Bab 45 - W A E A C H I K ?

2.6K 114 4
                                    

Pulang sahaja dari sekolah.........

''Rasanya semua tentang wasiat arwah papa dengan mama semuanya dah settle'' kata Aisar satu persatu.

''Adik nak tinggal dengan abang je boleh?''

''Bukannya abang tak nak bagi adik tinggal dengan abang tapi...''

''Abang tak sayang adikkan?Kalau macam ni baik abang tak payah cari adik'' Mayra bermasam muka dengan Maarif Aisar.

''Bukan macam tu adik,adikkan dah ada keluarga angkat.Nanti mesti Mak Cik Zahra dengan Pak Cik Fawwaz risaukan adik'' Aisar cuba bercakap adiknya dengan nada memujuk.

''Kalau macam tu lagilah adik tak nak balik'' dengus Mayra kedengaran.

'Aduhai,macam mana nak pujuk ni?' Aisar menggaru kepalanya yang tidak gatal

*****************


Kedengaran suara anak muda sedang bernyanyi di luar rumah berdekatan kolam renang ditemani dengan petikan gitar.

'Siapa pulak yang nyanyi tu?' monolong Mayra dalam hati.

Mayra Anaqah yang baru sahaja pulang dari rumah abangnya tertarik dengan suara seseorang.Sudah diberi salam tidak siapa yang menyahut,mungkin masing-masing sedang berehat kut.Tetapi yang menjadi persoalan Mayra,siapa yang tengah nyanyi tu?Dahlah sedih je bunyinya....

Berbaring renung kita ke bulan 

Lagu yang ku tulis ku nyanyikan

Terhendap-hendap Mayra sembunyi di sebalik langsir untuk mengelakkan daripada dirinya dilihat oleh orang lain.

'Siapa tu,tak nampaklah pulak' Mayra sekejap mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas tetapi tidak berapa jelas.

Lagu tentang kisah kita berdua

Baru sahaja ingin skodeng lebih lama tetapi bunyi mesej masuk di telefon Mayra pula menganggunya.Anak muda yang tadinya hanyut dalam dunianya sendiri tersedar apabila terdengar bunyi deringan dari telefon seseorang.

''Hishh,kacau betullah si Dina ni!!Aku baru je nak skodeng....''

''Skodeng siapa?'' kedengaran suara di hadapan Mayra menyapanya.

'Alamak,matilah aku!!!!'

*************

''Pasal projek tu kita start buat hari esoklah,dalam lepas Zohor aku sampai rumah kau'' kata Hakim dalam talian.

''Haa,kau jangan cakap jer.Tak timbul muka kau,siaplah!'' pesan Imran kepada Hakim.

''Iyer,iyer.Nanti kau tunggu je dekat rumah kau.Okeylah aku nak letak dulu sebab perut aku dah lapar sangat ni''

''Haa,yelah-yelah.Assalamualaikum''

''Waalaikumusalam''

Selesai sahaja selesai menelefon Imran,Hakim terus menapak ke tingkat bawah untuk ke ruangan dapur.Baru sahaja turun,dah tengok adegan yang tak best.Achik ni dah tak ada kerja lain ke?Ada jer modal nak kacau adik.Tapi,hari ni nampak macam lain sikit.Asal achik tengking adik?

''Lain kali jangan nak menyibuk pasal orang lain!'' bentak Ashriq kepada Mayra.

Ashriq berlalu dengan pantas sehinggakan angah dihadapannya pun dilanggarnya.Dah kenapa dengan si achik ni?Sejak dua menjak ni,emosi dia selalu tak stabil.Dah macam perempuan pun ada.Arghhh,lantaklah!

''Kenapa dengan achik tu angah?'' tanya Mayra Anaqah dalam perasaan yang ingin tahu.Tak pernah-pernah pula dia tengking aku.

''Adik tanya angah kenapa achik jadi macam tu sedangkan angah ni pun baru je turun.Angah turun ni pun sebab lapar je.Kalau tak,memang angah tak turunlah'' kata Hakim sambil tayang muka seposennya.

''Ha'ah kan?Macam pelik je tanya dekat angah yang baru turun'' Mayra menggaru kepalanya yang tidak gatal.

''Adik teman angah makan boleh?Tadi mama ajak angah makan tapi angah nak tunggu adik'' 

''Laa ye ke?Sebenarnya adik dah kenyang........''

''Leave me alone...'' Hakim yang cuba berdrama

''Tapi tak pelah,biar adik teman angah''

''Betul?'' Hakim yang ter'over excited'nya.Yelah,hampir dua minggu tak jumpa adik.Kalau jumpa pun dekat sekolah.

''Jomlaa,nanti adik tarik balik apa yang adik kata tadi'' Mayra sudah meluru ke dapur meninggalkan Hakim yang tersengih-sengih keseorangan.






Sayang Abang D!Where stories live. Discover now