Bab 12 - H A I

3.6K 155 4
                                    

Seusai mereka menikmati nasi tomato air tangan Pn.Zahara,mereka semua berkumpul di ruang tamu mengikut arahan En.Fawwaz.Danish Ashriq yang tadinya banyak bercakap terus mengunci mulutnya kerana risau mamanya akan memarahinya lagi.

En.Fawwaz memulakan bicaranya "Mesti angah dengan achik pelik kenapa tiba-tiba Mayra boleh ada di sini,bukan?" tanya kepada Danish Hakim dan Danish Ashriq.
Kedua-duanya sekadar menganggukkan kepala sahaja.

"Mulai dari hari ini,kami ambil Mayra sebagai anak angkat.Bermakna Mayra menjadi adik kamu berdua dari hari ini,faham?Baba harap kamu berdua jangan buli dan marah-marah Mayra.Kalau Mayra buat salah,tegur bukan guna kekerasan.Lagipun,Mayra ni baru lagi terlibat dengan kemalangan dan mengalami hilang ingatan.Mama dan papanya telah meninggal dunia semasa kemalangan tersebut.Kebetulan juga arwah mama dan papa Marya merupakan kawan baik kami,jadi kami ambil Mayra sebagai ahli keluarga ini" terang En.Fawwaz satu persatu.

'Patutlah masa aku tegur Mayra masa dekat dapur tadi dia macam tak kenal aku,rupa-rupanya dia dah hilang ingatan rupanya.Ohh,itu agaknya dah lama tak datang sekolah' Hakim bersuara di dalam hati.
'So,kaulah Mayra yang pernah menyusahkan aku dulu ye di sekolah,welcome to this house.Tak lama lagi aku akan menyusahkan kau pula,aku takkan biarkan kau sesuka hati anggap mama tu macam kau punya' kata hati Ashriq pula.

Nampaknya kedua-dua adik beradik ini memberikan reaksi yang berlainan.

"Dan mama hendak mulai dari hari ni,kamu berdua panggil Mayra,adik.Tak jadi masalah kan?" tambah Pn.Zahara.

"Baik,mama" jawab Ashriq dengan nada yang bersemangat padahal hanyalah lakonan semata.
"Along dah tau ke tentang perkara ni,mama?" tanya Hakim pula.
"Dah,mama dah beritahu waktu kamu berdua belum balik dari sekolah lagi dan along pun cakap tak kisah"

Along ataupun nama sebenarnya ialah Danish Asytar merupakan anak sulung kepada En.Fawwaz dan Pn.Zahara.Sekarang,sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia.

"Mayra boleh panggil Hakim ni angah dan Ashriq pula achik.Mereka berdua akan menjadi abang Mayra yang baik sekali" sengaja En.Fawwaz memuji anaknya itu.

Lalu En.Fawwaz dan Pn.Zahara meninggalkan ketiga-tiga anaknya di ruang tamu tersebut untuk sesi berkenalan.Yelah,adik baru kenalah kenal.Nanti kalau orang tanya nama adik sendiri,takkanlah cakap tak tahu pula kan.

"Okay,baba.Hai nama saya Mayra Anaqah bt Qayyum Izwan dan umur saya 15 tahun.Itu sahaja salam perkenalan dari saya" kata Mayra lalu menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.
Giliran Hakim pula memperkenalkan dirinya "Hmm,nama saya Danish Hakim bin Fawwaz dan saya merupakan anak kedua daripada tiga beradik.Umur saya 17 tahun.Lepas ni,janganlah panggil awak-awak tau sebabnya saya ni abang Mayra tau" sengih Hakim kepada Mayra.

'Aduh,dah macam kat tadika pula diaorang ni.Perlu ke kenalkan diri?' kerut dahi Ashriq sambil berkata dalam hati.

"Okay,angah" Mayra menunjukkan tabik spring kepada Hakim."Awak?" Mayra mula menunding kepada Ashriq pula.

"Hah aku?Owh,aku Danish Ashriq dan 16 tahun" jawab Ashriq seperti hendak tak hendak sahaja untuk memperkenalkan diri.

Baru sahaja mereka seronok dalam memperkenalkan diri masing-masing kecuali Ashriq kedengaran bunyi orang memberi salam di luar.

"Assalamualaikum!!!"
"Angah,siapa kat luar tu?" tanya Mayra
"Pencuri kut" jawab Ashriq yang cuba berseloroh.
"Ishhh,achik ni takkanlah orang nak mencuri bagi salam" Hakim menepuk di paha Ashriq.
"Yang itu namanya pencuri yang bertamadun,haha.Oklah,achik pergi tengok dulu siapa yang ada di luar"

Ashriq berlalu ke pintu untuk mengetahui siapakah gerangan yang memberi salam manakala Mayra dan Hakim berbual-bual perihal diri.

So,mcm mna crita sya stakat ni?Harap2lah ok wlaupun kdng2 lmbt update bab baru.Korang suka yg mana,Hakim ke Ashriq?Klau sya,.....Hakim tapi x smestinya sya akn buat ending Mayra dgn Hakim.Apa2 pun jgn lupa vote & rajin2kanlah tgn korang beri komen yg membina utk novel ni.That's all from me,happy holiday ^_^


Sayang Abang D!Where stories live. Discover now