OBSESI 21

3.2K 94 1
                                    

perlahan lahan tania bangun dari atas katilnya. dia pergi mandi dan berus giginya. setelah dia mandi dia pun melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. dia memakai gaun floral berwarna putih susu. Perlahan lahan dia merenung wajahnya di dalam cermin yang terletak di atas meja soleknya itu. matanya kelihatan bengkak semacam. dia letak bedak tebal tebal kat bawah matanya untuk menutup bahagian bawah mata yang bengkak itu tapi ianya masih kelihatan bengkak. "oh... shit... bagaimana aku keluar dengan mata yang bengkak macam ni?", soalnya dalam hati. "ahh... pakai cermin mata hitam sajalah...", bisik hati kecilnya. dia pun mengambil cermin mata hitamnya. rambut palsu di sematkan di atas kepalanya. setelah siap semuanya dia pun beredar dari situ. kali ini dia keluar tanpa di temani oleh 2 orang bodyguardnya. dia sebenarnya hendak pergi ke pekan kecil indera. dia ingin melawat pekan kecil yang pernah di diaminya sebelum ini. dia masuk ke dalam keretanya sebaik saja dia sampai di parking lot yang sunyi sepi itu. perlahan lahan kereta swift miliknya meluncur laju meninggalkan tempat itu.

4 jam dalam perjalanan akhirnya dia berjaya juga sampai di pekan kecil indera. pekan itu kini tampak berubah. dulu ia hanyalah sebuah pekan kecil yang mempunyai kedai papan yang berderet deret panjangnya di tepi jalan. namun kini ianya sudah kelihatan moden sedikit. kebanyakan bangunan di situ sudah di ubahsuai dan kini ianya bangunan simen yang kukuh. begitu banyak perubahan yang terjadi di pekan kecil tersebut. tania sendiri merasa kagum dengan perubahan yang terjadi di pekan kecil itu. kalau tidak salah di hujung deretan kedai kayu tersebut dia dan hafizah sering menghabiskan masa bersama. di situ ada taman permainan untuk orang awam. kini ianya sudah di gantikan dengan sebuah pasar yang menjual ikan dan sayur sayuran. ramai juga orang berjualan di pasar itu. tania memandu keretanya sehingga dia sampai di perumahan seri indera. di situlah dia dan hafizah tinggal beberapa tahun yang lalu. dia lihat perumahan itu pun sudah semakin banyak penghuninya. Buktinya ada ramai orang berada di kawasan perumahan tersebut. Kelihatan beberapa buah rumah teres yang ada di situ sedang di baiki. tania hanya diam memerhatikan perubahan yang terjadi di kawasan perumahan itu. dia terus memandu keretanya menuju ke hujung kawasan perumahan tersebut. dia dan keluarganya pernah tinggal di hujung kawasan perumahan itu.

dia memberhentikan keretanya sebaik saja dia sampai di hadapan sebuah rumah teres yang ada di hujung jalan tersebut. nampak gayanya rumah itu kini di duduki oleh satu keluarga yang berbangsa cina. dari jauh lagi dia dapat melihat sepasang suami isteri berbangsa cina sedang duduk di luar rumah teres yang pernah di diaminya sebelum ini. dia hanya diam memerhatikan mereka. perlahan lahan dia mengalihkan pandangannya ke arah rumah sebelah yang terletak tidak jauh dari situ. itulah rumah hafizah. dulu dia dan hafizah selalu bermain badminton di luar kawasan rumah teres tersebut. bila mereka dah penat bermain mereka pun duduk di luar rumah sambil berbual bual dengan riangnya. hafizah paling tidak suka jikalau dia asyik membaca buku cerita ketika mereka sedang duduk berbual bual. dia hanya mahu tania memberikan perhatian padanya apabila dia berbual bual dengannya. terdapat perbezaan di antara dirinya dan juga hafizah. dia minat membaca buku dan menonton TV tapi hafizah pula lebih minat bermain badminton dan bermain bola sepak. Hafizah pernah juga mengajak tania bermain bola sepak tapi dia tidak mahu sebab dia memang tidak berminat bermain bola sepak. baginya itu permainan budak lelaki.

Akhirnya mereka bergaduh hanya kerana tania tidak mahu bermain bola sepak dengannya. hafizah memarahinya. apabila tania kena marah dia pun terus balik ke rumahnya tapi hafizah datang memujuknya dan mereka kembali berbaik semula. begitulah keadaan mereka apabila mereka bergaduh. biasanya hafizah yang selalu mengalah. dia akan datang memujuk tania jikalau mereka bergaduh. hafizah boleh di katakan seorang kawan yang baik. cuma ada satu hal yang membuatkan tania merasa tidak selesa berkawan dengan rakannya itu. hafizah mulai melayannya seperti seorang kekasih pula. sebenarnya dia bukannya anti lesbian pun cuma dia seorang gadis straight yang tidak mahu terlibat dengan hubungan yang pelik seperti itu. jadi amat sukar untuk dia berkawan dengan hafizah dalam keadaannya begitu. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak berkawan dengan hafizah lagi. tiba tiba, "tok... tok... tok...", kedengaran cermin pintu keretanya di ketuk orang dari luar.

kelihatan seorang lelaki pertengahan umur sedang berdiri di luar pintu keretanya. dia pun membuka cermin pintu keretanya. "cik, boleh cik undurkan kereta cik sekejap tak?... saya nak bawa kereta saya keluar....", kata lelaki yang berbangsa india itu. "oh... maafkan saya...", cepat cepat tania mengundurkan keretanya ke belakang. dia lihat lelaki india tersebut mengundurkan keretanya lalu memandu keretanya keluar dari rumah sebelah. jadi lelaki india itu menetap di rumah tempat hafizah tinggal sebelum ini. Kelihatan seorang wanita india sedang berjalan keluar dari rumah tersebut. "mungkin itu isterinya...", bisik tania dalam hatinya. perlahan lahan dia melangkah keluar dari dalam keretanya. Dia mengorak langkah menuju ke arah wanita tersebut. "selamat petang mak cik... boleh saya tumpang tanya?", soal tania seraya berdiri di hadapan wajah wanita itu. "ya... awak ni siapa?", soalnya ingin tahu. "nama saya tania... er... dulu saya pernah tinggal di rumah sebelah hujung sana tu... tapi saya teringin hendak bertanya sesuatu dengan mak cik... itu pun jika mak cik tak keberatan...", kata tania perlahan lahan. "apa yang ingin awak tanyakan?...", soal wanita tersebut.

"sebenarnya mak cik, saya datang ni cuma nak tanya tentang keluarga yang pernah tinggal di rumah mak cik ni beberapa tahun lalu...", kata tania perlahan lahan. "oh... maksud awak keluarga encik zahid zainudin tu ke?", soal wanita tersebut. "ya.... mak cik kenal mereka ke?...", balas tania sepantas kilat. "ya... sebenarnya encik zahid lah yang menyuruh kami berpindah ke rumah ini sebelum dia berpindah ke bandar merak beberapa tahun yang lalu. buat pengetahuan awak mereka sudah jadi kaya raya sekarang...", kata wanita tersebut. "tapi kenapa mereka tiba tiba jadi kaya raya mak cik?.... setahu saya pak cik zahid tu kan cuma driver teksi biasa saja...", tania bersuara dalam nada suara yang kehairanan. "Ya... memanglah dia seorang driver teksi biasa saja tapi sejak dia berkahwin dengan puan sri sofia yang janda tu dia pun terus jadi kaya raya dalam sekelip mata... buat pengetahuan awak dia sekarang sudah ada 2 buah syarikat hartanah, tau... anak gadisnya yang tomboy tu saya dengar pernah belajar kat universiti hampston beberapa tahun yang lalu... kalau tak silap, puan sri sofia yang sponsor dia pergi belajar kat luar negara selama 3 tahun tapi selepas tu kami tidak tahu lagi khabar berita dari mereka sebab suami saya sudah pun berhenti dari menjadi driver peribadi encik zahid...", kata wanita itu panjang lebar. "oh begitu... baru sekarang saya faham...", balas tania. "Er... kenapa cik tania bertanyakan keluarga encik zahid tu pula?", soal wanita itu. "Oh... saya saja nak tahu... sebenarnya saya ni kawan anak gadis encik zahid tu... sudah lama saya tidak berjumpa dengan mereka... anyway, mereka tinggal kat mana sekarang mak cik?", soal tania ingin tahu. "Oh... mereka tinggal kat perumahan elit... belangkas height, lot 10, jalan engku nizam....", kata wanita tersebut. "oh... begitu... terima kasih mak cik sebab mak cik bagitahu saya tentang keluarga kawan saya tu... er... saya minta diri dulu ya, mak cik....", tania bersalaman dengan wanita tersebut. "Ye... Baiklah...", balas wanita itu sambil tersenyum manis. tania sudah pun beredar dari situ....

OBSESI (PG13)Where stories live. Discover now