Bab 63 - P U T A R B E L I T

2.3K 86 15
                                    

Semenjak mereka bertiga ni makin rapat disebabkan latihan nyanyian,makin rapat untuk mereka luahkan perasaan bersama.

"Angah...angah pernah tak sukakan seseorang?" tanya Mayra secara tiba-tiba.

Terus terhenti kunyahan burger di mulut Danish Hakim.

"Soalan apa yang adik tanya ni?" gelak Hakim lalu meneruskan kunyahannya semula.

"Alaa angah ni,adik tanya betul-betullah!Dia boleh pula main-main.Achik,tengok angah ni!" laju kaki Mayra mendapatkan Danish Ashriq.

Hakim menggeleng kepalanya "Adik,adik.Manja betul dia"

*************

"Okay,lagi sikit sahaja lagi.Fighting Ashriq!" kata Danish Ashriq kepada dirinya sendiri ketika menghabiskan perenggan terakhir karangannya.

"Achik!!!!"

"Haa,dia mai dah"

Makin laju tangan Ashriq menulis segala yang dirangka olehnya sebelum memulakan karangannya.Terus terpacul wajah Mayra Anaqah di sebelah Ashriq sehingga terkejut dibuatnya.

"Masya Allah budak ni,tahu tak achik terkejut!Dahlaa dengan tak ikat rambut tu lagi nampak macam pontianak!"

Mayra menghempaskan punggungnya diatas katil milik Ashriq.

"Apalaa achik ni baru sikit pun dah terkejut,nanti adik make up macam pontianak baru tau.Tak cukup tanah achik nak lari nanti." terbahak-bahak Mayra Anaqah menggelakkan Ashriq.

"Whatever laa adik nak kata apa pun.Hah,apa dia cari achik ni?Nak suruh beli aiskrimlaa tu,kan?"

"Ehh taklah,adik bukannya nak suruh achik pergi beli aiskrim tapi angah tu jahat!"

"Dah jahat kenapa pulak?" tergaru-garu kepala Ashriq yang tidak gatal.

Mencebik muka Mayra "Angah tulah,adik tanya dia gelak pula"

Secara tiba-tiba sahaja Hakim mencelah "Mana taknya aku gelak achik ooii,adik ni tanya angah pernah tak sukakan seseorang?" sekali ala-ala suara Mayra ditirunya.Apalagi makin menggelegak darah kemarahannya pada Hakim.

"Haa,tengok!Kali ni tiru suara orang pula" Mayra berpeluk tubuh lalu memandang tingkap.Yang paling tak tahan,muncung mulut tu siap boleh gantung baju lagi!

"Ish,ish muncungnya mulut dia tu.Achik gantung baju dekat situ baru tahu"

Apa ni,Ashriq pun join Hakim mengusik Mayra ke?

"Achik pun join angah?Okay,tak apa.Jangan nanti adik tiba-tiba nak ubah fikiran untuk keluar dari kumpulan yang angah buat.Tak merasa kemenangan ditangan."

"Woo,woo itu mana boleh masuk campur.Itu urusan sekolah,sekarang ni kita dekat rumah" nada cemas mula kedengaran ketika Hakim bersuara.

'Owh tau takut,hmm apa kata kita gertak lagi mereka berdua ni?Hehehe' rancang Mayra dimindanya.

"Ha'ah,betul kata angah tu.Nampak sangat adik tak profesional,yelah urusan sekolah,sekolahlaa.Urusan rumah,rumahlaa"

Eh,eh pandai pula kau nak putar belit ya Ashriq?

"Ataupun jangan esok angah dengan achik tengok adik tak ada dekat rumah sebab adik dah tak nak duduk sini.Yelah,duduk sini pun bukannya ada apa asyik kena buli je dengan korang berdua" Mayra cuba memberi pilihan kedua.

Hakikatnya walaupun mempunyai dua pilihan,kedua-dua Danish tidak mahu memilih antaranya kerana satu mereka mahu menang pada tahun ini dan kedua no Mayra no life!

"Macam mana?Dah habis fikir?" satu per satu Mayra melihat wajah mereka.

Terkuis-kuis tangan Ashriq menyuruh angahnya membuat keputusan.

'Apa angah ni?!Cepatlaa cakap nanti adik tambah lagi pilihan dia tu!'

"Hmm,okaylaa angah jawab soalan tadi.Tapi,dengan syarat adik jangan keluar group dengan jangan balik rumah Abang Aisar." kata Hakim dengan tenang.

"Eh,apa angah ni!Kenapa tak bagi adik balik rumah abang dia?" laju sahaja tangan Ashriq memukul paha Hakim.

"Kejamnya angah tak bagi adik balik rumah abang sendiri" perli Mayra.

"Sorry tersilap cakap.Okay,angah mengaku angah pernah sukakan seseorang.Adik ni dah tak ada soalan lain ke?"

"Sebab tadi bosanlaa adik dah tak ada soalan lain.Jadi,siapa insan bertuah tu?" terangkat-angkat kening Mayra.Nak kalahkan Ziana Zain ke apa?

"Adik nilah,sibuk je dia nak tahu.Dah,sekarang ni fokus je belajar tak payah cintan cintun bagai.Tak kemana pun kalau adik bercinta,silap hari bulan mau down result adik" lagaknya dah rupa Pn.Zahara sahaja cuma nasib mama mereka tiada dirumah.Join JKK laa dikatakan.

"Cakap jelaa yang adik nak korek rahsia angah kan?"

"Alaaa,mana ada adik saje je tanya"

Sayang Abang D!Where stories live. Discover now