"Okayh."

Gabriella terus menarik Marsha.

"Kiteorang tunggu sini! Jangan lambat!" jerit Yora.

Sampai sahaja di depan tandas Gabriella dan Marsha masuk ke dalam.

"Bagus kosong. Marsha kau jaga pintu jangan bagi orang lain masuk." kata Gabriella.

"Kau nak buat apa?" soal Marsha sambil pergi ke arah pintu.

"Aku nak panggil Clara. Kesian dekat Benny sorang sorang."

Marsha mengangguk paham.

Gabriella mula menyebut nama Clara tiga kali. Lalu muncul Clara di depannya. Tapi rambut dan anak matanya sudah berubah warna coklat.

"Ada apa Puteri?" soal Clara.

Gabriella mengeluh.

"Kan saya dah kata jangan panggil Puteri."

Clara tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Saya nak awak teman seseorang."

"Siapa?"

Gabriella tersenyum.

"Adalah. Nanti saya kenalkan. Yang penting nanti bila awak dah jumpa dieorang, awak kena bersikap seperti biasa dan awak kena mengaku kalau awak kawan Marsha. Kalau awak mengaku yang awak ni kawan saya kantoi lah nanti. Saya mana ada kawan kat sini. Okayh paham?"

Clara mengangguk paham. Mereka mula keluar dari tandas lalu menuju ke arah mereka bertujuh.

"Siapa ni?" soal Yora.

"Ouh ni kawan aku. Nama dia Clara. Tadi kiteorang terserampak dekat tandas." kata Marsha.

"Eh kejap. Sejak bila kau ada kawan?" soal Yora.

"Aku sebenarnya ada kawan tapi di sebabkan dia duduk jauh aku jarang jumpa dia. Kau je nampak macam aku ni tak ada kawan."

Yora tersengih.

"Wah okayh lah tu. Nasib kau baik lah Benny." kata Kevin.

Benny hanya menjeling saja.

"Ohya Clara. Awak nak join kiteorang tak? Dah alang alang awak ada dekat sini apa kata join je kiteorang." kata Gabriella.

Clara tersenyum.

"Dengan senang hati."

"Tapi sebelum tu, kenalkan saya Eric ini pasangan saya Jessica. Ni pula Benny, Josh, Alvin dan Kevin." kata Eric.

"Aku Yora." kata Yora pula sambil tersenyum.

"Saya Clara Vanessa." kata Clara lalu menunduk hormat.

"Okayh. Sekarang berpasangan. Korang boleh main permainan ni sampai pukul 10 okayh? Kita tak boleh lewat balik ke istana nanti Raja Hendri risau."

mereka mengangguk paham. Mereka semua sudah masuk ke dalam taman tema kecuali Benny dan Clara.

"Er. Hai. Jom."kata Benny sedikit kekok.

Entah kenapa dia merasakan sesuatu yang pelik bila dekat dengan Clara tapi dia mengabaikan sahaja perasaan itu. Clara mengangguk. Lalu mereka juga turut masuk ke dalam.

Di situasi JoRa

( Josh dengan Yora. Saja singkatkan. Nanti yang lain pun sis singkatkan jugak. Paham paham jelah.)

Mereka berdua berjalan perlahan lahan sambil melihat sekeliling mereka. Terasa awkward pula bila berdua macam ni. Kalau nak tahu lah ni first date berdua sebenarnya. Tak pernah pun keluar sama sama.

"Ayahanda kau tak marah ke kau keluar malam malam?" soal Josh.

Yora memandang ke arah Josh sambil tersenyum lalu memandang ke depan semula.

"Tak. Saya dah cakap dekat ayahanda yang saya tidur dekat istana Crown."

"Kau drive sendiri?"

Yora menggelengkan kepalanya.

"Gila nak drive sendiri. Tak pasal pasal kena pancung dengan ayahanda." Josh ketawa.

Yora memandang semula ke arah Josh apabila mendengarnya ketawa.

"Kau ketawa?" soal Yora.

Ketawa Josh terhenti.

"Tak mana ada." nafi Josh.

"Eleh tak nak mengaku konon." kata Yora lalu memandang depan semula.

Dalam hati Yora sudah berbunga bunga. Bukan senang nak dengar dia ketawa.

"Eh tengok tu? Ada badut. Jom pergi sana." kata Yora lalu menarik Josh.

Josh hanya pasrah saja bila lengan bajunya di tarik.

Yora rasa seronok bila melihat badut itu membuat pelbagai bentuk dari belon. Josh melihat Yora tersenyum, dia juga turut tersenyum.

"Kau suka badut?" soal Josh.

Yora mengangguk. Pandangannya masih lagi pada badut itu.

"Kenapa kau suka?"

Yora memandang Josh yang berada di sebelahnya.

"Sebab badut pandai buat orang tersenyum walaupun dengan hanya menggunakan belon." katanya lalu memandang semula ke arah badut.

Josh pergi ke arah badut itu lalu meminta satu belon kemudian dia berdiri di depan Yora. Yora memandang Josh dengan dahi berkerut. Josh membuat bentuk hati lalu memberikannya kepada Yora. Yora mengambil belon berbetuk hati itu di tangan Josh lalu tersenyum.

"Kenapa kau bagi aku?" soal Yora.

Padahal dalam hati dah menari macam orang gila dah.

"Aku pun nak cuba jugak macam badut tu."

"Maksud kau?"

"Kau kata badut tu pandai buat orang tersenyum walaupun guna belon. Aku nak cuba jugak yang aku ni boleh tak buat kau tersenyum dengan belon. Dan keputusannya yang aku ni mampu buat kau tersenyum walaupun tanpa badut." kata Josh.

Pipi Yora sudah merona merah. Argh! Malunya. Masa macam ni lah kau nak sweet. Cair weh.

Huwaa! 😂 tak pandai nak buat sweet² ni. Rasa pelik je buat part sweet² ni. Macam mana? Okayh tak? Hahaha. Tunggu pula next bab okayh! Ni baru Josh dengan Yora belum yang lain lagi. Sis tabah kena buat part sweet² ni walaupun tak pandai.. Have fun readers! ✋

Gadis Berdarah Suci (C)Onde histórias criam vida. Descubra agora