Bab 8 - A D I K B A R U E K P S R E S D A H S A M P A I

4.1K 156 0
                                    

''Ma,kitaorang pergi dulu'' kata Danish Hakim dan Danish Ashriq lalu memakai kasut sekolah mereka.

Pn.Zahara ketika itu sedang menyiram pokok bunganya di kebun mini miliknya ''Haa,baik-baik bawa motor tu angah jangan lupa achik tu di belakang'' kata Pn.Zahara kepada Danish Hakim.Setiap hari,mereka akan pergi ke sekolah bersama cuma selepas waktu persekolahan sahaja Danish Ashriq akan diambil oleh mamanya kerana Danish Hakim mengikuti kelas tambahan selepas sesi persekolahan untuk SPM pada tahun ini.

Selepas Pn.Zahara menyelesaikan tugasnya,tiba-tiba kedengaran mesej di peti masuknya.''Siapa yang bagi mesej pagi-pagi ni?Owh,Afrina rupanya''.Kemudian,Pn.Zahara membaca isi kandungan mesej tersebut.

Kak Zahara,awk ada di rumah ke?Mungkin dlm stngah jam lagi sya & suami akn hntr Mayra di rumah awak.Alhamdulillah,ttg hal pnjagaan tu sudah diuruskn & smuanya sudah slesai.Mulai dri hri ini,awak mnjadi kluarga angkat utk Mayra.

''Alhamdulillah,termakbul juga impian hambamu ini akhirnya'' kata Pn.Zahara dengan penuh rasa syukur.Selepas itu,Pn.Zahara terus mengemas di ruang tamu untuk menyambut anak angkat 'ekspres'nya.'Haish,tak sabar-sabar rasanya' ujar Pn.Zahara dalam hati.

Setengah jam kemudian...Pada pukul 8.30 pagi

''Assalamualaikum!'' kata Pn.Afrina lalu memastikan semula alamat yang berada di tangannya.

''Hmm,kalau ikut alamat...betullah.Mana orangnya?Abang,betul ke ni rumah KakZahara?''tanya Pn.Afrina sambil menggunakan tangannya untuk menghadang dari sinaran cahaya matahari.

''Betullah ni Rina,saya dah pastikan betul-betul dah sebelum ni.Alaa,awak ni sabarlah mungkin dia ada di belakang kut sebab tu dia tak dengar suara awak tadi''

Dalam masa itu juga,Mayra masih di dalam kereta sambil memerhati keadaan sekeliling.

''Hmm,nampaknya kawasan ini bakal jadi tempat tinggal aku yang baharu.Tak sabar rasanya hendak pergi ke sekolah lama balik,kata mak cu jarak sekolah lama dengan rumah ni tak jauh pun'' kata Mayra lalu membetulkan lilitan selendangnya yang senget akibat tidur semasa dalam perjalanan ke Melaka.

Mayra asalnya tinggal di negeri Melaka bersama mama dan papanya cuma selepas dari kejadian kemalangan,dia duduk menetap di Kuala Terengganu di kediaman mak cu dan pak cu nya.Selepas segenap sebulan,dia ada menyuarakan pada mak cu nya yang dia ingin tinggal semula di negeri kelahirannya tetapi hampa kerana beberapa hari kemudian,pak cu nya memberitahu yang mereka terpaksa berpindah ke luar negara atas urusan kerja dan cawangan syarikat di sana amat memerlukan pak cu di sana.Tetapi,mak cu nya ada menelefon semula rakan baik arwah mamanya dan hasil daripada perbualan mak cu,Pn.Zahara sudi mengambilya sebagai anak angkat.

Nasib Mayra amat baik kerana dia ingin menetap semula di negeri kelahirannya di samping ingin memulihkan ingatannya.Kebetulan juga kerana Pn.Zahara inginkan anak perempuan dari dahulu kerana anak-anaknya semuanya lelaki dan dia juga kawan baik kepada arwah mama Mayra.Pada mulanya,Pn.Afrina berat melepasakan Mayra kepada Pn.Zahara tetapi apakan daya hasrat anak saudaranya ingin menetap semula di Melaka.

''Waalaikumussalam,Afrina ke tu?Sebentar ye'' kata Pn.Zahara sambil membukakan pintu pagarnya.

''Dah lama kita tak berjumpa ya Kak Zahara'' ujar Pn.Afrina lalu menyambut salam dari Pn.Zahara

''Ha'ah, jemputlah masuk,Afrina dengan Azhad.Mayra mana?''

Kemudian,Pn.Zahara meliarkan pandangannya di hadapan rumahnya.

''Owh,ada lagilah tu dalam kereta.Sebentar ya Kak Zahara,biar saya panggilkan Mayra.Awak dengan Kak Zahara masuklah dulu sebab saya hendak angkat barang Mayra sekali'' ucap En.Azhad lalu ke keretanya semula untuk memanggil anak saudaranya.

''Hmm,Mayra buat apa tu?'' sergah En.Azhad dari tingkap kereta.

''Astagfirullahalazim,terkejut Mayra.Pak cu janganlah buat macam tu lagi,karang buatnya Mayra kena sakit jantung macam mana?Ini boleh jadi salah pak cu ni'' kata Mayra sambil mengurut dadanya.

''Mayra muda lagi,mana ada kena sakit jantung.Dahlah,Mayra pergi masuk dalam dulu.Pak cu hendak angkat barang Mayra''

''Ehh,biar Mayra tolong lagipun barang dekat bonet tu kan barang Mayra'' jawab Mayra lalu menutup pintu kereta tersebut.

''Tak mengapa,lagipun barang Mayra tak banyak kan?So,biar pak cu je yang angkat.Mayra pergi masuk dulu dalam rumah nanti mak cu cari kenapa Mayra tak masuk-masuk lagi''

''Hmm,ok hati-hati pak cu angkat barang tu takut-takut jumpa lipas pula'' ujar Mayra yang cuba menyakat En.Azhad kerana dia tahu pak cu nya amat anti terhadap lipas.

Sayang Abang D!Where stories live. Discover now