Bab 44 - S I A P A?

2.7K 112 2
                                    

''Sejak akhir-akhir ni,peminat kau makin agresiflah!'' Imran mengeluh seraya menghulurkan surat peminat kepada Danish Hakim.

''Dah kenapa pula?'' tangan Hakim mengambil huluran Imran.

''Mana taknya,sekarang ni hampir tiap-tiap hari aku kena jadi posmen untuk kau.Selalunya tak adalah banyak sangat tapi sejak akhir-akhir ni orang tu asyik desak aku suruh bagi dekat kau tiap-tiap hari''

''Apa susah,tak payahlah ambil''

''Kalau aku tak ambil,sampai lubang cacing dia cari aku tahu tak?''

''Buat tak tahu jelah,kan senang?''

''Senanglah kau cakap''

''Btw,siapa yang selalu bagi surat ni dekat aku?Ni mesti orang yang samakan?''

''Lah,dalam surat tu dia tak ada tulis nama ke?''

''Tak ada pula,lagipun aku bukannya baca pun.Buang masa aku je'' Hakim mula menggalas begnya dan menolak kerusi ke bawah meja.

''Budak form 3......ala yang sama kelas dengan junior debat kau tu''

''Mayra?''

''Hah,yang itu!'' Imran mengunci kelas 5 Sains 1 menggunakan mangga.

''Owh,malaslah nak layan.Lain kali kalau budak tu kacau kau lagi,buat tak tahu je.Aku pun dah tak larat nak terima surat-surat dekat sekolah ni.Kalau surat tawaran nak masuk u,kira okeylah jugak.Ini surat cintan-cintun,baik tak payah'' Hakim dan Imran mula menuruni tangga ke tingkat bawah.

''Untunglah kau handsome,aku ni apa ada....'' Imran mula mengusik Hakim dalam nada yang penuh rendah diri.

''Kau pun ada rupa apa?Sekali aku tengok macam Randy Pangalila pun ada'' Hakim menokok tambah.

''Ada-ada jelah engkau ni!'' Imran terus menepuk bahu rakan baiknya dan menuju ke perpustakaan untuk ke kelas tambahan selepas sesi persekolahan.

*************

''Kau masuk ke tidak tentang ujibakat yang cikgu uar-uarkan baru-baru ni?'' Adryan menyergah Danish Ashriq yang sedang leka mengulang kaji mata pelajaran Kimia.

''Hah,apa dia kau tanya tadi?'' Ashriq menutup buku notanya dan menyimpan ke dalam begnya.

''Kau tahukan baru-baru ni ada kecoh pasal ujibakat nyanyian tu?''

''Tahu'' ringkas sahaja jawapan Ashriq

''Kau masuk tak?''

''Entahlah,tengok dulu kot.Kalau abang aku masuk,aku join dia sekalilah.Lagipun syarat pernyertaan  ujibakat tu mesti group kan?''

''Ha'ah,aku pun join jugak nanti dengan group kita''

''Owh,dah start jamming?''

''Dah,start minggu lepas lagi....''

''By the way,good luck untuk group kita'' ujar Ashriq kepada Adryan.

***************

''Sorry bro,dia aku punya''

Ayat-ayat itu masih lagi terngiang-ngiang di ingatan Mayra sampaikan kelas yang sedang bising sekarang ini pun dia tidak sedar.

'Siapa mamat tu?Tak kenal pun,memandai je ajak aku join dia' monolong Mayra di dalam kelas.

''Mayra!Mayra!!'' Dina menggoncangkan tubuh Mayra.

'Dia ni tengah berangan ke?Susahlah macam ni!' 

''Mayra!!!''

''Hishh,kenapa jerit-jerit ni?'' Mayra menutup kedua-dua belah telinganya.

''Tu ada orang panggil kau dekat luar kelas''

''Siapa dia?'' Mayra menolak kerusinya ke dalam.

''Kau pergilah tengok sendiri,cepatlah kesian dia tunggu kau lama-lama''

''Yelah-yelah'' dan Mayra ke arah pintu dengan kemusykilan.

Sayang Abang D!Where stories live. Discover now