Bab 20 - J A W A P A N

3K 128 0
                                    

''Angah tu fikir awek dia laa tu'' Ashriq yang melintas di ruangan itu cuba menambah.Padahal,dia bukannya tahu apa yang dibincangkan oleh mama dan babanya.Kemudian,dia terus melangkah ke anak tangga untuk masuk ke biliknya semula.

''Betul ke angah?Bila masa pula yang angah suka dekat anak dara orang ni?Belum habis belajar,makan minum pun baba tanggung lagi'' Pn.Zahara sudah mula menembak dengan hujah-hujahnya.Maklumlah,Pn.Zahara ini dahulu bekas peserta pidato peringkat kebangsaanlah dikatakan.

''Eh.....eh...buk....bukan.Achik tu memandai je'' Hakim cuba menyelamatkan keadaan dirinya.Matilah kalau mama dengan baba tau pasal aku dengan Dalila.

''Habis tu,apa dia?'' En.Fawwaz bertanya pula kerana masih belum berpuas hati dengan jawapan anaknya.

''Ni pasal kawan,alah yang tadi sebab angah balik lewat'' Hakim mula menjawab persoalan mama dan babanya.

''Hmm,tentang kawan angah yang selalu datang study kat rumah kita ke?Apa nama dia?Dayan?Eh,bukan....Apa ye nama dia,angah?Baba pun dah lupa nama dia,banyak sangat benda nak kena ingat'' ujar En.Fawwaz lalu menghirup teh yang disediakan oleh isterinya tadi.

''Dalila namanya,bang.Cakaplah awak tu pelupa orangnya'' tawa Pn.Zahara mula berlegar di ruangan hadapan kolam renang lalu diikuti oleh Danish Hakim.

''Hish,takkanlah saya nak mengaku pula.Malulah saya,kenapa angah fikir tentang Dalila tu?'' En.Fawwaz mula mengubah topik.Yelah,takkanlah nak cakap topik pelupa je.Sampai esok pun tak habis.

''Tak adalah,angah ada cakap pada mak dengan ayah dia suruh update perkembangan tentang Dalila dari semasa ke semasa.Tapi,sampai sekarang tiada apa-apa pun khabar dari Dalila.Tu yang angah risau tu'' keluh Hakim lalu melepaskan pandangan di hadapan kolam renang.

''Angah kena faham,mak dan ayah Dalila tu mungkin tiada masa nak update dekat angah setiap masa.Angah pun kenalah faham yang ibu bapa dia mestilah penat jaga Dalila di hospital.Dahlah tu,tak payah risau-risau lagipun dah nak lewat malam ni,mesti mak ayah dia dah tidur ke.Yelah,kita bukannya tahu'' jawapan Pn.Zahara cuba menyedapkan hati anaknya.Selepas sahaja Danish Hakim mendengar jawapan daripada mamanya,dia terus mempositifkan dirinya.

''Ha'ahlah,haish kenapalah angah tak fikir semua tu?'' 

''Dah,tak payah kusutkan kepala tentang tu.Fikir positif sahaja'' giliran En.Fawwaz pula memberikan kata positif kepada Hakim.

**********

Dua bulan telah berlalu tetapi perkhabaran tentang Dalila masih lagi menyepi.Sejak dari insiden Dalila pengsan di sekolah hari itu,tiada berita lagi tentangnya.Puas Hakim mencari maklumat,berita tentang Dalila tetapi tidak menemui sebarang petunjuk yang dapat membantunya dalam mencari Dalila.

2012,Danish Hakim sudah pun melangkah ke tingkatan 4

''Cikgu,bukan ke sepatutnya nama Dalila Safiyah ada dalam senarai dalam kelas ni?Tapi,kenapa masa cikgu sebut nama pelajar dalam kelas ni,nama Dalila Safiyah tak ada?'' tanya Danish Hakim selepas semua pelajar kelas 4 Sains Tetra keluar untuk rehat.

''Setahu cikgu,pelajar nama Dalila Safiyah sudah pun ditukarkan ke sekolah lain'' jawab cikgu Wahida atas pertanyaan pelajarnya tadi.

''Dah ditukar?Boleh saya tahu dia ditukarkan ke mana?'' perasaan Hakim mula membuak-buak ingin tahu selepas pencariannya selama tiga bulan setengah ini tidak membuahkan hasil.

''Hmm,kalau tentang itu cikgu tak dapat nak beritahu kamu sebab atas permintaan keluarganya.Cikgu minta maaf sebab cikgu memang tak boleh beritahu kepada sesiapa ke mana Dalila pindah.Kalau tiada apa-apa lagi,cikgu keluar dulu'' Cikgu Wahida terus mengambil buku rekod pengajarannya lalu keluar dari kelas itu.

Sejak dari itu,Hakim mula kecewa kerana Dalila meninggalkannya tanpa bicara.Fikirnya,cikgu dapat memberitahu di mana Dalila berada tetapi hampa.Dan seterusnya,bayangan Dalila terus misteri sehingga kini.

Hoho,habis jugak utk bab ni.Jenuh jugaklah nk kerah idea dgn kebisingan suara2 'luar' mnggngu dlm proses manuskrip bab ni.Kiranya,utk bab ni baru dpt jwpn mcm mna Dalila tu hilang wlaupun sbnrnya masih kurang lagi sebab knpa dia hilang mcm tu je.Dia sakit apa pun korang x tau lagi kan?Yg itu kna tunggulh utk bab sterusnya.Stop dlu psal Dalila nnti kita fokus balik ttg Mayra.Ooohhh,thanks utk 1.11K readers utk crita ni.Vote korang akn ku kenang smpai bila2,hahaaha



Sayang Abang D!Where stories live. Discover now