"Aik? Mana Clara ni?" soal Gabriella sendiri.

Dia cuba turun dari katilnya namun dia terjatuh terjelepuk.

"Aw! Tak guna." kata Gabriella geram.
Tiba tiba pintu bilik Gabriella terbuka. Muncul Alvin dengan masih berpakaian seragam sekolah.

"Bella? Kau okayh? Kau nak pergi mana ni? Kau tahukan kaki kau sakit yang kau bangun tu kenapa? Tak boleh nak panggil orang ke hah?" bebel Alvin sambil mengangkat Gabriella duduk ke atas katil semula.

Gabriella tersengih melihat muka Alvin yang berpeluh. Ni mesti baru balik sekolah.

"Kenapa tersengih? Tahu tak orang risau. Boleh pulak tersengih."

"Kau baru balik sekolah eh?"

Gabriella tidak menjawab pertanyaan Alvin malah dia pula yang bertanya.

"Haah. Aku nak tengok kau kejap lepastu baru aku pergi mandi. Masa aku nak ketuk pintu tadi aku dengar ada yang jatuh tu yang aku terus masuk."

Gabriella terangguk angguk.

"Mana Clara eh?"

"Dia ada dekat bawah. Ahli tahap tinggi pun ada dekat bawah. Dieorang nak melawat kau." kata Alvin lalu dia duduk di sebelah Gabriella.

"Yeke? Kalau macam tu aku nak pergi bawah lah."

Gabriella cuba sekali lagi untuk bangun namun di halang oleh Alvin.

"Biar aku dukung."

"Marsha, kau jangan sedih macam ni. Ibu kau kan dah okayh." kata Yora sambil mengusap belakang badan Marsha.

"Betul tu. Kenapa masih sedih lagi ni?" kata William pula.

"Dah lah jangan nak sedih sedih. Kiteorang nak kau senyum. Sekarang senyum cepat." kata Jack.

Marsha pun hanya ikut saja. Dia tersenyum. Senyum paksa.

"Macam terpaksa je." kata Roy pula.

"Yelah yelah. Aku senyum lah ni. Tak ada terpaksa pun."

akhirnya Marsha bersuara sambil tersenyum.

"Hah. Macam ni lah. Ni baru Marsha yang kiteorang kenal." kata Yora.

Mereka semua mengangguk setuju.

"Eh? Tu Gabriella. Dia dah bangun lah." kata Jessica sambil menunjuk ke arah Alvin yang sedang mendukung Gabriella.

Ahli tahap tinggi mula bersiul dan mengusik mereka berdua.

"Boleh senyap tak?" kata Alvin setelah sampai.

Alvin meletakkan Gabriella di sofa.

"Wush. Garangnya." kata Diaz sambil tersengih.

"Dah lah. Korang sembang dulu. Aku nak pergi mandi. Jangan bagi dia bangun sampai aku datang balik." kata Alvin sambil menjeling ke arah Gabriella.

"Okayh bos!" kata mereka serentak.

"Bodoh! Macam mana boleh terlepas!" marah Swarde kepada orang suruhannya.

"Maaf tuan Swarde."

"Sekarang ni mana Kallen dengan Han?"

"Han dia dah di bunuh oleh seseorang manakala Kallen dia tidak dapat keluar dari hutan tu."

"Apa?! Bukan dia kata dia tahu jalan keluar ke?!" marah Swarde.

"Memang dia tahu tuan. Tapi hutan tu sudah di tukar jalannya oleh penjaga hutan."

"Argh! Tak guna! Aku tak kira. Aku nak kau dapatkan jugak budak tu! Kau paham?!"

lelaki itu mengangguk saja dan berlalu pergi.

"Hah sekarang ni aku nak tanya kau. Kenapa ibu Marsha masuk hospital?" soal Yora kepada Gabriella.

Dahi Gabriella berkerut sambil memandang ke arah Marsha. Marsha pula hanya buat tidak tahu saja.

"Marsha tak cerita dekat korang ke?" soal Gabriella pula.

"Tak. Kiteorang dari tadi lagi tanya tapi dia cuma diam je." jawab Tristan yang lain hanya mengangguk setuju.

"Tapi, korang tau dari mana ibu Marsha masuk hospital? Setau aku kau tak sekolahkan Marsha?" soal Gabriella lalu memandang semula ke arah Marsha.

"Tak." jawab Marsha sepatah.

"Kiteorang tahu dari Benny." kata James pula.

Belum sempat Gabriella bersuara, ada orang menyampuk dari belakang.

"Yora paksa okay. Kalau tak percaya tanya Josh." kata Benny yang baru sahaja turun sambil menjeling Josh yang berada di sebelahnya.

Mereka berdua mengambil tempat di sebelah William dan Roy.

"Yelah! Macam mana aku tak paksa, aku tanya dia kenapa Marsha dengan kau tak datang dia cuma jawab tak tahu. Sebab tu lah aku paksa dia." kata Yora tak puas hati.

"Kenapa kau tak tanya Josh?" soal Gabriella.

Yora terdiam.

"Eh dah lah. Sekarang ni kiteorang cuma nak tahu kenapa ibu Marsha boleh masuk hospital? Then kenapa kaki kau berbalut tu?" Jack pula bersuara.

"Ibu Marsha dia sakit. Mungkin kurang rehat. Aku pulak jatuh semalam tu yang berbalut."

dalam hati Gabriella merasa bersalah sangat sebab sudah menipu sahabatnya. Dia terpaksa. Dia tak mahu orang lain tahu apa yang terjadi di antara ibu Marsha dengannya. Mereka semua mengangguk paham.

"Tapikan, kenapa Marsha sedih sangat. Macam ibu dia teruk je." kata Yora.

Asudah. Otak dia ni sama aje dengan Josh. Ada je soalan. Curiga lah tu.

"Ibu aku tak pernah masuk hospital dan tak pernah sakit. Tu yang aku sedih. Aku tak percaya ibu aku boleh sakit."

akhirnya Marsha bersuara. Matilah aku kalau aku je yang tipu dieorang. Nampak sangat tak adil.

Yora terangguk angguk.

"Eh kejap. Kenapa Clara ada dekat sini? Dia tak balik ke? Ke dia tak sekolah?"

haih kau ni Yora ada je soalan kau kan? Pening pulak kepala aku.

"Ouh. Dia.."

belum sempat Gabriella menghabiskan ayatnya Benny menyampuk.

"Kenapa? Dia tak boleh ke ada dekat sini?" soal Benny.

Yora tersengih.

"Bukan macam tu lah. Rumah dia kan jauh, bila dia sampai? Rumah diakan dekat kerajaan Roseland jauh tu." kata Yora lagi.

"Aku yang ambik dia. Aku guna kuasa teleport. Lagi pun kan dia pasangan aku, aku tak boleh kalau tak tengok muka dia sehari sebab tu dia ada dekat sini." jawab Benny selamba.

Pipi Clara sudah merona merah.

"What?!"

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now