OBSESI 11

4.3K 115 3
                                    

tania menghampiri kekasihnya farhan yang masih belum sedarkan diri. Dia merasa sedih tatkala dia melihat keadaan kekasihnya terbaring lemah di atas katil pesakit. Ketika dia sedang berdiri di situ tiba tiba saja handphonenya berbunyi tweet tweet tiga kali. Dia tahu pasti ada mesej baru untuknya. Dengan sepantas kilat dia mengambil handphonenya lalu membuka peti mesej di handphonenya. Kelihatan satu mesej baru untuknya. Dia pun segera membukanya. "Tania, bagaimana rasanya bila kau tengok kekasih kau di tikam orang?... bagus, kan?... ini adalah amaran pertama dari aku... jikalau kau nak kekasih kau tu hidup lebih lama lagi kat muka bumi ni lebih baik kau putuskan hubungan kau dengan lelaki tu... tapi jikalau kau masih berkeras juga hendak bercinta dengan kekasih kau tu, aku akan tamatkan riwayatnya... kau ingat tu...", tania menggetapkan giginya. "Sialan kau, stalker gilaaa!...", bentak hati kecil tania. Dia pun terus offkan handphonenya. Dia berkira kira hendak menukarkan sim kad handphonenya dengan sim kad handphone yang baru. Itu pun jikalau dia pergi ke bandar. Sebenarnya dia tidak mahu terus menerus di ganggu oleh stalker yang tak guna itu.

"Tania?", kedengaran namanya di panggil orang. Tania segera mengalihkan perhatiannya. Kelihatan farhan sedang memandang wajahnya. "Oh farhan... syukurlah awak dah sedar...", ucap tania sambil memeluk kekasihnya itu. Farhan membalas pelukannya. "Tania... I bersyukur kepada Tuhan kerana Dia memberikan I peluang untuk terus hidup di muka bumi ini... tadi I tak terfikir pun yang I akan survive dalam keadaan I yang luka parah tu... I rasa mungkin inilah kali terakhir I akan hidup di muka bumi ini... I mungkin tak akan berjumpa dengan you lagi... dalam diam I merasa sedih sekali...", kata farhan dengan penuh emosi. Dia memeluk tania dengan erat. "I pun merasa sedih juga bila I lihat you terbaring di atas lantai dalam keadaan yang berlumuran darah. I tidak menyangka yang you akan survive dalam keadaan seperti itu... nasib baik you masih boleh di selamatkan kalau tidak tak tahu lagilah... apa apa pun I gembira yang you dah okay sekarang...", kata tania. "Ya... Anyway, I tidak menyangka yang lelaki itu datang hendak membunuh I... pada mulanya I fikir dia ialah pizza boy yang menghantarkan pizza ke apartment I... tak sangka pula lelaki tu ialah seorang pembunuh...", kata farhan seraya meleraikan pelukannya.

"I memang dah agak dah benda ni akan terjadi sebab lelaki stalker yang selalu mengekori I ke mana saja I pergi tu pernah mempersoalkan hubungan kita... dia sepertinya tidak suka I bercinta dengan you...", kata tania dengan pantas sekali. "Dia ingat dia tu siapa nak halang hubungan kita?... memang gila betullah orang tu...", marah farhan. Tania terdiam seketika. Dia memandang wajah farhan. "I rasa kita patut break up sekarang...", kata tania separuh hati. "Apa?... break up?... you sudah gilakah tania?", soal farhan sedikit bengang. "I tak gila tapi ini untuk kebaikan you juga...", kata tania perlahan lahan. "Tidak tania... I tidak akan break up dengan you walau apa pun yang terjadi I tetap nak bercinta dengan you...", kata farhan dengan wajah yang serius. "Tapi bagaimana jikalau stalker tu datang membunuh you hanya kerana you bercinta dengan I?... dia pernah mengugut I yang dia akan membunuh you jika I bercinta dengan you. I tak nak you mati di tangan orang gila seperti itu...", kata tania. "Tapi tania takkanlah you sanggup kehilangan I hanya kerana you takut pada ugutan stalker yang tak guna tu...", farhan bersuara lagi.

"I takut sejarah lama akan terulang kembali...", kata tania sedikit tertekan. "Maksud you?", farhan memandang wajah kekasihnya itu. Tania tunduk memandang lantai. Airmata mula mengalir membasahi pipinya. "Sebenarnya bukan you seorang saja yang pernah menjadi kekasih I... ada 2 orang kekasih I sebelum ni meninggal dunia secara mendadak...", kata tania perlahan lahan. "Apa?... kenapa mereka meninggal dunia secara mendadak pula?", soal farhan terkejut. "Kisahnya macam ni... kekasih pertama I namanya adam... ketika itu I baru saja berumur 17 tahun... kami baru saja bercinta selama 8 bulan lebih tapi pada satu malam dia di langgar lari oleh sebuah kereta yang meluncur laju di atas jalanan... I merasa sedih di atas kematiannya... I telah melaporkan kejadian langgar lari itu pada pihak polis tapi sehingga kini orang yang melanggarnya masih tidak tertangkap... setelah kematian kekasih pertama I tu I tidak bercinta lagi sehinggalah I bertemu dengan seorang pemuda bernama zaidi. Ketika itu I baru saja berumur 21 tahun dan menuntut di universiti IBM... cinta kami begitu indah sekali sehinggalah di suatu hari dia meninggal dunia akibat keracunan makanan... menurut kata doktor dia mungkin termakan racun arsenik... berkemungkinan besar ada orang yang membubuh racun tersebut ke dalam makanannya.... begitulah kata doktor yang melakukan autopsi ke atas mayatnya... namun sehingga kini tiada siapa pun tahu siapakah yang membubuh racun arsenik dalam makanannya... bila zaidi meninggal dunia I tak terfikir lagi hendak bercinta dengan mana mana lelaki dalam dunia ini sebab I takut kekasih I akan mati macam itu aje... setelah bertahun lamanya tidak bercinta, I jatuh cinta pada you pula... masalahnya sekarang ada stalker yang ingin menghalangi percintaan kita... malah dia ugut I yang dia akan bunuh you jika you bercinta dengan I sebab itulah I ambil keputusan untuk berpisah dengan you...", kata tania panjang lebar. Dia mengesat airmata yang mengalir di pipinya

"Tidak tania... tidak... I tidak akan break up dengan you... setelah apa yang telah terjadi baru sekarang I sedar yang you sangat penting dalam hidup I... bagi I sekarang you adalah segala galanya dalam hidup ini... kalau you tak ada, I akan kehilangan sesuatu yang sangat berharga...", kata farhan. "Tapi I takut you akan mati di bunuh oleh lelaki gila tu...", kata tania pula. "jangan takut tania... I fikir lebih baik kita melaporkan perkara ini pada pihak polis... jikalau polis tahu semua ini sudah tentu mereka akan protect kita...", kata farhan dengan wajah yang serius. "Oh... akhirnya you setuju juga melaporkan kes ini pada pihak polis. I harap stalker itu akan berhenti mengganggu kita jikalau kita melaporkan kes ini pada pihak polis...", kata tania dengan penuh harapan. "I pun harap macam tu juga...", kata farhan sambil tersenyum lebar. Ketika mereka berbual bual di situ datang pula 2 orang anggota polis di situ. Mereka datang ke situ untuk menyoal siasat farhan tentang kes tikam itu. Farhan segera menceritakan apa yang telah terjadi pada pihak polis. Sempat juga tania melaporkan pada pihak polis tentang lelaki stalker yang selalu mengekorinya ke mana saja dia pergi. Dia menunjukkan mesej yang berbaur ugutan dari lelaki stalker tersebut pada 2 orang anggota polis itu. Lama juga mereka berbual di situ. Setelah selesai semuanya mereka pun beredar dari situ.

*** *** ***

Tania melangkah masuk ke dalam kondominiumnya. Langkah kakinya terhenti bila dia lihat seperti ada kesan tapak kasut kotor di depan pintu kondominiumnya. Dia tidak tahu tapak kasut siapakah yang ada depan pintu kondominiumnya itu. Ianya kelihatan masih baru lagi. Perlahan lahan dia membuka pintu kondominium tersebut lalu melangkah masuk ke dalamnya. Sekali lagi langkah kakinya terhenti sebaik saja dia melihat ada sepucuk surat di atas lantai depan pintu kondominiumnya itu. Perlahan lahan dia mengambil surat tersebut. Dia membuka sampul surat itu. surat itu di tariknya keluar lalu di bacanya.

Taniaku sayang,
Aku tahu kau tentu tertanya tanya siapakah pengirim surat yang tidak di undang ini... well, thats a secret, my dear... aku tak akan mendedahkan siapa diri aku yang sebenarnya sebab belum tiba masanya untuk aku berbuat demikian. Lambat laun kau akan tahu juga siapa aku. Apa apa pun aku nak kau putuskan hubungan kau dengan kekasih kau tu. Aku cuma nak kau jadi milik aku seorang saja. Aku tak nak lelaki lain berada di samping kau. Cintaku pada kau semakin menebal sayang. Aku tak akan melepaskan kau ke tangan lelaki lain. Jikalau kau berkeras hendak bercinta dengan kekasih kau tu siaplah kekasih kau tu aku kerjakan. Aku tak cakap bohong ni... buktinya baru sebentar tadi aku tikam pinggang kekasih kau tu dengan pisau kesayangan aku ni. Kalau kau berdegil juga nyawa kekasih kau akan melayang... ingat tu!... Anyway, aku akan sentiasa memerhatikan kau. Suka atau tidak aku akan tetap memantau setiap pergerakan kau dari jauh kerana kau adalah cinta pertamaku dan aku akan pastikan kau akan menjadi milikku buat selama lamanya....

* p/s: I love you, sayang...

Begitu bunyi ayat yang di taip kemas di atas surat tersebut. Walaupun ianya ringkas namun tania merasa bengang dengan ayat yang terakhir itu. "Kau mencintai aku?... kau nak aku jadi milik kau?... jangan haraplah, stalker gilaaa!...", bisik tania separuh bengang. Cepat cepat dia merenyukkan surat yang ada di dalam tangannya. Kemudian dia melemparkan surat tersebut ke dalam tong sampah yang berdekatan...

OBSESI (PG13)Where stories live. Discover now