OBSESI 28

3.4K 84 3
                                    

BAB 14

"Aku macam tak percayalah yang kau betul betul cintakan aku... kau sengaja berpura pura mencintaiku ke tania?", soal hafiz sekali lagi. "ya... aku betul betul cintakan kau", balas tania. "tapi kenapa kau tidak menatap wajahku ketika kau cakap yang kau cintakan aku?... kau macam berbohong padaku pula. biasanya kalau orang berbohong mereka pasti tidak berani menatap wajah orang ketika mereka berbual bual...", hafiz bersuara dengan wajah yang serius. "betul... aku cintakan kau...", balas tania. kali ini dia menatap wajah hafiz. "baguslah kalau macam tu... aku cuma nak pastikan apakah kau betul betul mencintaiku atau pun tidak... jikalau kau di dapati berbohong dalam perkara ini, kau akan terima padahnya kelak...", kata hafiz dengan wajah yang serius. kecut perut tania sebaik saja dia mendengar perkataan pemuda itu. "apa apa pun aku masih belum yakin lagilah yang kau betul betul cintakan aku... aku fikir aku akan bagi kau kebebasan untuk bergerak bebas dalam rumah ni tapi aku tak akan bagi kau kebenaran unuk keluar dari dalam rumah ni...", kata hafiz pula. "kenapa pula?", soal tania. "sebab aku masih rasa ragu ragu terhadap pengakuan cinta kau tu... manalah tahu kau berpura pura mencintaiku dan bila aku berikan kau kebebasan sikit kau akan lari tinggalkan aku pula...", kata hafiz. "eh... aku tak ada niat pun nak tinggalkan kau... aku akan mencintai kau dan tinggal kat sini buat selama lamanya...", kata tania. padahal dalam hatinya dia tidak cintakan hafiz. dia langsung tak ada hati nak tinggal kat situ. dia terpaksa berbohong sebab dia tidak mahu di kurung di dalam bilik tidur tu sampai mati kebuluran. dia perlu berlakon demi menyelamatkan dirinya dari hafiz aka hafizah yang di anggapnya sudah gila itu...

"kalau begitu baguslah... mulai dari hari ni kau akan menjadi hak milikku yang mutlak dan tiada siapa yang akan merebut kau dari tanganku...", ucap hafiz seraya merapatkan tubuhnya pada tania. cepat cepat tania bangun dari tempat duduknya. "er... aku nak pergi ke bilik tandas. boleh tak kau tunjukkan mana bilik tandas dalam rumah ni?", soal tania. hafiz bangun lalu menarik tangannya menuju ke arah tandas yang terletak di ruang dapur itu. sempat juga tania memerhatikan keadaan dalam rumah tu. ianya nampak berselerak dan tidak kemas. "agaknya rumah ni kena puting beliung ke apa?", soal hati kecil tania, kehairanan. "sorrylah... semalam kawan kawan aku datang berparty kat sini... so rumah ni nampak berantakan sikit...", kata hafiz. dia seperti tahu saja apa yang bermain di minda tania saat itu. "oh... begitu...", tania menganggukkan kepalanya, tanda faham. perlahan lahan dia mengekori pemuda tersebut dari belakang. "inilah bilik tandas...", hafiz menunjukkan bilik tandas yang kecil itu. tania segera masuk ke dalam bilik tandas tersebut. pintu bilik tandas itu di tutupnya. dia berdiri di depan cermin yang ada di situ. Dia menatap wajahnya di dalam cermin. fikirannya bercelaru. dia kini berada di dalam rumah orang yang telah membunuh 3 orang kekasihnya. dia merasa sungguh gerun sekali apabila memikirkan yang dia berada di dalam rumah seorang pembunuh

dia cuba memikirkan apakah yang harus dia lakukan selepas ini. dia harus cari bukti yang kukuh untuk membawa hafiz ke muka pengadilan. dia mesti lakukan sesuatu untuk dapatkan semua bukti itu sebelum dia berambus dari situ tapi bagaimana caranya pun dia sendiri tidak tahu. "think harder tania... just think harder...", bisik tania pada dirinya sendiri. ketika dia sedang berfikir tiba tiba, "tania... kau sudah siap ke tu?", soal suatu suara. "er... sekejap lagi...", balas tania. dia segera memusing flush air tandas yang ada di situ supaya kedengaran dia seperti benar benar menggunakan tandas ketika itu. tidak lama kemudian dia melangkah keluar dari dalam tandas tersebut. hafiz menunggunya di depan pintu tandas sambil menekan nekan skrin handphonenya. "kau sudah siap ke?", soalnya sebaik saja tania berdiri di sebelahnya. "ya...", balas tania sepatah. "kalau macam tu baguslah sebab aku nak berbual dengan kau ni....", kata hafiz sambil tersenyum manis. senyumannya membuatkan tania terpaku seketika. dia memang seiras dengan pelakon lee jong suk yang cute dan kacak itu. dari dulu lagi dia mempunyai impian untuk hidup bersama seorang lelaki yang cute dan kacak seperti itu tapi.... "wake up tania... itu bukan lee jong suk yang original. itu 'klon' lee jong suk aka pembunuh yang merbahaya... just remember that...", bisik hati kecil tania. dia cuba menyedarkan dirinya sendiri. "kenapa kau pandang aku macam tu sekali?", soal hafiz seraya mengangkat keningnya ke atas. "oh... nothing...", balas tania dengan wajah selamba.

perlahan lahan hafiz menarik tangan tania menuju ke ruang tamu yang terletak tidak jauh dari situ. tania tidak segera duduk. dia terpaku  melihat kerusi sofa yang kelihatan kotor dengan kulit kuaci itu. "er... maaflah kerusi ni kotor sikit. aku sapukannya untuk kau ye...", cepat cepat hafiz bangun lalu dia menyapu bahagian atas kerusi tersebut dengan tangannya sendiri. "duduklah...", hafiz bersuara sambil mempersilakan gadis itu duduk di sebelahnya. tania pun duduk. "aku gembira tania sebab akhirnya kita dapat bertemu dan tinggal dalam satu rumah macam ni. impianku untuk menjadikan kau sebagai kekasihku kini sudah tercapai...", ucap hafiz sambil memegang tangan tania. "tapi aku hairanlah fiz...", tania bersuara sambil memandang wajah pemuda itu. "apa yang membuatkan kau merasa hairan pula?", soal hafiz ingin tahu. "antara ramai ramai gadis di dalam dunia ni, kenapa kau pilih aku menjadi kekasih kau pula?... kenapa kau tak pilih gadis yang lain saja?... bukankah baik kalau kau pilih gadis lain menjadi kekasih kau...", soal tania bertubi tubi. "sebab kau pilihan hatiku tania... aku ni lain sikit orangnya. jikalau aku jatuh cinta pada seseorang tu... aku akan mencintainya sehingga ke akhir hayatku... dan kini hatiku terpaut pada kecantikan kau... walaupun begitu banyak gadis cantik kat luar sana tapi hatiku tetap memilih kau sebagai kekasihku... bagiku, kau umpama berlian yang sangat berharga di mataku... kalau boleh aku tak nak kehilangan kau...", ucap hafiz dengan lembut. dia menyentuh pipi tania dengan tangannya. dari atas dahi hingga ke bibirnya. renungan matanya kini tertumpu ke arah bibir mungil gadis cantik itu. dia seperti hendak mencium bibir tania pula. belum pun sempat dia berbuat demikian handphonenya berbunyi nyaring. dengan berat hati, hafiz menjawap panggilan di handphonenya itu.

"hello..." *hafiz diam seketika* "what?... tonight?" *hafiz diam lagi* "okay... I'll meet you later..." *hafiz kembali diam*. "yeah... we'll meet at the same place... okay, see you later... bye....", selepas itu dia mematikan talian di handphonenya. dia memandang wajah tania. "maaflah... aku perlu berjumpa dengan seseorang... ada urusan yang perlu aku selesaikan.... kau kena tinggal dalam rumah ni seorang diri... anggap saja rumah ni macam rumah kau sendiri... by the way, aku nak bagi peringatan pada kau sikit.... jangan kau cuba cuba melarikan diri dari sini ye... kalau kau melarikan diri, aku akan cari kau sehingga ke lubang cacing... ingat tu!...", tekan hafiz sambil memandang wajah gadis itu. kecut perut tania sebaik saja dia mendengar peringatan keras dari mulut pemuda tersebut. "ya... aku ingat...", balas tania perlahan lahan. hafiz pun segera memakai baju jaket kulit warna hitamnya. kemudian dia melangkah keluar dari situ. pintu rumah tersebut di kuncinya dari luar. tinggallah tania seorang diri di situ. tania bangun dari atas kerusi itu. dia memang terfikir hendak melarikan diri dari situ tapi bila di fikirkannya kembali tak ada gunanya jika dia berambus dari situ tanpa membawa sebarang bukti yang menunjukkan bahawa hafiz tu ialah seorang pembunuh. Kalau setakat pengakuan yang di ucapkan oleh hafiz sebentar tadi, ianya tidak begitu kukuh. Bila bila masa saja pemuda itu masih boleh menafikannya. Jadi tania terpaksa mencari bahan bukti yang lain. itu maknanya dia terpaksa tinggal bersama dengan pemuda tersebut sehingga dia berjaya mencari bahan bukti yang kukuh. setelah dia berfikir panjang dia pun mengambil keputusan untuk meneruskan lakonannya. langkah pertama yang dia lakukan ialah dia harus menyakinkan hafiz yang dia betul betul cintakan pemuda tersebut. dia akan berlakon mencintai hafiz dengan sebaik mungkin sehingga pemuda itu tidak meraguinya lagi. Dengan cara itu, senanglah dia mencari bahan bukti yang di carinya. dalam diam tania mula merancang strateginya....

 dalam diam tania mula merancang strateginya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
OBSESI (PG13)Where stories live. Discover now