Last Episode

1.1K 97 38
                                    

Bunyi burung yang berkicauan diluar tingkap membuatkan R menoleh juga. Sudah beberapa minit berlalu sejak kali terakhir pintu rumah dia dan AL diketuk. Berkelip mata R memandang ke arah pintu yang kini sunyi menandakan siapa saja yang datang mengetuknya tadi telah pulang. Setiap hari begitu.

R bangun dari kerusi meja belajarnya dan mengintai ke lubang pintu. Tiada sesiapa disitu melainkan makanan dan minuman diatas dulang. Siapa saja yang datang tadi pasti telah meninggalkannya disitu. R tidak menghiraukan perkara tersebut lalu terus kembali semula melakukan kerja yang tergendala tadi.

Beberapa minggu.. Barangkali beberapa bulan telah berlalu.. R sendiri tidak pasti. Selepas AL dijatuhkan hukuman, bagi R masanya telah terhenti. Masa dia dan rumah itu telah terhenti. Semasa dia mencari petunjuk yang AL tinggalkan untuknya, R menjumpai buku kosong dibawah katil.

Lama dia meneliti buku itu namun hingga sekarang dia masih tidak faham apa yang AL cuba sampaikan. Sama ada buku kosong itu petunjuk yang sebenar atau R yang gila hingga dirasakan semua barang yang AL tinggalkan padanya adalah petunjuk. Apa yang perlu dia lakukan?

Buku kosong ditangan dibelek. Memang kosong. Tiada apa yang tertulis pada buku itu. Loket kecil yang AL beri juga diletakkan disebelah buku tadi. R mengeluh.

" Maaf.. Saya tak faham.. AL saya tak faham dengan permintaan awak ni.. Macam mana saya nak ke dunia manusia tanpa apa-apa panduan? " R mengomel.

Akhirnya R tertidur berbantalkan lengan diatas meja.

🍁🍁🍁🍁🍁

" Ahhh!!! " jeritan milik R tiada siapa pun yang mendengarnya.

Rumah kecil itu kini sunyi. Dari jauh Zen datang membawa dulang makanan dan minuman dari istana. Begitulah rutin hariannya kini. Maharaja Fen tidak pula melarang atau memarahinya kerana mengabaikan tugas. Mungkin maharaja itu juga risau dengan keadaan R yang mengurung dirinya sendiri dalam rumah kecil dihujung bandar.

Tiada sesiapa boleh masuk, mahupun membuka pintu atau tingkap rumah itu dari luar. Zen dapat tahu perkara itu mustahil pada hari selepas AL dijatuhkan hukuman. Walau bagaimana dia cuba perkara itu cuma mustahil. AL betul-betul menang kali ni. Zen mengetap bibir menahan geram.

Dulang makanan yang tidak berusik elok saja didepan pintu. R tidak menyentuhnya langsung membuatkan Zen hairan bagaimana gadis itu masih lagi boleh bernyawa hingga kini tanpa apa-apa makanan. Dulang makanan baru yang dibawa oleh Zen diletakkan bersebelahan.

Pintu diketuk berulang kali.

" R! R! Sampai bila awak nak kurung diri awak ni?!! " Zen hilang sabar.

Sunyi. Tiada sesiapa yang menjawab. Zen mengeluh. Entah apa-apa. Dia rasa sia-sia. Tapi paling geram sekali Zen tidak tahu kenapa dia sendiri tidak mahu putus asa.

" Keluarlah R! " jerit Zen lagi sambil mengetuk pintu berulang kali.

Sementara itu didalam rumah, R mengemas barang-barangnya secepat mungkin. Dia berjaya. Berjaya menafsirkan apa yang AL tinggalkan padanya.

Lazarus.. Manual magik purba.. Kematian AL membawa bersama semua rahsia yang orang lain tidak tahu.. tapi tak semua. Buku kosong tu hakikatnya. Manual magik purba. Buku tu adalah manual magik cuma tulisannya telah hilang kerana AL musnahkannya. Apa yang perlu R lakukannya adalah kumpul semula tulisannya.

Untuk kembalikan tulisan pada buku tu, R perlu ulang masa buku tersebut dimana semasa buku tersebut masih lagi mempunyai tulisan. Magik untuk ulang semula masa.. R perlukan hajat manusia untuk ramuan magik tersebut. Sebab tu la AL suruh R ke dunia manusia.

" Betulkan AL? Saya tak salah tafsir betulkan? Sebab ni ke awak minta saya ke dunia manusia? Ada sesuatu.. Dalam buku ni yang awak nak saya baca.. " perlahan saja R berbisik. Bibirnya menguntum senyum.

" Baiklah! Nampaknya awak dah sedia! " suara kecil seseorang membuatkan R menoleh terkejut.

Pari-pari kecil tersenyum pada R.

" Siapa?! " soal R.

" Diore. AL tinggalkan pesan semasa kali terakhir dia melawat kampung saya. Dia minta saya perhatikan awak Dan bawa awak ke dunia manusia. Di Nymph Gallum ada portal dunia manusia yang AL tinggalkan pada awak. " ujarnya tersengih.

Berkelip mata R melihat pari-pari kecil itu. Sebesar dua jarinya saja.

" Saya tak pernah lihat pari-pari.. Walaupun mereka wujud tapi pari-pari tak pernah keluar dari tempat mereka. Siapa AL pada pari-pari? Awak cakap macam dia sangat penting.. " tanya R kagum. Lagipun tak ada orang boleh masuk ke dunia pari-pari tanpa diundang.

" Heheh.. AL istimewa. Dia selalu datang ke Nymph Gallum untuk kutip herba tapi dalam masa yang sama dia ada batu permata kehidupan.. Aaah.. Macam mana ya nak terangkan.. Awak boleh cakap yang dia beri kami pari-pari air mata kehidupan supaya hutan Nymph Gallum hidup? Lebih kurang.. " terang Diore.

" Oh.. Maksud awak AL adalah sumber kehidupan hutan pari-pari.. " R meringkaskan.

Diore mengangguk.

" Hmm.. Baiklah, Diore bawa saya ke Nymph Gallum. "

🍁🍁🍁🍁🍁

Siulan kecil miliknya membentuk melodi. Entah berapa lama dia di dunia manusia, dia sendiri tidak peduli. Hajat manusia yang dia kumpul kini telah mencukupi. Bibirnya membentuk senyuman kecil. Ramuan magik diadun dan dituang ke atas buku manual magik kosong. Perlahan saja mulutnya terkumat-kamit membaca mantera magik.

" El zues stras fiore dres man.. Fran ques trios.. ~ "

Buku tersebut bercahaya. Bagai ada manik-manik kecil mengelilingi buku tersebut dan sedikit demi sedikit tulisan pada buku tersebut mulai kelihatan. R tersenyum. Gembira dia sambil membaca manual purba tersebut.

" Wahhh!! " R teruja melihatnya sehinggalah,

............... Reincarnation..............

" AL? Apa.. Apa sebenarnya yang awak minta dari saya ni? "

🍁🍁🍁🍁🍁

Dari jauh, R melihat Aki dan Ayi. Mereka berdua adalah manusia yang dia tunaikan hajat sebelum ini. Kesat air liur ditelan. R melihat ditangannya. Loket biru yang AL beri.

" Mungkin.. Mungkin mereka berdua boleh.. " bisik R.

Dia mendekati kereta bayi bersebelahan Ayi. Perempuan itu tidak menyedari kewujudan R disinya.

" Dah jumpa! " R tersenyum pada bayi didalam kereta sorong tersebut.

" Aii.. Arrr.. " bayi tersebut ketawa riang.

" Hai juga.. AL. " balas R sambil menyelitkan loket ditangannya tadi keleher bayi tersebut.

-TAMAT-

Red Raven (Completed)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin