OBSESI 17

3.3K 112 5
                                    

"sudahlah tu... awak jangan menangis...", pujuk hafiz sebaik saja dia berada dekat dengan gadis tersebut. tania berhenti menangis setelah dia terdengar suara hafiz. dia terus mengangkat wajahnya. "eh... awak tak jadi balik ke?", soal tania ingin tahu. "ya... saya tak sampai hati tinggalkan awak dalam keadaan awak bersedih macam ni...", kata hafiz perlahan lahan. "awak baliklah... saya okay aje lepas ni...", tania bersuara sambil mengesat airmata di pipinya. "kalau awak berhenti menangis barulah saya angkat kaki dari sini... selagi awak menangis saya takkan pergi dari sini...", kata hafiz pula. "janganlah macam tu... nanti saya takut ada pencegah maksiat yang datang menyerbu kondo saya ni... tak pasal pasal pula kita di tangkap basah kerana kita berdua duaan kat sini...", kata tania. "kalau tertangkap basah sekali pun saya tak kisah... itu lagi bagus...", ucap hafiz. perkataan 'itu lagi bagus' di ucapkannya dalam nada suara yang separuh berbisik. "apa?... apa perkataan terakhir yang awak ucapkan tadi tu?... saya tak dengarlah....", soal tania ingin tahu. dia memandang wajah hafiz. "nothing... just forget about that... macamana sekarang? kepala awak tak pening lagi, kan?", soal hafiz ingin tahu. "pening kepala saya dah berkurangan dah...", balas tania dengan jujur. "baguslah kalau macam tu...", hafiz tersenyum lega.

tania bangun dari atas katilnya tapi hafiz segera menahannya. "eh... awak jangan bangun dulu... nanti kepala awak pening lagi... er... awak berehat dulu ye... biar saya masakkan sesuatu untuk awak...", kata hafiz dengan lembut. "eh... tak payahlah.... saya boleh masak sendiri...", ucap tania sambil bangun dari atas katilnya tapi dia di tahan oleh hafiz. "eh... jangan bangun... awak berehatlah dulu... takut nanti kepala awak pening lagi...", kata hafiz separuh memujuk. mahu tidak mahu dia pun kembali berbaring di atas katilnya. perlahan lahan hafiz menyelimuti tubuhnya dengan selimut di tangan. selepas itu dia melangkah menuju ke ruang dapur. dia mula mencari bahan masakan dalam peti sejuk. yang ada cuma beberapa ketul kepak ayam, sebiji lobak merah dan beberapa ulas bawang merah dan halia. dia fikir lebih baik dia buat bubur ayam saja untuk gadis itu. tanpa melengahkan masa dia pun mula membuat pekerjaannya di dapur. tanpa di sedarinya tania sedang memerhatikannya dari dalam bilik tidurnya yang terletak tidak jauh dari situ. dia dengar hafiz sedang menyanyikan sebuah lagu. kalau tidak salah itu ialah lagu yang di dengarinya dari dalam talian telefon ketika dia di temuramah oleh pengacara TV sinaran tempohari....

"seandainya aku seorang lelaki
kau pasti akan membalas cintaku
namun cintaku hanya di balas
kata penghinaan yang terlalu pedas

namun ku terima kata penghinaanmu
kerana aku tahu di suatu hari nanti
kau akan balas cintaku
biarpun kau anggap ini hanya suatu gurauan

C/o biarlah kau menolak cintaku
aku tetap mencintai kau
biarlah kau membenci aku
namun cintaku tetap padamu...

tania segera bangun dari atas katilnya. dia segera melangkah menuju ke ruang dapur. dia mendengar hafiz menyanyikan lagu itu dengan hati yang tidak keruan. "hafiz....", tania bersuara perlahan lahan. hafiz berhenti menyanyi sebaik saja dia mendengar namanya di panggil orang. perlahan lahan dia menoleh ke belakangnya. kelihatan tania sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. "eh... tania, kenapa awak berdiri kat situ pula?... bukankah saya suruh awak berehat tadi?", soal hafiz terkejut. tanpa menghiraukan perkataan hafiz, tania melangkah lalu berdiri di depan wajah lelaki itu. "dari mana awak tahu lagu tu?", soal tania ingin tahu. "oh... sebenarnya saya terdengar lagu ni dari dalam siaran TV ketika awak di temuramah tempohari... i think that song is very good. so saya selalu nyanyikannya...", balas hafiz sambil tersenyum. tangannya ligat memotong halia yang ada di situ. "kenapa awak sukakan lagu tu pula?...", soal tania ingin tahu. "entahlah tapi lagu tu best sangat... kalau di nyanyikan oleh penyanyi tanahair kita sudah tentu lagu tu meletup... anyway, awak tak suka lagu tu ke?... itu kan lagu dari peminat awak....", kata hafiz sambil meneruskan pekerjaannya. dia memotong bawang dengan lincah sekali. gayanya tak ubah seperti seorang chef pula.

"saya tak berapa suka dengar lagu tu... lagu tu mengingatkan saya pada seseorang...", kata tania. perlahan lahan dia duduk di atas kerusi yang ada di situ. "seseorang?... siapa tu?", soal hafiz ingin tahu. dia mula memotong kepak ayam pula. "hafizah, kawan baik saya sendiri. sebenarnya lirik lagu tu ialah puisi yang di tulis oleh hafizah untuk saya. dia menulis puisi tu untuk meluahkan perasaannya pada saya tapi malangnya saya tidak dapat membalas cintanya sebab dia seorang gadis tomboy dan lesbian pula tu...", kata tania dengan wajah yang serius. "so?....", hafiz bersuara sambil mencincang cincang kepak ayam yang di potongnya sebentar tadi. "so, saya putuskan hubungan kami... saya rasa saya tak mampu bertahan dengannya kerana kelakuannya semakin pelik....", ucap tania pula.

"maksud awak?", soal hafiz lagi. kali ini dia mencincang cincang daging ayam itu dengan kuat sekali sehinggakan berdentam dentum bunyi cutboard yang ada di atas meja tersebut. "Maksud saya, dia mencium saya dan hampir meraba tubuh saya.... saya merasa malu apabila dia memperlakukan saya macam tu.... kalau dia seorang lelaki dan dia suami saya tak apalah tapi ini....", belum pun sempat tania menghabiskan perkataannya tiba tiba, "dokkk!... ouwhhhhh....", kedengaran hafiz menjerit kesakitan sebaik saja jari telunjuknya terkena pisau pemotong daging itu. jari telunjuknya berdarah. cepat cepat tania segera memegang jari telunjuk lelaki tersebut. "jari awak terlukalah... biar saya rawat luka di jari awak tu...", kata tania sambil cuba mengelap darah merah yang mengalir keluar di jari telunjuk lelaki itu dengan tuala kecil di tangan tapi hafiz segera menarik tangannya dari genggaman tangan tania. "Tak apa... its okay... luka kecil aje ni... awak jangan bimbang...", katanya perlahan lahan.

"tapi...", kata kata tania terus di potong pantas oleh hafiz. "its okay tania... its okay... I can manage it...", balas hafiz seraya menyibukkan dirinya di ruang dapur itu. "awak pergilah berehat... biarkan saya buat kerja saya ni dulu...", sambung hafiz lagi. perlahan lahan tania beredar dari situ. dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. dia kembali berbaring di atas katilnya. tidak lama kemudian dia terlena di buai mimpi. bila dia sedar dari tidurnya jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. perlahan lahan dia bangun. dia lihat ada semangkuk bubur ayam dan segelas air susu terhidang di atas meja soleknya. di sebelah mangkuk bubur itu ada sehelai nota kecil terselit kat situ. dia pun mengambil nota tersebut.

"selamat menjamu selera, sayang... biar pun awak belum lagi menerima saya sebagai kekasih awak namun saya tetap menganggap awak sebagai kekasih saya. I love you sayang...
P/s: saya dah balik dah ni... take care of yourself.... see you tomorrow...
- hafiz -

tania terdiam ketika dia membaca nota kecil itu. perlahan lahan dia duduk di atas kerusi lalu mencuba bubur ayam tersebut. ianya begitu sedap sekali. dia tidak menyangka hafiz begitu pandai membuat bubur ayam yang sedap sekali. dia memakan bubur ayam itu sehingga habis. dalam diam dia memuji masakan hafiz...

OBSESI (PG13)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα