" Apa yang kau merepek ni ? kesian, belum SPM dah gila. Dah pergi lah sana, rehat. Semak je tau" Aku kembali membuat kerja

Airil menarik kerusi yang berada didepanku dan pusingkannya menghadapku. Aku meletak pen.

" Kau nak apa ni. Aku nak buat kerja pon tak senang tahu tak" Aku mengeluh. Penatnya nak layan dia ni

Airil tersengih

" Aku suka kau" Lancar ayat tu keluar dari mulut Airil padahal dalam hati bukan main berdebar debar

" So ?" Aku buat muka tak kisah. Bukan sekali dua aku dapat ayat tu dari lelaki sampai aku nak naik muak dah dengar

Airil buat muka tak percaya " So je kau cakap ?"

" Dah tu kau nak suruh aku balas apa" Aku mengangkat kening

" At least balas la aku suka kau jugak ke apa ke " Aku mengerutkan dahi mendengar apa yang diperkatakan Airil. Tajam aku melihatnya

" Aku rasa kau demam ni, ambil ubat tak pagi tadi" Aku senyum mengejek

" Ed, im serious !" Kata Airil 

" Me too. Then , kau expect aku nak jawab apa ? Tahu tak benda ni tak lawak and please Airil jangan jadikan benda ni sebagai hiburan"

Airil merenung tepat pada mata aku

" Sukahati kau la" Airil terus berlalu dari situ. Aku mengangkat bahu.

_____________________________________________________________________

Dah 3 hari termasuk hari ni Airil bersikap dingin terhadapku. Aku tanya berpatah - patah dia jawab sepatah je, ada yang dia tak jawab lansung. Angin monsun mana pulak yang melanda dia ni

' Aku ada buat apa - apa salah ke eh dekat dia. rasa macam tak ada. Last dia cakap dengan aku pun masa dia cakap dia suka dekat aku' Aku menepuk dahi. Haah la. Dia terasa ke aku cakap macam tu. Habistu takkan aku nak menipu diri aku pulak? hahaha ni kes terasa la ni hek eleh

Aku tergelak kecil sambil kakiku berjalan menuju ke kelas bersama roti dan air kotak ditangan

" Hai Ed " Aku mendongak.

Aku menjeling tajam " Tepi la aku nak lalu "

Aku bergerak ke kiri, Faris ke kiri. Aku ke kanan , Faris ke kanan. Aku mengetap bibir. Ada yang kena jugak mamat ni eii

" Woo rileks la Ed nak cepat - cepat ni nak kemana" Faris tersenyum nakal

" Nak blah ah dari tengok muka pecah rumah kau ni" Aku balas. pedas.

Faris tersenyum sinis " Heh , aku tau la kau tu dah dapat budak yang bajet baik tu" Faris senyum mengejek

" Kau.. tak payah nak kutuk kutuk dia eh. At least dia tu lagi baik dari kau" Aku senyum sinis lalu berlalu dari situ. 

Faris menggenggam tangannya menahan amarah

_________________________________________________________________________

" Kau asal Ril, aku nampak dah macam tak tegur si Ed tu lansung" Joe menepuk bahu Airil yang sedang duduk ditempat duduknya. Kelas kelihatan lengang pada masa itu kerana ramai pelajar yang turun untuk mengalas perut

Airil cuma diam. 

" Akuu.. patah hatii.. sungguh - sungguh aku patah hati.. kerna mu.."  Syafiq saja menyanyi lagu tersebut dengan niat untuk memerli Airil. Nampak sangat tengah gaduh dengan Ed tu. Faiez dan Danish pula sudah tergelak - gelak dibelakang

" Kau.. baik kau diam " Airil memberi jelingan tajam kepada Syafiq. 

" Hahahaha rileks la weh. Asal kau gaduh ke dengan minah tu" Joe cuba mengorek rahsia lagi

" Tak " Jawab Airil sepatah

Belum sempat Joe nak bertanya lagi, matanya tertancap pada seorang pelajar perempuan yang baru masuk dalam kelas itu. Matanya menjeling sedikit kearah Airil. Mata pemuda itu menoleh kearah tempat yang sama. Dia tersenyum sinis

Joe menghantar isyarat mata kepada tiga lagi rakannya itu. Danish, Faiez dan Syafiq yang memahami isyarat itu tersenyum kecil lalu mengangguk.

" Hi Ed sorang je ke ?" Joe memulakan perbualan apabila dia sampai di tempat duduk gadis itu

" Kenapa , kau ada nampak orang lain ikut aku ke ?" Aku jawab dengan penuh sarkastik

" Hahaha takde la macam tu tapi hm selalu macam nampak ada je orang yang selalu kacau kau kalau kau sorang - sorang macam ni. mana pergi budak tu ?" Faiez pula menyampuk. Nada suaranya sengaja ditinggikan agar Airil yang acah - acah buat kerja tu dengar.

Aku diam. Diorang ni memang saja nak kenakan la ni.

" Entah. dah insaf kot sebab tu dah tak buat kerja yang tak berfaedah tu" Aku jawab selamba

Airil yang dengar merengus tak puas hati

Mereka berempat tergelak " Oh yeke , boleh la kitaorang ganti tempat dia ni kan . Ye la kitaorang ni tengah bosan baik kacau kau yang dah terang - terang tak ada orang yang punya kan"

Airil mengetap bibir bila mendengarnya

" Haah boleh jugak. Lagipun..." Belum sempat aku menghabiskan ayat aku kedengaran ada satu suara memotong

" Haa. weh geng, aku  ada nak bincang something la dengan korang ni sebenarnya, tadi terlupa. Ha jom !" Airil memeluk bahu Joe sambil mengheretnya keluar kelas. Yang lain hanya mampu tahan gelak

' Macam - macam la kau ni Ril'

Suamiku Annoying !Where stories live. Discover now