OBSESI 12

4K 109 2
                                    

BAB 6

Setelah 2 minggu berlalu tania dipanggil oleh encik abdul malik untuk bertemu dengannya di pejabatnya. ketika dia sampai di pejabat produser tersebut kelihatan hafiz sedang duduk menunggu di ruang lobi sambil membaca majalah hiburan di tangannya. Dia kelihatan sangat tampan dengan memakai kemeja biru dan seluar slack berwarna hitam. Kalau di pandang dari jauh dia memang tak ubah seperti pelakon korea lee jong suk cuma bezanya dia rendah sedikit dari pelakon yang tinggi lampai itu. Warna kulitnya pula tidak sama dengan warna kulit lee jong suk yang cerah. Ianya berkulit kuning langsat. Dalam diam tania mula membandingkan hafiz dengan pelakon pujaannya. lamunannya terhenti sebaik saja dia terdengar hafiz menegurnya, "kenapa awak pandang saya macam tu sekali?", hafiz memandang ke arahnya dengan pandangan mata yang kehairanan. "oh.... nothing... by the way, awal sungguh awak datang ke sini, kan...", dengan pantas tania bersuara. dia menghampiri lelaki itu lalu duduk di atas kerusi yang ada di situ.

"ya.... boss kan suruh kita datang awal, jadi saya datang awal lah ke sini...", balas hafiz dengan wajah selamba. dia meletakkan majalah di tangannya di atas meja kecil yang ada di situ. "macamana dengan keadaan kekasih awak si farhan tu? dia dah okay ke?", soal hafiz ingin tahu. "oh.... dia dah okay dah... dia sekarang berada di kampung halamannya... mungkin dia akan kembali ke bandar ini setelah keadaannya pulih sepenuhnya...", balas tania. "oh... begitu...", hafiz bersuara perlahan lahan. tania memerhatikan cara duduk hafiz yang menyilangkan kaki itu. ianya seperti cara duduk orang perempuan pula. jarang ada lelaki duduk sambil menyilangkan kaki seperti itu. ketika dia sedang memerhatikan lelaki tersebut tiba tiba, "cik tania, boss panggil korang masuk ke dalam officenya...", kata murni, receptionist yang duduk di meja kerjanya tidak jauh dari situ. perlahan lahan tania bangun dari atas kerusinya. hafiz pun turut berbuat demikian. mereka melangkah masuk ke dalam office yang berhawa dingin itu

"sila duduk...", abdul malik mempersilakan mereka duduk di atas kerusi yang ada di situ. perlahan lahan tania duduk di atas kerusi. begitu dengan hafiz di sebelahnya. mereka duduk menghadap ke arah produser yang berusia dalam lingkungan 50-an itu. "nah... ini skrip yang sudah saya edit sikit jalan ceritanya. saya nak korang hafal skrip dalam babak 15 ni. saya bagi tempoh korang hafal skrip ni dalam minggu ni... kita akan mulakan shooting pada minggu depan. anyway, ada babak romance sikit dalam babak 15 ni... saya nak korang mendalami watak ni dengan sebaik mungkin. tania... saya nak awak ajar encik hafiz cara berlakon dengan baik... maklumlah dia baru saja menceburkan diri dalam bidang lakonan. jadi apa yang dia tidak tahu, awak bagitahu dia, ya...", kata encik abdul malik. dia menyerahkan skrip filem yang di ciptanya sendiri. "hm.... baiklah...", balas tania. dia mengambil skrip filem itu. begitu juga dengan hafiz di sebelahnya. mereka memerhatikan seketika beberapa halaman skrip di tangan. "saya harap korang akan dapat menghafal skrip ni dengan baik... okay, see you two next week...", encik abdul malik bersuara sambil tersenyum lebar. mereka bersalaman seketika sebelum melangkah keluar dari situ.

ketika tania melangkah meninggalkan tempat itu tiba tiba ada orang memanggil namanya. "tania...", langkah kakinya terhenti di situ juga. dia menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan hafiz melangkah menuju ke arahnya. "memandangkan ini first time saya pegang watak utama, so... saya nak practice berlakon dengan awak bila ada masa yang terluang. itu pun jika awak setuju....", kata hafiz perlahan lahan. dia berdiri di depan tania. "saya setuju... awak rasa bila masa yang sesuai untuk kita practice berlakon?", soal tania dengan pantas. "erm.... apa kata petang ni?... petang ni saya ada free time....", kata hafiz pula. "kira kira pukul berapa tu?", soal tania. "urm... pukul 2 petang macam ni... boleh kan?", soal hafiz ingin tahu. "boleh juga... tapi kat mana kita practice berlakon?", soal tania pula. "hm... kalau kat rumah sewa saya tak boleh lah sebab saya tinggal menyewa dengan kawan kawan. saya takut mereka akan mengganggu kita pula semasa kita practice berlakon...", kata hafiz. "okaylah.... kalau macam tu kita practice berlakon kat kondo saya sajalah.... ini alamat kondo saya....", kata tania sambil menyerahkan kad alamat kondominiumnya pada lelaki itu. "okay, set... anyway, i've gotta go now. see you later, bye....", hafiz bersuara sambil mengenyitkan matanya. selepas itu dia beredar dari situ. "dia kenyit mata padaku?....", tania hanya terpinga pinga seorang diri di situ.

*** *** ***

petang itu tania sedang duduk di ruang tamu sambil menonton TV. "ting tong....", kedengaran loceng pintu kondominiumnya berbunyi nyaring. perlahan lahan dia melangkah menuju ke pintu kondonya itu. sebelum membuka pintu dia melihat melalui lubang kecil di pintu untuk memastikan siapakah orang yang berdiri di depan pintu kondonya saat itu. kelihatan hafiz sedang berdiri di depan pintu kondominiumnya. baru dia teringat yang mereka ada practice lakonan petang itu. cepat cepat dia membuka pintu kondo tersebut. kelihatan hafiz tersenyum padanya. "oh.... masuklah....", pelawa tania dengan lembut. perlahan lahan lelaki tersebut melangkah masuk ke dalam kondominiumnya. "silakan duduk.... biar saya ambilkan minuman untuk awak....", cepat cepat tania beredar dari situ. hafiz pun duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. dia memerhatikan keadaan di ruang tamu tersebut. nampak bersih dan kemas.

tania muncul dengan membawa 2 gelas air oren di tangannya. dia menyerahkan gelas oren itu pada hafiz. "minumlah....", pelawa tania. "terima kasih...", balas hafiz dengan lembut. dia meminum air oren di dalam gelas perlahan lahan. setelah minum, mereka pun mula membuka skrip di tangan. mereka menghafal skrip bersama sama. setelah menghafalnya mereka mula mempraktikkannya. siap dengan melakonkan babaknya sekali. bila tiba babak romance tu tania merasa kekok apatah lagi bila mereka terpaksa duduk rapat rapat di atas kerusi sambil bergurau senda tapi hafiz tidak menunjukkan perasaan kekok. malah dia dengan selambanya duduk dekat tania sambil meletakkan tangannya di atas bahu tania. "sayang... you ni kelakar tau... you buat I ketawa aje... hahaha...", kata hafiz sambil cuba melakonkan wataknya. tania duduk diam di sebelahnya.

"your turn...", bisik hafiz di sebelahnya. "huh?.... apa?", soal tania sedikit terkejut. "I said your turn to read your script...", bisik hafiz lagi tapi dia membisikkannya tepat di telinga kirinya. dia dapat rasakan hembusan nafas hafiz yang lembut di telinganya. lelaki itu duduk terlalu rapat dengannya sehingga dia tidak dapat duduk dengan selesa. "tania?", hafiz berbisik di sebelahnya. dia mengalihkan pandangan matanya. kelihatan hafiz merenung ke dalam anak matanya dengan renungan mata yang tajam sekali. "dab dub... dab dub... dab dub...", tak semena mena pula jantungnya berdebar sakan. dia lihat mata hafiz mula merenung ke arah bibirnya pula. dia tidak tahu kenapa lelaki itu merenung bibirnya. dia seakan akan hendak mencium bibirnya pula. "er... maaf... saya nak pergi ke tandas dulu...", cepat cepat tania bangun lalu beredar dari situ.

", cepat cepat tania bangun lalu beredar dari situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.













OBSESI (PG13)Where stories live. Discover now