Episode 5

884 93 2
                                    

R menggosok belakang yang terasa kebas akibat dari impak yang diterima olehnya apabila jatuh dari pintu portal yang terbuka tadi. Entah dimana dia berada, dia sendiri tidak tahu. Portal Longanimity terbuka secara rawak jadi destinasinya juga secara rawak.

" Aduh.. " R merengek.

Dia melihat sekeliling yang asing baginya. Tempat tersebut banyak pokok-pokok besar dan bunga-bunga yang tidak pernah dia lihat sebelum ini dan yang pastinya tempat tersebut bukan hutan. Dari jauh, R dapat lihat sebuah bandar besar dan ditengahnya ada satu bangunan tinggi dan besar seperti istana. Di sebelah Kirk bangunan tersebut ada sebuah menara. Dari pemandangan yang dapat dilihat dari situ, R tahu dia berada diatas sebuah bukit.

" Cantik.. " tanpa disedari perkataan itu keluar dari mulutnya.

Memang benar pemandangan disitu sangat cantik. R sangat suka tempat tinggi kerana dark tempat yang tinggi dia boleh melihat banyak benda. R berjalan hingga dia berada di tebing bukit tersebut supaya dapat melihat dengan jelas. Dom juga sukakan tempat yang tinggi. Dom.. Entah kenapa dia terasa rindu kepada lelaki itu. R menganggap Dom seperti ayahnya sendiri. Lelaki itu telah menjaganya dari kecil hingga besar.

" Auu~ Grr...Woof!! "

R menoleh apabila bunyi itu membuatkan dia tersentak. Beberapa ekor serigala hybrid mengelilingi R. Rupanya seperti serigala namun mempunyai taring yang sangat panjang dan berbadan besar seperti kuda dan berbulu lebat. Makanan mereka ialah aliran magik.

" Shuuh!! Shuh! " R cuba untuk menghalau namun haiwan itu semakin mendekati apabila mereka dapat hidu bau aliran magik dalam tubuh R.

Untuk menyelamatkan diri, R tiada pilihan lain lalu lompat dari tebing bukit tersebut. Pokok-pokok dibawah menjadi kusyen bagi menyerap hentakan apabila dia terjatuh.

" Auch! "

R terasa pedih apabila ranting-ranting tadi menggores kulitnya. Darah mengalir dari luka-luka kecil. Serigala hybrid tadi masih mengejarnya.

" Tak guna betul! Macam mana diorang boleh lompat juga ni?! " R membebel.

Dia jatuh ke atas tanah dan terus bangun lalu berlari ke arah yang dia sendiri tidak tahu arah tujunya. Tanpa dia sedari, ada lubang perangkap dihadapannya. Kaki R tersadung pada akar kayu yang sengaja diletakkan disitu lalu terjatuh menjunam kedalam lubang yang agak dalam. Dibawahnya ada jaring dan R terperangkap didalamnya.

" Auch!! Apa ni?! " R menjerit dan meronta-ronta untuk melepaskan diri namun dia memang telah tersekat disitu.

Kaki dan tangannya telah tersangkut pada jaring dan tali-tali didalam lubang tersebut dan akhirnya R berhenti meronta. Dia tidak lagi dapat bergerak. Serigala hybrid tadi juga telah tiada lagi disitu. R mengeluh.

" Tak guna.. Sumpah orang yang buat perangkap ni.. " R menyumpah dan maki dalam hati.

Dadanya turun naik disebabkan penat. Dari bawah, dia mendongak untuk melihat lubang tersebut. Kecil saja dari tempatnya lubang untuk keluar. R cuba untuk menggunakan magik bagi meleraikan ikatan yang tersekat namun gagal. Tangannya betul-betul telah tersangkut pada jaring dan tidak dapat bergerak. Sedikit pergerakan akan membuatkan tangannya sakit. Tambah pula dengan luka semasa jatuh tadi.

" Eh? Siapa? " suara lembut yang menegur membuatkan R mendongak.

" Tolong! " jerit R dari bawah.

" Ada orang ke kat bawah? " tanya suara tadi.

" Ya.. Saya terjatuh! " beritahu R.

" Ahahah.. Saya ingat saya seorang je yang cukup bodoh untuk terjatuh dalam lubang perangkap ni. " suara tadi ketawa.

R mengetap bibir menahan geram. Boleh pula gelak. Orang tengah minta tolong. Dah la cakap dia bodoh. R mendongak sekali lagi namun dia tidak dapat melihat rupa orang yang datang itu.

" Daripada awak gelak, lebih baik awak tolong saya! " marah R.

" Ahaha.. Ye ye.. Saya nak tolong la ni. " jawab suara tadi, masih lagi dengan nada yang lembut. Entah kenapa nada itu membuatkan marah R terus reda.

" Haiya?? " suara itu seperti terkejut.

R berkerut. Apa yang jadi kat atas? Seketika kemudian suara tadi menjerit.

Debuk!

R menutup mata apabila debu berterbangan. Sesuatu telah terjatuh kebawah.

" Uhuk.. Uhuk.. " R terbatuk.

" Alamak.. Maaf.. Lepas saya cakap nak tolong awak, sekarang saya pun jatuh sekali. Ahaha.. " suara tadi kedengaran lagi.

R membuka matanya. Seorang lelaki sedang tersenyum gembira sambil menggosok belakang kepalanya seolah-olah terjatuh kedalam lubang itu membuatnya terasa lega.

" Awak okay? " soal lelaki itu dengan senyuman.

R terdiam. Biar betul? Lelaki ni bodoh ke sengaja buat-buat bodoh? Macam mana dia boleh terjatuh dalam lubang yang memang dia tahu ada lubang kat situ? Harapan R untuk keluar sekarang tinggal harapan jelah. Akhirnya R mengeluh.

" Awak? " lelaki tadi melambaikan tangannya dihadapan wajah R namun R cepat menoleh kearah lain.

Menyusahkan.. Lelaki ni R dapat rasa akan menyusahkan dia.

" Tunggu kejap. Jangan bergerak. " arah lelaki pelik tadi.

Dia memegang bahu R. Disebabkan terkejut, tindakan refleks R ambil alih. Kakinya menendang lelaki tadi hingga terhantuk pada dinding tanah dibelakang mereka.

" Auch! Apa awak buat ni? " suara tadi masih lagi lembut menegur R. Kepalanya digosok menahan sakit.

Nafas R turun naik kini. Apa pula lelaki ni nak buat?!

" Jangan la bergerak. Kalau awak meronta macam mana nak buka jaring tu? " soal lelaki itu lembut.

R mulai tenang mendengar niat lelaki itu. Setelah itu dia berhenti bergerak. Lelaki tadi mendekati R semula. Tangannya membuka ikatan yang bersimpul pada jaring tadi. R terasa nafasnya seperti terhenti apabila lelaki itu semakin dekat. Kedua belah tangannya berada diatas bahu R seolah-olah mahu memeluk tubuh R yang lebih kecil darinya. Dia membuka ikatan pada belakang R dengan cermat.

Leher lelaki itu berada pada wajah R. Bau bunga yang sangat lembut menerpa hidung. Macam kenal saja bau bunga tersebut. Lama R berfikir sehingga dia tidak sedar yang lelaki tadi telah selesai membuka jaring tersebut. Bibir lelaki itu menguntum senyum.

" Helianthus. " dia bersuara membuatkan R tersedar.

" Eeh? Apa? " tanya R. Terasa wajahnya membahang. Malu apabila tersedar yang dia termenung.

" Bau bunga yang awak asyik fikir tu, Helianthus. Saya baru balik dari kutip bunga tu tadi. " beritahu lelaki itu. Senyumannya masih tidak lekang dibibir.

R menunduk malu. Wajahnya yang putih menjadi merah. Lelaki itu tahu apa yang dia fikir!

" Jadi.. Sekarang kita kena keluar dari sini. Jom. " ajak lelaki itu. Dia bangun dan menghulur tangan kepada R.

R mendongak melihat wajah yang masih lagi tersenyum. Kenapa dengan lelaki ni? Pelik betul. Akhirnya setelah lama menanti, tangan itu disambut juga. R bangun dan saat itu terserlah perbezaan ketinggian mereka. R cuma berada diparas bawah dada lelaki itu.

" Ahaha.. Patutla suara dengan muka comel je. Awak ni budak lagi rupanya. " lelaki itu ketawa.

" Diamlah! Saya dah 14 tahun tau! " marah R.

Lelaki tadi terdiam. Namun sesaat selepas itu dia ketawa lagi. Kepala R diusap seperti budak kecil. R menahan marahnya. Bibirnya digigit namun sebelum sempat ia terluka, lelaki tadi memeluk R dengan erat sebelum satu cahaya menerangi mereka.

" Baiklah.. Teleport keluar.. " lelaki itu tersengih manakala R menjerit sekuat hatinya kerana terkejut.

Red Raven (Completed)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt