OBSESI 27

3.5K 91 1
                                    

malam itu tania berbaring di atas katil dalam keadaan yang sedih. airmata masih mengalir di pipinya. ketika dia sedang berbaring di atas katil tersebut, dia lihat pintu bilik itu di buka orang dari luar. kelihatan hafiz melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut dengan membawa makanan di tangannya. dia meletakkan makanan itu di atas meja tidak jauh dari situ. "bagaimana? kau dah habis fikir ke?", soal hafiz dengan nada suara yang dingin. "maksud kau?", soal tania ingin tahu. "maksud ku apakah kau sudi membalas cintaku?... i just want you to say the 'magic word' to me, 'I love you'... jikalau kau tidak mahu menyatakannya padaku, aku tidak akan memberikan kau makanan yang enak ni...", kata hafiz sambil berdiri dan berpeluk tubuh di depan gadis itu. "maaf... aku masih belum dapat membalas cinta kau...", balas tania dengan nada suara yang dingin. "okay... jikalau itu jawapan kau, aku akan makan ayam KFC ni seorang diri...", dengan wajah selamba hafiz mengambil daging ayam itu lalu memakannya di depan mata gadis tersebut. tania hanya mampu menelan air liurnya. sebenarnya dia merasa lapar ketika itu tapi dia tahan saja rasa laparnya itu. dia membiarkan pemuda tersebut memakan ayam KFC itu sehingga habis. setelah habis makanan di dalam piring tersebut, hafiz pun melangkah pergi meninggalkan dia seorang diri di situ. pintu bilik itu di kunci dari luar. tania kembali melayan kesedihan di lubuk hatinya. dia terlena dengan perut yang kosong.

tania terjaga dari tidurnya sebaik saja dia terdengar bunyi muzik heavy metal iron maiden bergema dari luar pintu bilik tidur tersebut. jam di dinding tepat menunjukkan pukul 12:34 tengah malam. bunyinya begitu bising sekali sehingga membingitkan telinganya. dia merasa hairan kenapa hafiz mendengar lagu bising di tengah malam buta seperti itu. "dia tidak tidur ke apa?...", gerutu tania seorang diri. perlahan lahan dia cuba bangun dengan tangan yang masih terikat di belakangnya. bunyi muzik masih kedengaran. tiba tiba pintu bilik tidur itu di buka orang dari luar. kelihatan hafiz melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut dengan membawa sebotol arak di tangannya. perlahan lahan dia duduk di sebelah tania. "kau nak minum?", soalnya dalam keadaan separuh mabuk. "tak nak...", balas tania dengan suara yang dingin. hafiz tersenyum sinis sambil meneguk air arak di dalam botol di tangannya.

"fiz... kenapa kau banyak berubah?... kenapa kau tidak sebaik hafizah yang aku kenal dulu?... kenapa kau menjadi jahat dan kejam seperti ini?", soal tania sambil merenung wajah pemuda itu. "hafizah yang dulu sudah lama mati, tania... sekarang aku telah berubah menjadi seorang lelaki yang bernama hafiz... jadi secara tak langsung hidupku pun turut berubah. By the way, manusia bisa berubah tania... banyak faktor yang menyebabkan seseorang manusia itu berubah dalam sekelip mata. kau tidak tahu apa yang aku alami selama ini tania... kau tidak tahu apa yang ada dalam hatiku selama ini... banyak perkara yang menyebabkan aku jadi begini... kau bertuah tania sebab kau punya mak dan ayah yang sentiasa berada di samping kau. mereka sentiasa menyokong dan membimbing kau dalam hidup kau tapi aku... mak dan ayah aku bercerai. tiada siapa yang menyokong dan membimbing aku... aku hidup dalam kekurangan kasih sayang. tiada siapa yang sayangkan aku. walau pun aku ada seorang ayah namun dia tidak pernah tunjukkan kasih sayang yang secukupnya padaku. paling paling pun dia sibuk dengan pekerjaannya dan tidak ambil peduli tentang diriku. namun begitu aku cuba mencari kasih sayang itu dari kau tania... aku cuma ingin kau menunjukkan perasaan sayang kau padaku. bukan sekadar perasaan sayang seorang sahabat kepada sahabatnya tapi aku nak kau sayangi aku sebagai seorang kekasih. aku ingin di kasihi... di sayangi oleh orang yang aku cintai tapi apa yang aku dapat?... aku cuma dapat kata kata penghinaan dari mulut kau... kau berterus terang padaku yang kau hanya bercinta dengan lelaki dan bukannya gadis tomboy seperti aku dan kini aku telah pun mengubah diriku menjadi seorang lelaki tapi kau masih juga menolak cintaku!... aku betul betul terkilan tania... aku betul betul terkilan...", ucap hafiz dengan sedih. dia kembali meneguk air arak di dalam botolnya.

"fiz... aku tahu kau merasa terkilan padaku tapi takkanlah kau sanggup biarkan aku menderita macam ni...", kata tania perlahan lahan. "memang aku tak sanggup melihat kau menderita macam ni tapi kau sendiri yang mengundang derita ini dalam hidup kau... aku sudah berulangkali mengatakannya pada kau... jikalau kau nak aku ringankan penderitaan kau tu kau harus katakan padaku yang kau cintakan aku... lepas tu kau mesti tinggal denganku di sini buat selamanya... tapi sampai sekarang pun kau masih belum lagi menyatakannya padaku...", kata hafiz. "tapi fiz... aku...", kata kata tania terus di potong pantas oleh hafiz. "tapi apa lagi tania?... bukan susah nak cakap 'I love you' padaku... itu pun kau tak boleh buat, ke?... huh!...", hafiz mendengus marah. dia bangun dari tempat duduknya. perlahan lahan dia melangkah pergi meninggalkan tania di situ. "nanti dulu fiz...", kata tania. hafiz berhenti melangkah. dia menoleh ke belakangnya. "kalau ye pun kau tolonglah bukakan ikatan di tangan dan kaki aku ni... aku susah bergeraklah...", kata tania perlahan lahan. "aku akan buka ikatan di tangan dan kaki kau sekiranya kau ucapkan i love you padaku. selagi kau tak ucapkan 'magic word' tu padaku, aku tak akan buka ikatan di tangan dan kaki kau tu...", kata hafiz. belum pun sempat tania bersuara hafiz sudah pun beredar dari situ. tania hanya mengeluh sendirian...

*** *** ***

tania terjaga dari tidurnya sebaik saja dia terdengar bunyi muzik heavy metal dari kumpulan black sabbath berkumandang di udara. tania memerhatikan jarum jam di dinding. ianya tepat menunjukkan pukul 6 pagi. "Eh... awal sungguh dia bangun...", bisik tania dalam hatinya. baru saja dia duduk di atas katil itu pintu bilik tersebut di buka orang dari luar. "selamat pagi sayang... bagaimana?... apakah keputusan kau sekarang?", soal hafiz sebaik saja dia berdiri di depan wajah tania. "keputusan?... Keputusan apa?", soal tania pura pura tidak faham. "hish... takkanlah kau tak faham apa yang aku tanya ni...", gerutu hafiz separuh geram. "memang aku tak faham...", balas tania buat buat tidak faham. "aku tanya, apakah kau sudi membalas cintaku atau pun tidak?... kalau kau tidak membalas cintaku aku tidak akan bagi kau sarapan pagi yang enak dan lazat ni...", kata hafiz seraya menunjukkan hidangan sarapan pagi yang di bawanya kat atas dulang di tangan. "maaf... aku masih belum dapat membalas cinta kau...", balas tania sedingin ais di kutub utara. "okay... jika itu keputusan kau, aku akan habiskan sarapan pagi ni seorang diri...", hafiz mula memakan sarapan pagi itu dengan penuh berselera sekali. tania menelan air liurnya. sebenarnya dia merasa lapar tapi dia cuba menahan rasa laparnya. setelah hafiz selesai memakan sarapan paginya dia pun beredar dari situ.

tania duduk di atas katil sambil berfikir panjang. dia tidak tahu bagaimana dia hendak melepaskan diri dari situ. ikatan di tangan dan kakinya begitu kuat sekali. dia berusaha memerah otaknya untuk mencari jalan bagaimana nak keluar dari situ tapi dia masih belum dapat sebarang idea yang bernas. fikirannya menjadi buntu. tiba tiba, "kruuuukkkk...", kedengaran perutnya berbunyi minta di isi. dia terasa lapar sekali. tubuhnya terasa lemah akibat tidak makan seharian. hafiz tidak datang lagi menjenguknya. mungkin dia sibuk tapi takkanlah dia sanggup biarkan dia kebulur sampai mati kat situ. itu terlalu kejam namanya tu. dahlah perutnya kosong, tekaknya pula terasa dahaga. dia menangis kerana terlalu lapar dan dahaga. tiba tiba saja pintu bilik itu di buka orang dari luar. kelihatan hafiz melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut dengan membawa makanan dan minuman. "kenapa kau menangis, tania?", soal hafiz sambil melangkah menuju ke arahnya. "aku merasa lapar dan dahaga...", kata tania sambil menangis. "oh...baru sekarang kau merasa lapar dan dahaga, eh?... itulah... aku dah cakap kalau kau tak nak menderita macam ni lebih baik kau ikut cakap aku tapi kau degil... kau tak nak dengar cakap aku... sekarang siapa susah?... kau juga yang susah, kan?....", hafiz bersuara sambil tersenyum sinis. dalam keadaannya yang lapar itu tania terpaksa mengaku kalah. mungkin lebih baik dia mengalah daripada dia terus berlapar dan mati kebuluran di situ. dia tidak mahu mati kebuluran macam tu saja. dia mahu hidup. mungkin ini saja caranya untuk melarikan diri dari situ....

"okay... okay... kau menang... aku kalah... kau bagi aku makanan sikit... aku lapar ni...", kata tania dalam esak tangisnya. dia sudah tidak tahan lagi menanggung rasa lapar yang tidak terhingga. "oh... sebelum aku bagi kau makanan tu... you need to say the 'magic word' to me...", kata hafiz. "I love you...", ucap tania separuh hati. Ketika itu dia sudah pun berhenti dari menangis. "say it once again, tania... i want to hear it... loud and clear please....", kata hafiz dengan penuh teruja. "I LOVE YOU!!!!...", laung tania cukup kuat. hafiz tersenyum gembira sebaik saja dia mendengar perkataan yang di ucapkan oleh gadis itu. "thank you tania because you said the 'magic word' to me... I love you too sayang...", hafiz segera memeluknya. Tania hanya diam kaku di dalam pelukannya. "kalau ye pun bukalah ikatan di tangan dan kaki aku ni dulu...", kata tania sedikit bengang dengan pemuda tersebut. cepat cepat hafiz membuka ikatan di tangan dan kakinya. kemudian dia memberi makanan dan minuman pada gadis itu. tania segera makan dan minum dengan gelojohnya. dia tidak peduli pada hafiz yang sedang duduk memerhatikannya saat itu. "kalau ye pun makanlah makanan tu perlahan sikit... nanti kau tercekik pula...", tegur hafiz sambil tersenyum padanya. tania buat buat tak tahu. dia terus makan dan minum. dia merasa lega sebaik saja dia selesai makan dan minum. dia lihat hafiz sedang duduk memerhatikannya. dia terpaksa buat muka selamba padahal dia merasa tidak selesa bila di perhatikan seperti itu. "ughhh...", kedengaran tania sendawa secara tiba tiba. "hahaha... kau masih macam dulu lagi, tania... sendawa kuat mengalahkan lelaki... hahahaha...", hafiz ketawa padanya. tania terpaksa buat muka selamba padahal dalam hati dia merasa malu dan tidak keruan. "tania, apakah kau benar benar mencintaiku?", soal hafiz setelah tawanya reda. tania hanya menganggukkan kepalanya perlahan lahan. padahal dalam hati dia tidak mencintai hafiz. dia terpaksa berpura pura mencintai pemuda itu supaya senang dia melarikan diri dari situ....

OBSESI (PG13)Where stories live. Discover now