"Maaf lah ye. Aku bukan jenis kaki shopping. Kalau nak buat aku rambang mata bukan dekat sini." kata Gabriella.

Kevin hanya mengangkat bahunya saja.

"Dah jom masuk." kata Josh.

Mereka semua masuk ke dalam kedai itu.

"Smart betul baju dia." kata Gabriella apabila dia melihat sekeliling kedai Aquania itu.

Jessica yang mendengar pujian Gabriella tersenyum.

"Jom duduk sana. Penat lah dari tadi berjalan je." rungut Marsha.

"Hah jom."

mereka melangkah menuju ke sofa yang sudah di sediakan untuk pelanggan.

"Bella nak tahu tak kedai ni lah kesukaan dieorang." kata Jessica.

Gabriella memandang ke arah Jessica.
"Maksud kak Jess?"

"Dieorang kalau nak beli suit or tuxedo, dieorang akan beli kat sini je. Secantik macam mana pun suit or tuxedo kat kedai lain, dieorang tetap pilih Aquania ni jugak."

"Patutlah kak Jess membebel tadi." kata Gabriella.

Jessica hanya tersengih saja.

Mana tak bisingnya punya lah jalan sampai tingkat atas tapi dieorang tetap pilih dekat bahagian bawah. Bengang betul.

Gabriella yang sebuk memerhati setiap pakaian di situ tiba tiba dia terpandang beberapa pekerja sedang berbising semasa sendiri.

"Dieorang ni cakap pasal aku ke?" bisik Gabriella tapi dapat di dengari Marsha dan Jessica.

"Kenapa Bella?" soal Jessica.

"Tak da apa. Cuma dieorang tu hah tak habis habis pandang kat arah sini lepas tu berbisik."

Jessica dengan Marsha memandang ke arah yang di kata Gabriella.

"Haah lah. Kenapa dengan dieorang tu?" soal Jessica.

"Tadi masa mula masuk dekat shopping castle ni dah memang ramai orang tengok Gabriella sebenarnya." sampuk Marsha.

Gabriella dengan Jessica memangalihkan pandangannya ke arah Marsha pula.

"Yeke? Kak Jess tak perasan pun?" soal Jessica.

Gabriella memandang semula ke depan lalu dia bersandar di sofa sambil mengeluh.

"Dieorang pandang Bella sebab rambut Bella." kata Gabriella.

Lagi sekali dia mengeluh.

"Lah yeke. Biar jelah dieorang tu. Buat tak tahu jelah. Asalkan dieorang tak usik Bella." kata Jessica.

Gabriella hanya mengangguk saja. Sedang seronok berborak, muncul pula Benny.

"Dah jumpa baju ke?" soal Jessica.

Benny mengangguk sambil tersengih.

"Er Bella. Sini kejap." kata Benny lalu menarik Gabriella bangun dari duduknya.

"Eh nak bawak Bella pergi mana tu?!" jerit Jessica.

"Kejap je!" kata Benny lalu membawa Gabriella jauh sedikit dari Marsha dengan Jessica.

"Kau dah kenapa tarik aku ni?" soal Gabriella.

Benny melihat kiri kanannya lalu dia memandang Gabriella semula.

"Aku nak tanya kau ni."

dahi Gabriella berkerut.

"Tanya je lah."

Benny menggosok leher belakangnya sambil tersengih.

Malu okayh.

"Err. Aku nak tanya kawan kau tu dah beli baju untuk besok?" soal Benny.

"Kawan aku?"

"Er. Maksud aku kawan Marsha."

"Ouh. Kenapa? Kau nak belikan dia baju ke?"

Benny mengangguk kepalanya perlahan lahan.

Gabriella ketawa.

"Lah tu je kau nak tanya? Kau ni lawak lah." kata Gabriella sambil ketawa.

"Jangan lah gelak. Malu aku tahu tak." kata Benny.

Pipinya sudah merona merah. Makin tambah kuat lagi ketawa Gabriella apabila melihat pipi Benny merah.

"Jangan lah gelak!" marah Benny.

"Yelah yelah. Aku berhenti." kata Gabriella yang cuba menahan gelaknya.

Muka Benny sudah monyok.

"Beli je lah. Nanti aku cakap kat dia yang kau dah belikan baju untuk dia."
Benny tersenyum.

"Eh tapikan. Aku tak tahu size dia lah. Kau tau size dia?"

Gabriella diam sejenak.

"Size dia lebih kurang macam Marsha cuma lebih kecik sikit."

Benny terangguk angguk.

"Okayh. Aku nak pergi tempah baju dia dulu. Bye!" kata Benny lalu dia beredar.

Hish bertuah punya budak. Dah tarik aku lepas pergi macam tu je. Gabriella mula melangkah ke arah Jessica dan Marsha.

"Tadi kenapa Benny tarik Bella?" soal Jessica setelah Gabriella melabuhkan punggungnya di sofa.

"Tak ada apa." kata Gabriella sambil tersengih.

Setelah satu jam lebih akhirnya mereka berlima selesai mencari baju yang dinginkan.

"Lamanya." rungut Gabriella.

Naik bosan bila tunggu dieorang ni pilih baju.

"Sorry lah. Si Eric ni hah lambat pilih. Cerewet betul." kata Josh sambil menjeling ke arah Eric.

Eric pula hanya tersengih.

"Wush. Eric jenis memilih ke? Habis lah kak Jess." kata Gabriella lalu dia ketawa.

"Kak Jess dah biasa dengan sikap memilih dia ni. Jadi, kak Jess tak kisah." kata Jessica sambil tersenyum.

"So sweet." kata Gabriella.

"Alah. Kita lagi sweetlah. Cuma tak tunjuk je. Kalau aku tunjuk pengsan korang." kata Alvin.

"Eh. Kau sweet ke? Aku tengok macam tak ada perasaan je kau ni." bantah Josh.

"Aku sweet dekat orang yang aku sayang je." kata Alvin selamba.

Gabriella memandang Alvin. Hatinya mula berdebar debar. Aku ke yang dia maksudkan?

"Rine kesayangan kau tapi tak sweet pun." kata Benny.

Hati Gabriella hancur setelah mendengar nama siapa yang di maksudkan Alvin. Tu lah perasan sangat yang Alvin tu sayang kau. Dia cuma anggap kau kawan je. Tak lebih pun. Mengharap je lebih.

"Jom lah. Kita pergi makan. Aku dah lapar ni." kata Kevin sambil mengusap perutnya.

"Jom."

mereka mula bergerak keluar dari kedai Aquania lalu mereka bergerak ke restoran pula.

Sorry kalau ada typo or tak menarik.

Gadis Berdarah Suci (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora