OBSESI 6

5.6K 141 3
                                    

BAB 3

"siapa lelaki tadi tu?", soal farhan sambil memandu keretanya. "Oh... dia itu pelakon baru yang akan menggantikan tempat hakimi sebagai pelakon utama dalam filem 'aku dan dia'...", jawap tania dengan jujur. "oh really?... tapi kenapa dia harus menggantikan tempat hakimi pula?... si hakimi tak jadi berlakon dalam filem tu lagi ke?", soal farhan. "ya.... Dengar khabar dia di masukkan ke hospital kerana dia mengalami kemalangan di jalanraya baru baru ni... kaki kirinya patah. Jadi dia tak dapat berlakon dalam filem tu...", balas Tania. "Oh begitu...", farhan mengangguk faham. "speaking of hakimi, I teringin pula nak pergi menjenguk dia kat hospital tu...", tania bersuara dengan wajah yang serius. "so?", farhan memandang wajah gadis itu. "so, I nak you hantarkan I ke hospital sekarang juga...", kata Tania. "tapi I nak ajak you lunch dengan I...", kata farhan pula. "nantilah kita pergi lunch sama sama... I nak jenguk hakimi kat hospital tu... pleaseee...", kata tania separuh merayu. "hm... yelah... yelah...", balas farhan dengan malas. Dia menukarkan haluan keretanya menuju ke hospital besar

Sebaik saja mereka sampai di hospital itu, Tania lihat begitu ramai peminat hakimi berdiri di luar pekarangan hospital tersebut. Ramai para pemberita dan juga paparazzi yang lain berdiri di luar hospital itu. "Oh... this is not good.... kita perlu menyamar jadi orang lain untuk masuk ke dalam hospital tu...", kata tania sedikit menggelabah. Dengan sepantas kilat dia mengeluarkan rambut palsu dan juga rayban hitam dari dalam begnya. "you rasa perlu sangat ke kita pergi menjenguk si hakimi tu?... kalau tak perlu sangat kita balik sajalah..", kata farhan pula. "eh... janganlah macam tu... alang alang kita dah sampai kat sini kita pergi menjenguk dia sajalah...", kata Tania. "hm.... Ikut suka hati you lah...", balas farhan dengan malas. Dia mematikan enjin keretanya sebaik saja mereka sampai depan bangunan hospital tersebut. Dia memakai topi dan rayban hitamnya. Sebenarnya dia pun tak mahu orang perasan akan dirinya. Maklumlah dia kan kekasih Tania sudah tentu para pemberita akan perasan akan kehadiran mereka di situ jika mereka tahu siapa dirinya. Dia terpaksa menyamar seperti orang lain.

Setelah siap memakai rambut palsunya, Tania pun segera melangkah keluar dari dalam kereta kekasihnya itu. Ketika dia berjalan di celah celah orang ramai yang berdiri kat situ tiada siapa pun perasan bahawa dia ialah Tania sabli artis popular masa kini. Maklumlah dia memakai rambut palsu dan rayban hitam di matanya. Jadi tak ada siapa pun yang kenal dia ketika itu. Dengan mudah saja dia dapat masuk ke dalam hospital yang sibuk itu. Setelah bertanya pada jururawat yang bertugas di situ, dia segera mengorak langkah menuju ke bilik wad pesakit VIP yang terletak tidak jauh dari situ. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di luar pintu bilik wad pesakit VIP tersebut. Mungkin itu ialah bodyguard si hakimi kot. Maklumlah pelakon terkenal sepertinya perlukan perlindungan dari orang yang di percayainya. "er... encik, boleh tak saya melawat encik hakimi?", soal Tania perlahan lahan. "maaf, awak ni siapa?", soal lelaki tersebut. "er... saya Tania binti sabli...", dengan pantas Tania membuka rambut palsu yang di pakainya. "Oh... cik Tania... silakan masuk...", cepat cepat lelaki itu membuka pintu bilik wad tersebut. Tania segera masuk ke dalam bilik wad tersebut dengan di iringi oleh kekasihnya farhan.

"oh... awak, Tania... saya ingatkan siapa tadi....", sapa hakimi sebaik saja dia terpandang akan gadis itu. Dia berbaring di atas katil dengan kaki kiri yang berbalut dengan kain putih. "ya... saya datang ke sini sebaik saja saya mendapat tahu yang awak di timpa kemalangan... macamana awak kena accident ni?", soal Tania ingin tahu. "Begini... semalam saya pergi membeli belah di shopping mall city store... bila dah beli semua barang saya pun baliklah ke rumah... entah kenapa tiba tiba saja brek kereta saya tak berfungsi langsung... saya cuba brek kereta saya bila saya sampai dekat dengan simpang menuju ke taman perumahan saya tu tapi tak dapat. Sedar sedar aje kereta saya terus terbabas di tepi jalan...", cerita hakimi. "owh... kasihan awak...", kata Tania merasa simpati dengan lelaki tersebut. "awak tak check dulu, ke... keadaan kereta awak tu sebelum awak keluar membeli belah semalam?", soal farhan pula. "saya memang ada check kat rumah sebelum saya keluar membeli belah tu... semuanya berkeadaan okay ... tapi entah macamana tiba tiba brek kereta saya tu tak berfungsi pula... hm...", kata hakimi sedikit hairan. "ada malfunction sikit kot...", kata farhan.

"maybe... tapi saya rasa macam ada something wronglah...", kata hakimi pula. "maksud awak?", soal Tania. "saya rasa macam ada orang yang pecah masuk ke dalam kereta saya tu semalam... ketika saya keluar dari shopping mall tu saya nampak pintu kereta saya tu macam di buka orang... maksud saya ianya terbuka sedikit ketika saya sampai dekat dengan kereta tu. Bila saya tengok tak ada pula orang kat dalam kereta tu. So saya fikir mungkin saya terlupa kunci kereta tu tadi kot tapi bila saya fikirkannya balik saya memang dah kunci kereta tu sebelum saya masuk ke dalam shopping mall tu. Tak tahulah kalau ada car theft yang sengaja nak pecah masuk ke dalam kereta saya tu... tapi bila saya tengok tak ada pula barang yang di curi dari dalam kereta tu... ", kata hakimi panjang lebar. "hm... that's weird...", komen Tania. "yeah... that's really really weird...", balas hakimi. "mungkin ada orang sengaja nak sabotaj awak, tak?", soal Tania sambil memandang wajah hakimi. "entahlah...", balas hakimi perlahan lahan. Mereka saling berbalas pandangan...

*** *** ***

Tania melangkah menuju ke kondominiumnya. Rambut palsu di kepalanya di kemaskan sedikit. Dia sengaja memakai rambut palsu tersebut bila berjalan di public area seperti itu. Maklumlah dia tidak mahu di ganggu oleh para peminatnya dan juga para paparazzi yang lain. Dengan menyamar begitu saja dia bebas bergerak ke mana saja yang dia suka. Walaupun dia hanya berjalan di luar kawasan kondominiumnya itu. Tidak lama kemudian dia sampai di kondominiumnya. Langkah kakinya terhenti sebaik saja dia terlihat sebuah bungkusan hadiah di luar pintu kondominium tersebut. Perlahan lahan dia mengambil kotak hadiah itu. Pintu kondominium tersebut di bukanya. Kotak hadiah itu di bawanya masuk ke dalam kondominium miliknya. Perlahan lahan dia membuka kotak hadiah tersebut.

Kelihatan sebuah album lama tergeletak di dalam kotak hadiah itu. Di atas album tersebut ada setangkai bunga mawar merah yang cantik sekali. Dia mengambil bunga dan juga album itu dari dalam kotak tersebut. Album di tangan di perhatikannya seketika. Perlahan lahan dia membuka album itu. Album itu penuh dengan gambarnya. Kelihatan gambarnya semasa dia masih kecil dan bersekolah di sekolah tadika. Gambarnya ketika dia belajar di sekolah menengah pun ada... gambarnya mula mula menjadi artis pun ada. Yang lebih memeranjatkan lagi apabila dia melihat ada gambarnya sedang mandi di dalam bilik mandi dengan keadaan yang berbogel!... begitu banyak gambar bogelnya menghiasi album tersebut. "Oh my God!!!!!.....", Tania terkejut sebaik saja dia melihat semua gambar itu. Dia tidak tahu siapakah dalang di sebalik semuanya ini....

 Dia tidak tahu siapakah dalang di sebalik semuanya ini

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
OBSESI (PG13)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora