Episode 7

915 83 11
                                    

AL diam saja apabila maharaja memasuki ruang arkib magik yang telah hampir 10 tahun dijaga olehnya. Begitulah tugasnya setiap hari sebagai penjaga bibliotheque. Sejak umurnya 10 tahun lagi, AL telah berkhidmat kepada Maharaja Fen. Mereka berdua rakan baik sejak kecil lagi.

" Laurence.. " Fen keluar dari arkib tersebut dengan wajah yang sugul. Dia merengek pada AL. Wajahnya disembam pada bahu AL yang sedang duduk elok diatas sofa.

" Kenapa? " soal AL sambil mengusap kepala Fen dengan lembut.

" Tau tak tadi Fen kena marah dengan general Davin. " Fen mengadu.

" Apa pulak yang Tuanku buat kali ni? " tanya AL lembut.

" Mana ada buat apa-apa! " Fen membela dirinya. Bibirnya dicebik.

AL hanya tersenyum. Manja! Maharaja Fen sangat manja namun sifat itu juga membuatkan dia jadi seorang yang penyayang, tidak seperti ayahnya maharaja sebelum ini. Dia sangat tegas dan garang. Fen sangat takut dengan ayahnya menyebabkan Fen lebih rapat dengan permaisuri. Fen jadi begitu mungkin kerana ibunya dan pengaruh AL yang suka memanjakan Fen.

" Yeke? General Davian tak akan marah kalau tak bersebab.. " AL bersuara sambil tangannya mencapai buku diatas meja.

" Apa ni, Laurence pun nak menangkan General Davian ke?! " Fen mula merajuk. Dia berpaling ketepi tanda protest. Buku AL dirampas dahulu sebelum itu.

AL ketawa. Macam-macam perangai.

" Tuanku.. Tuanku ingat lagi janji Tuanku sebelum ni? " soal AL tiba-tiba.

Fen menoleh. Keningnya bertaut. Wajah AL yang serius itu sangat jarang dia lihat. Tentu ada perkara penting yang mahu diberitahu.

" Dah tentu. Fen akan tunaikan hasrat Laurence kalau Laurence kekal berkhidmat dengan negara ni. " Fen mengangguk.

" Sebenarnya, saya ada satu hasrat. " AL memulakan bicara.

🍁🍁🍁🍁🍁

Setelah menerangkan pada maharaja Fen tentang apa yang dia lihat dan tentang seorang perempuan misteri yang seringkali muncul dalam mimpinya, AL menghembus nafas lega. Fen telah kembali semula ke istana jadi AL mengambil peluang tersebut untuk keluar mengutip bunga magik bagi ramuan magik. Helianthus, bunga yang digunakan sebagai ubat dapat dijumpai diatas bukit dekat dengan tempat serigala hybrid.

AL bersiap untuk keluar. Bakul bunga tidak lupa untuk dibawa bersama. Setelah mengunci pintu bibliotheque, AL teleport ke padang Nymph Gallum. Apabila dia dibenarkan masuk oleh penjaga disitu, AL mula mengutip Helianthus seberapa banyak yang dia perlu. Cepat saja kerja yang dia lakukan.

Zrrreeett...

Bunyi dengung tersebut secara tiba-tiba membuatkan AL terasa sakit kepala. Dia menggelengkan kepala beberapa kali. Terasa berpinar sekejap. Beberapa saat selepas itu AL terhenti mengutip bunga. Pandangannya berubah kepada suasana lain. Dia tahu saat itu dia sedang mengalami vision. Kali ini dia sedang melihat masa depan.

Beberapa minit berlalu. AL kembali semula ke Nymph Gallum. Dia tahu dia tidak boleh berlama disitu. AL teleport keluar untuk menghantar Helianthus ke makmal. Setelah itu dia kembali semula ke bukit tadi. Sebuah lubang yang agak dalam digali. Setelah itu jaring dan tali diletakkan sebagai perangkap. Lubang itu kemudian ditutup dengan magik ilusi.

Setelah siap perangkap tersebut AL tersenyum riang. Dengan ini bila dia datang esok hari, sudah pasti dia akan terjatuh dalam lubang ni. Dia akhirnya akan mati dalam lubang tu. Dengan senyuman masih dibibir AL melangkah untuk pulang.

Red Raven (Completed)Where stories live. Discover now