Bab 35 - A B A N G M A Y R A

2.9K 115 1
                                    

''Mana pula si Ashriq ni?Takkanlah nak pulangkan buku pun lambat'' Adryan membebel seorang diri sambil meletakkan makanan yang dipesan si meja Ashriq.

********

''Macam ni,biar cikgu yang bawa Mayra pergi ke hospital'' kata Pn.Syifa kepada Danish Ashriq dan Wardina.

''Cikgu,biar saya yang ikut cikgu'' Belum apa-apa lagi,Ashriq menyatakan hasratnya untuk mengikuti guru kelas Mayra.

''Kamu tolong kemaskan barang kamu dengan barang Mayra kemudian masuk ke dalam kereta''

''Baik,cikgu!'' Ashriq kemudiannya berlari pantas menuju ke kelasnya.

*********

''Weh Ashriq kau nak ke mana?'' Adryan bertanya sebaik sahaja melihat Ashriq sedang berkemas-kemas.

''Adalah....nanti kalau ada masa aku beritahu.Aku nak cepat ni!!By the way,thanks for this!'' Ashriq menunjukkan makanan yang dibeli oleh Adryan dan meninggalkan kelas itu dengan segera.

Ashriq bergegas semula ke kelas 3 Pesona semula untuk mengambil beg sekolah Mayra tetapi sebaik sahaja sampai,Wardina menyerahkan beg milik Mayra.

''Nah ambil cepat,cikgu tengah tunggu tu'' Wardina sempat lagi mengemaskan barang milik Mayra kerana ingin membantu Ashriq mempercepatkan kerjanya.Yelah,siapa lagilah nak tolongkan?

''Owh,terima kasih sangat-sangat.Saya pergi dulu''

Pergerakan Ashriq yang pantas sambil membawa beg miliknya dan milik Mayra diperhatikan oleh abangnya iaitu,Danish Hakim dari tingkat atas.

''Nak ke mana pula tu?Dengan bawa beg Mayra?'' Hakim bermonolong bersendirian.

Sambil Hakim meronda sekitar tingkat atas bangunan sekolah itu,fikirannya ligat memikirkan tingkah laku Ashriq sebentar tadi.

''Ni tak reti-reti ke nak masuk kelas?'' Danish Hakim menegur sekumpulan pelajar lelaki di belakang tangga.

*********

Selepas sahaja Mayra masuk di wad kecemasan,Ashriq dan Pn.Syifa duduk di ruangan menunggu.Sambil-sambil itu sempat lagi Pn.Syifa bertanya ''Kenapa Danish ikut cikgu sedangkan nanti cikgu pun boleh call parents Mayra?''

''Saya abang Mayra cikgu'' Baru hari ni nak mengaku Mayra tu adik?

''Owh,cikgu nak call mak Danish sebentar''

***********

''Bang,awak tolong ambil saya di rumah sekarang!!'' ujar Pn.Zahara dengan nada yang cemas.

''Awak ni kenapa?Tak boleh ke cakap slow-slow sikit?Saya tengah meeting ni!'' nada En.Fawwaz seperti berbisik kerana masih di dalam bilik mesyuarat.

''Sekarang ni saya nak tanya,projek besar yang penting ke anak lagi penting?''

''Mestilah projek besar...kan?'' En.Fawwaz keluar dari bilik mesyuarat tersebut dan meneruskan perbualan dengan isterinya di luar

''Hish,penatlah cakap dengan abang ni!!''

''Saya main-main jelah.Mestilah anak yang lebih penting.Ada apa ni?''

''Tadi,cikgu Mayra ada call saya.Dia beritahu yang Mayra sekarang ada di hospital!''

''Laa,ye ke?Awak siap-siap dulu mungkin lagi 15 minit saya sampai rumah''

''Abang pandu kereta elok-elok yer''

''Hmm,assalamualaikum''

''Waalaikumussalam''

************

''Haish,macam mana aku nak beritahu Dato nanti?Matilah aku kalau dia tahu anak En.Qayyum sebenarnya tak mati lagi'' kata pekerja suruhan Dato Zahari sambil menggaru kepalanya.

''Sebelum Dato dengar cerita yang bukan-bukan baik aku pergi cakap dulu.Karang dibuatnya kena potong gaji,aku nak makan apa?'' 

Pekerja tersebut terus melangkah ke bilik Dato Zahari selepas Dato Zahari membenarkan dia masuk.

''Ada apa-apa masalah ke Hisham?'' Dato Zahari terus bertanya selepas Hisham iaitu pekerjanya melabuhkan duduk di kerusi hadapannya.

''Dato,sebenarnya anak En.Qayyum tak mati lagi semasa kemalangan itu berlaku'' teragak-agak Hisham untuk memberitahu.

''Apa dia???!!!!Bukan ke saya dah suruh buat kerja tu betul-betul??!!!Haritu kata semua dah mati dalam kereta tu'' bentak Dato Zahari.

''Kalau ikutkan semua dah mati masa kejadian kemalangan tu Dato tetapi baru-baru ni saya dapat tahu anak dia masih lagi hidup''

''Saya tak kira.Gunalah apa cara sekalipun janji anak dia mati.Selagi pewaris syarikat Qayyum tu tak mati,selagi itulah saya tak akan tenang''

''Saya minta maaf Dato'' Hisham menundukkan kepalanya.

''Sekarang ni,saya nak awak siasat di mana anak dia berada.Upahlah mana-mana penyiasat ke janji perkara ni settle.Faham??''

''Faham Dato,saya keluar dulu''

''Hmmm''












Sayang Abang D!Where stories live. Discover now