"Apa maksud kau ni Benny?" soal Josh.

Eric, Jessica dan Alvin hanya diam sahaja.

"Dia pasangan aku yang dah di tentu kan. Rambut berwarna hijau, anak mata berwarna hijau gelap, lemah lembut dan tinggi bahu aku."

Josh memandang semula ke arah Clara.

"Kau tahu dia pasangan kau?" soal Josh kepada Clara.

Clara mengangguk kepalanya perlahan lahan.

"Okayh. Macam ni lah semua duduk dulu, saya akan jawab apa yang korang nak tanya." kata Clara.

Mereka semua bergerak duduk di sofa. Marsha pula sudah berhenti menangis.

"Siapa nak tanya dulu?" soal Clara kepada mereka bertujuh.

"Tak perlu tanya. Clara cerita je apa yang dah jadi." kata Eric.

Clara mengangguk kepalanya.

"Saya di sini sebab di panggil oleh Gabriella. Tapi, bila saya muncul je dia sudah tidak ada. Yang dia tinggalkan hanya surat ni saja." kata Clara lalu menunjukkan surat yang di pegangnya.

Setelah mereka membaca, mereka meletakkan semula surat itu di meja.

"Jadi apa maksud surat yang dia tulis?" soal Alvin.

"Masa majlis hari kelahiran Marsha, saya ada bagitahu Gabriella sesuatu. Korang berdua ingat tak yang saya ada kata saya ada benda penting nak cakap dengan Gabriella?"

Alvin dengan Benny mengangguk.

"Benda penting saya bagitahu ialah pasal ibu Marsha. Saya bagitahu Bella yang saya dapat rasa ibu Marsha dalam bahaya. Mungkin sebab itu Gabriella tak ada. Mungkin dia tengah cari ibu Marsha."

Mereka semua terkejut kecuali Marsha.

"Dia seorang?" soal Alvin.

Dari mukanya terpapar kerisauannya terhadap Gabriella.

"Mungkin? Saya tak tahu lah."

"Jadi, sebab ini lah Marsha nangis?" soal Kevin pula.

Clara mengangguk.

"Tapi sebelum tu. Kau ni apa sebenarnya?" soal Alvin.

Clara tidak menjawab soalan Alvin. Dia hanya mendiamkan diri saja.

"Dah lah. Itu tak penting. Sekarang ni kita kena cari Maria dengan Gabriella. Aku takut dieorang dalam bahaya." kata Jessica.

"Masalahnya. Kita nak cari macam mana? Kita pun tak tahu dieorang dekat mana." kata Benny pula.

Alvin bangun dari duduknya.

"Kau nak pergi mana?" soal Eric.

"Aku tak boleh duduk diam. Aku kena cari Bella." kata Alvin dengan muka ketatnya.

"Al. Kau nak cari dia dekat mana? Lebih baik kita duduk dulu." kata Eric.

"Apa? Duduk? Kau boleh lagi suruh duduk? Kau tahu tak Bella dalam bahaya! Kalau dia mati macam mana?!" marah Alvin.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now