Bab 4 - G O R I L L A

4.9K 186 0
                                    

Di dalam bilik Danish Hakim

''Mayra?Kenapa aku rasa nama dia macam nama junior aku?Mungkin dia Mayra lain kut dan kebetulan nama dia sama dengan Mayra junior aku tu,'' ucap Danish Hakim untuk menyedapkan hatinya sendiri.

Ehhh,jap.Dah lama aku tak nampak Mayra.Rasanya dah dua bulan lebih aku tak nampak dia,bukan ke dia ambil PMR tahun ni?Takkan lah ponteng kut,rasanya dia bukan pelajar yang jenis suka ponteng memonteng ni.Try bukak fb lah kejap,manalah tau dia ada update apa-apa ke kenapa dia dah lama tak datang sekolah''

Mata Hakim hanya tertumpu pada skrin komputer.Tiba-tiba,line internet putus.

********************

''Aduh,siapa pulak yang tutup ni?Kacau betullah,awal lagi ni baru pukul 6:30 petang yang pergi tutup tu kenapa?'' marah Danish Hakim sambil menuruni tangga.

''Hah,turun pun angah.Tadi achik panggil buat tak dengar jer,tu yang achik tutup wifi manalah tahu angah turun ke tak.Tapi tak sangka pula rupa angah tu sampai macam nak serang gangster-gangster tepi jalan''bebel Danish Ashriq.

''Lah kau ke yang tutup,angah ingat siapalah tutup tadi.Apasal sampai achik tutup wifi ni?Angah nak gunalah..." tanya Danish Hakim kepada adiknya.

''Achik panggil angah tadi sebab hendak ajak makan petang dengan mama.Penat achik ketuk pintu tapi angah tak jawab pun.Akhirnya ini sahajalah yang mampu achik buat.Tutup wifi,kan senang'' jawab Danish Ashriq dengan selambanya.

''Eh,achik ada ketuk pintu bilik angah ke tadi?Angah tak dengar pun''

''Habis,tadi angah dekat mana kalau tak dengar achik panggil?''

''Angah memang dari tadi dalam bilik''

''Dah tu,kenapa tak dengar?Sah-sah lah angah tengah berangan time tu kan?Pastu,mesti berangan dapat kahwin kan angah?''

Belum sempat Danish Hakim menjawab soalan dari Danish Ashriq tiba-tiba Pn.Zahara datang ke ruang tamu kerana menganggu ketenteramannya menikmati makan petang di luar balkoni rumah yang berdekatan dengan kolam renang.

"Apa ni bising-bising sampai dekat luar balkoni pun boleh dengar suara kamu berdua?" tanya Pn.Zahara kepada kedua-dua anaknya.

"Tak ada apa-apa ma,cuma ada masalah negara sikit.Bekalan internet terputus tadi lepas tu,tiba-tiba ada gorilla datang mengamuk dekat sini tadi" terang Danish Ashriq yang cuba berseloroh.

"Haha,achik panggil angah apa tadi?Gorilla??Ni ada yang nak kena ni!!!"

Hakim kemudiannya mengejar Ashriq tanpa menghiraukan mamanya di hadapan.

"Dah besar pun main lari-lari lagi,tak padan dengan umur" ujar Pn.Zahara sambil mengeleng-geleng kepalanya.

'Agaknya apalah reaksi mereka dengan kehadiran adik baru 'ekspres' nanti?' tanya Pn.Zahara dalam hati sambil tersenyum keseorangan.

Sayang Abang D!Where stories live. Discover now