Maria membuang nafas leganya.

"Baguslah. Saya harap musuh takkan menggunakan kuasa pemukauan." kata Maria.

"Jangan risau. Perkara ni takkan berlaku sekali lagi."

"Jadi apa rancangan kamu berdua?" soal Maria.

"Saya dan Clara akan pergi ke kerajaan Ruen untuk berjumpa dengan Gabriella." kata Benny.

"Bukan ke Kevin tak mahu Gabriella tahu?"

"Yup. Tapi Gabriella patut tahu. Jika dia tak tahu pasal ni dia akan lebih marah. Lebih baik bagitahu." kata Benny lagi.

"Maria jangan bagitahu Kevin dengan yang lain ye?" kata Clara.

Maria menganggukkan kepalanya.

"Bila kamu berdua akan pergi?" soal Maria.

"Mungkin lepas berbincang kami berdua akan pergi." jawab Benny.

"Maria tolong bagi alasan ye bila dieorang tanya nanti okayh?"

"Baiklah. Tapi, ingat. Hati hati. Saya nak kamu berdua... Tak bukan kamu je, saya nak kamu berdua dan Gabriella selamat."

Clara dan Benny mengangguk kepala.

Gabriella duduk di berandar sambil melihat Bintang Bintang di langit. Dalam fikirannya penuh dengan rancangan rancangan yang sedang dia susun untuk langkah seterusnya. Walaupun dia cuba berusaha untuk berfikir tentang rancangan seterusnya, dia masih lagi berfikir tentang dirinya. Jantungnya sudah tidak berfungsi. Nadinya juga turut tidak berdenyut. Dia sudah menjadi separuh Angel. Mungkin besok malam dia akan berubah sepenuhnya. Terimbas semula perbualanya dengan Mark dan Romeo.

Flashback on.

"Tentang lohong hitam tu dah selesai. Sekarang tentang kau pulak." kata Mark.

Gabriella memandang Mark hairan.

"Kenapa dengan aku?" soal Gabriella.

"Cuba kau cari nadi kau." kata Mark.

"Buat apa?" soal Gabriella.

"Cari jelah dulu."

Gabriella pun mencari nadinya. Namun, dia tidak menjumpai nadinya dan dia juga baru dapat merasakan sesuatu yang pelik tentang dirinya. Kemudian dia memandang semula ke arah Mark dan Romeo.

"Apa yang dah jadi?" soal Gabriella terkejut.

"Kau dah tak perlukan jantung atau nadi untuk hidup dan bukan tu je, kau pun tak perlu bernafas." kata Mark.

"Tapi kenapa?" soal Gabriella hairan.

"Aku rasa kau kena banyak baca buku lah." sampuk Romeo.

Gabriella hanya mencebik sahaja.

"Seorang Angel tak perlu mempunyai jantung atau udara untuk hidup. Sama juga dengan pari pari. Kau sekarang dah separuh Angel. Mungkin besok malam kau akan berubah seratus peratus." terang Mark.

"Maksud kau?"

"Semua rupa, bentuk badan, rambut kau akan berubah seratus peratus. Orang dah takkan kenal kau kecuali orang yang tahu kau adalah Angel."

Gabriella terdiam.

"Kau jangan risau. Walaupun paras rupa kau berubah, sikap kau takkan pernah berubah. Kau tetap Gabriella yang orang lain nampak. Kalau orang sekeliling kau kenal perangai kau macam mana, dieorang dapat teka kau adalah Gabriella yang dulu." kata Mark yang ingin menyedapkan hatinya.

Gadis Berdarah Suci (C)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें