukan ke sebelum ni bilik tu memang kosong,kenapa angah check tadi bilik tu kemas siap ada katil dengan almari lagi," tanya Hakim kepada mamanya ketika mereka semua makan malam bersama di ruang makan.

"Ha'ah,ada orang hendak tinggal di bilik tu nanti"
"Siapa ma?Takkanlah along kot sebab along kan dah ada bilik sendiri," giliran Ashriq pula untuk bertanya.
"Ehh,achik tambahlah lagi nasi.Kenapa makan sikit je?" kata Pn.Zahara yang cuba mengelak dari persoalan anaknya.
"Ha'ah achik kenapa makan sikit sahaja?Selalunya achik makan sampai dua kali tambah,hari ni tak sampai satu pinggan achik dah habis makan.Kenapa,anak baba tak sihat ke?" tanya En.Fawwaz kepada Ashriq dengan risaunya.

"Eh,achik sihatlah ba,cuma tak ada selera makan"
Ashriq kemudiannya membasuh pinggan lalu "Baba,mama,angah achik naik dulu eh?Achik ada banyak homework nak kena buat ni"

**********************

Ashriq kemudiannya masuk ke bilik untuk memulakan kerja rumahnya.Setengah jam kemudian,terdengar ketukan di pintunya."Masuklah"

"Owh,angah ke ingat mama tadi.Ada apa?" tanya Ashriq sambil mengemaskan buku-bukunya di dalam beg.

Hakim memulakan bicaranya "Achik sibuk ke?Angah nak cakap sikit"

"Taklah,lagipun semua homework achik dah siap,angah nak cakap tentang apa?Angah jangan cakap yang angah nak ungkit pasal metabolisme petang tadi.Kalau angah nak cerita pasal tu juga,lain kali jelah" kata Ashriq sambil menutup telinganya.

Hakim kemudiannya menarik tangan dari telinga Ashriq
"Bukan pasal tulah,achik ingat tak achik pernah cerita pasal Mayra dekat angah 3 hari lepas?"

Ashriq mula mengerutkan dahinya lalu cuba mengingatinya.
"Owh,ingat-ingat.Yang achik cakap masa achik lalu bilik mama dengan baba lepas tu,achik terdengar nama Mayra kan?Kenapa angah tanya pasal ni?"

"Achik tak terfikir ke yang bilik baru yang mama kemas tu untuk dia?Kalau tak,kenapa kita tanya tadi mama tak jawab?" soal Hakim kepada Ashriq.

Ashriq mula berfikir."Ha'ah,mungkin juga untuk bilik dia.Tapikan,bila dia nak muncul?Nama je timbul tapi orangnya tak timbul-timbul juga"

"Angah pula tak adalah dengar mama atau baba cakap pasal dia kalau depan kita.Hmm,apa-apa kita tunggu sahajalah sampai mama dengan baba hendak cerita pasal dia tu.Oklah,angah masuk bilik dulu nak tidur.Good night,achik" kata Hakim lalu meninggalkan bilik adiknya.

Sebaik selepas Hakim meninggalkan bilik Ashriq,tiba-tiba dia berkata
"Kalau betullah dia tinggal sini,aku pun tak tahulah aku ni boleh terima dia ke tidak.Aku tak sukalah kalau orang hendak kongsi kasih sayang mama aku"

Maklumlah Danish Ashriq anak yang bongsu,jadi dialah yang paling manja dengan mamanya walaupun sudah 16 tahun.Kedua-dua abangnya iaitu Danish Asytar dan Danish Hakim kadang-kadang pun turut rimas dengan sikapnya yang manja dengan mamanya.Apa boleh buat,anak mak.....

Jgn lupa vote dan komen.Tq sbb baca crita saya & teruskan mmbaca bab yg sterusnya


Sayang Abang D!Where stories live. Discover now