OBSESI 9

4.6K 114 3
                                    

Ketika tania sedang duduk berbual bual dengan hafiz tiba tiba saja farhan muncul di situ. "Tania!...", farhan bersuara dengan wajah yang tegang sekali. "Oh... farhan... you ada di sini?", tania bersuara dalam nada suara yang terkejut. "Yalah... kenapa?... you terkejut ke tengok I kat sini?", soal farhan sedikit bengang. "Er... ya... I tidak menyangka pula yang you ada kat sini... i fikir you masih kat aparment you tadi... anyway, perkenalkan ini hafiz zaid yang akan berlakon bersama I dalam filem aku dan dia tu. Er... fiz, ini farhan razif kekasih I...", kata tania cuba untuk memperkenalkan 2 insan itu. "Hai...", sapa hafiz sambil menghulurkan tangannya pada insan tersebut namun huluran tangannya tidak di sambut. Malah wajahnya semakin tegang. Hafiz tahu lelaki itu tidak senang dengan kehadirannya di situ. Perlahan lahan dia menarik tangannya lalu memasukkan tangannya ke dalam saku seluar jeans yang di pakainya. "Er... tania, saya rasa saya hendak balik sekarang...", hafiz bersuara sambil tunduk mengambil beg shoppingnya yang terletak di bawah meja makan mereka.

"Oh... okay... See you next time...", balas tania. Hafiz pun beredar dari situ. Sebaik saja lelaki tersebut meninggalkan mereka di situ tania segera memandang wajah kekasihnya.
"Okay, kenapa you tak sambut huluran tangan si hafiz tu tadi?... whats wrong with you anyway?"
"Oh... now you want to know whats wrong with me?... okay let me tell you whats inside my heart right now... sebenarnya I sakit hati bila I tengok you keluar dengan si hafiz tu... you ingat I tak nampak ke apa yang you buat dengan si hafiz tu tadi... you ajak dia makan bersama you padahal I kekasih you sendiri pun you tak ajak makan bersama. Sesungguhnya I merasa terkilan tania..."
"Ianya bukan seperti apa yang you fikirkan... Sebenarnya I ada call you pagi tadi tapi you tak angkat phone call I... Jadi I keluarlah bershopping sendirian. Tak sangka pula I bertemu dengan hafiz kat shopping mall ni. So, kami pun bershopping sama sama... bila dah puas bershopping kami makan kat food court ni... begitulah ceritanya..."
Farhan diam membisu. Tania memegang tangan lelaki tersebut.
"Farhan, percayalah pada I... I tak berniat pun nak berlaku curang di belakang you... I mencintai you dengan sepenuh hati I..."

"kali ni I percayakan you tapi kalau you keluar dengan si hafiz tu lagi, I takkan teragak agak untuk break up dengan you..."
"Baiklah, kali ni I janji takkan keluar dengan lelaki lain. I akan menjaga hubungan kita dengan baik... senyumlah sayang... I nak you senyum pada I... pleaseee..."
Bila farhan mendengar perkataan tania yang separuh merayu itu kemarahannya pun hilang entah ke mana. Dia tersenyum pada tania. "Macam itulah sayang, I love you...", ucap tania. Serentak dengan itu sebuah ciuman hangat hinggap di pipinya. Farhan semakin 'cair' di buatnya. Hatinya yang panas tadi bertukar menjadi sejuk. "I love you too, tania...", ucapnya sambil mencium dahi tania perlahan lahan. Tanpa mereka sedari mereka sedang di perhatikan oleh seseorang. kemesraan yang terjalin di antara mereka berdua mencetuskan rasa cemburu di hati si sang pemerhati...

Mereka melangkah keluar dari dalam shopping mall yang sibuk itu. "Er... I pergi ke kereta I dulu... you tunggu kat sini...", kata farhan sambil mengorak langkah menuju ke keretanya yang terletak di seberang bangunan shopping mall tersebut. Ketika dia menyeberangi jalanraya itu tiba tiba kelihatan sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. "Farhan!... awas!!!...", jerit tania. Farhan terus berundur ke belakang. Akibat terlalu laju berundur dia terjatuh di tepi jalan itu. Dia nyaris saja di langgar oleh kereta tersebut. Nasib baik dia sempat mengelak kalau tidak tak tahu lagilah. Tania segera berlari menghampirinya. "Are you okay, sayang?", soal tania ingin tahu.

"Yeah... I think so...", balas farhan masih dalam keadaan yang terkejut. Mungkin dia terkejut akibat peristiwa yang di alaminya sebentar tadi. "Nasib baik you tak kena langgar tadi... kalau tidak sudah tentu you dah terlantar kat hospital dah...", kata tania sedikit bergetar. Dia pun masih merasa terkejut di atas apa yang telah terjadi sebentar tadi. Perlahan lahan farhan bangun dari atas jalan yang berdebu itu. "You nampak tak nombor plat kereta yang hampir melanggar you tadi tu?", soal tania ingin tahu. "Tak?... kenapa?", soal farhan ingin tahu. "Too bad... sebenarnya I nak tahu kereta siapakah yang hampir melanggar you tadi... pasti orang tu nak bunuh you....", kata tania sambil menyapu debu kotoran yang melekit di atas baju kekasihnya. "Takkanlah orang tu nak bunuh I pula. Maybe dia mabuk kot... sudahlah tu... lupakan saja apa yang telah terjadi... mari kita balik...", kata farhan. Mereka pun beredar dari situ.

*** *** ***

Tania sedang duduk di atas katilnya. Dia memikirkan apa yang telah terjadi ke atas farhan sebentar tadi. Dia dapat rasakan ini semua ada kaitan dengan stalker yang selalu datang mengganggunya. Mungkin stalker tu sakit hati pada farhan kerana dia bercinta dengan lelaki tersebut. Jadi dia merancang hendak membunuh farhan. "Boleh jadi juga....", getus hati kecilnya. Tiba tiba, "tweet!... tweet!....", kedengaran handphonenya berbunyi nyaring menandakan ada mesej masuk ke dalam handphonenya. Dia pun terus mencapai handphonenya.
"Selamat malam taniaku, sayang. I'm thinking about you honey... I wish you were here with me..."
Perkataan itu di baca oleh tania dengan perasaan yang marah sekali. Dia tidak tahu siapakah pengirim sms itu kerana nombor si pengirim sms tidak di nyatakan. nombor handphone private pula tu. Dia segera membalas sms tersebut. "Siapa kau ni, hah?", soal tania dalam smsnya. Tidak lama kemudian dia mendapat balasan sms dari pengirim sms yang penuh misteri itu. "Siapa aku itu tidak penting, sayang... yang penting aku nak luahkan apa yang terbuku di hati ini... honey, one day you'll be mine...", begitu kata kata sms dari lelaki tersebut.

"Hey... jangan ganggu aku lah... aku tak suka tau...", balas tania dalam smsnya. "Aku tak peduli samada kau suka ke ataupun tidak. yang penting aku nak kau tahu yang akulah pencinta kau yang sebenarnya. Bukan seperti kekasih kau yang teruk tu. Dia hanya tahu cakap I love you saja tapi dalam hatinya dia tak cintakan kau..." tania merasa sakit hati bila membaca ayat terakhir dari pengirim sms itu. "Eh, kau jangan cuba memburuk burukkan kekasih aku tu, ye.... Walau seteruk apa pun dia, dia tetap kekasih aku. Aku akan mencintai dia sehingga ke akhir hayat aku..." tania segera mengirim sms tersebut. Tidak lama kemudian dia mendapat balasan dari pengirim sms misteri itu. "Hahaha... kau fikir kau boleh mencintai dia sehingga ke akhir hayat kau?... kau pasti ke dia akan hidup lama di muka bumi ini?...", berkerut dahi tania ketika dia membaca sms dari pengirim sms tersebut. "Kenapa kau cakap macam tu pula?... apa maksud perkataan kau tu?", soalnya dalam smsnya. Tidak lama kemudian dia mendapat balasan sms dari pengirim sms tersebut. "You'll see what i mean... btw, good night to you my sweetheart... i'm off right now. Bye!...", kata si pengirim sms tersebut. "Sialan betul kau ni... pergi mampuslah kau bangsat...", bentak tania seorang diri. Marah betul dia ketika itu. Bila dia memikirkan tentang sms lelaki tersebut dia dapat rasakan yang lelaki itu mempunyai rancangan untuk membunuh farhan. Dia mula merasa bimbang akan keselamatan kekasihnya....

OBSESI (PG13)Where stories live. Discover now