Trailer

2K 130 0
                                    

Bunyi bising diluar rumah mereka membuatkan si kecil terjaga dari tidurnya. Matanya terpisat-pisat dek kerana baru sedar dari mimpi indah. Bilik tidur itu hanya disinari sinar bulan. Tatkala pandangan mata mulai jelas, si kecil terkejut apabila ada seseorang yang tidak dikenali di dalam biliknya.

Baru saja dia ingin menjerit meminta tolong, orang tersebut menekup mulutnya dengan pantas lalu membuat insyarat untuk diam.

" Nama aku Dom. Jangan takut. Ibu dan Ayah kau minta aku bawa kau pergi dari sini untuk keselamatan kau juga. Satu hari nanti, kau akan berterima kasih kat aku. " bisiknya kepada si kecil.

Kerana terlalu takut jika dia dicederakan, si kecil mengangguk tanda setuju. Dalam hatinya dia memanggil-manggil Ibu dan Ayah.

Dom mendukung si kecil dengan tangannya yang kuat. Perlahan saja langkahnya demi berhati-hati supaya tiada yang menyedari. Dari tingkap ruang tamu, Dom dapat melihat sinar cahaya orang kampung yang membawa pelita. Mereka sedang berbicara dengan ibubapa si kecil.

" Kita nak kemana? " soal si kecil.

Dom melihat wajah comel milik si kecil yang tidak tahu apa-apa. Alangkah bahagia masa depan miliknya jika dia tidak dilahirkan sebegitu. Rambut merah si kecil diusap lembut.

" Kita nak pergi jauh. Jangan risau. Mulai sekarang cuma kau dengan aku. " beritahu Dom.

Dia mengeluh lalu menggunakan shielding magic untuk menutup kewujudan dirinya dan si kecil supaya tiada orang tahu mereka keluar dari kawasan tersebut. Dia berlari selepas sahaja kakinya menjejak di kawasan luar kampung tersebut. Dalam hatinya berdoa agar dua sahabatnya itu selamat namun dia tahu perkara tersebut mustahil.

" Mereka dah tahu tentang magik mereka. Kenapa? Kenapa kami diburu dan dibunuh? Kenapa kami tak boleh hidup aman macam yang lain? " tanpa disedari air mata Dom menitis jua. Lebih 25 tahun mereka bertiga menjadi sahabat baik. Sejak kecil mereka sentiasa bersama. Tak mungkin dia tidak menangis apabila mereka perlu berpisah atas alasan dua orang lagi akan mati? Tak adil.

" Kenapa pak cik menangis? " si kecil bersuara lalu mengelap air mata yang mengalir.

Dom berhenti dari meneruskan pelariannya. Dia memandang si kecil lama. Comel sekali mata bulatnya itu merenung Dom.

" Dengar sini.. Kau kena kuat tau. Kalau apa-apa jadi pada aku nanti, aku nak kau lari. Lari sejauh yang mungkin dan jangan pernah berhenti. Kau kena selamat walau apa pun yang berlaku. Sebab kau, harta istimewa yang mereka hadiahkan untuk aku. Faham? " Dom memberitahu. Dia cuba untuk senyum namun dia masih lagi menangis.

Akhirnya si kecil mengangguk lalu mencium dahi Dom membuatkan Dom terkesima.

" Sakit.. Sakit.. Pergi dari sini.. Jangan buat pak cik Dom menangis lagi.. " nyanyi si kecil walaupun iramanya sama sekali tidak kena.
Dom tersenyum jua dengan sisa air mata.

🍁🍁🍁🍁🍁

Pagi yang cerah dengan bunyi siulan burung-burung di atas dahan pokok. Si kecil terjaga. Dia terpandang akan Dom yang masih tidur disisinya. Sudah hampir tiga hari mereka berjalan, makan dan minum di dalam hutan tersebut. Kini si kecil memahami bahawa dia tidak akan balik semula ke rumahnya yang selesa.

Tidak kira bagaimana dia panggil Ibu dan Ayah, kini mereka tidak mungkin lagi menjawab panggilannya. Si kecil memahami satu lagi perkara - ibubapanya telah tiada. Dom selalu cakap yang dia perlu kuat untuk teruskan hidup selepas ini. Si kecil hanya mengangguk walaupun dia masih tidak faham apa itu kekuatan.

Tapi, dalam banyak-banyak perkara, si kecil paling faham tentang satu perkara penting. Kewujudannya tidak disukai oleh orang lain.

🍁🍁🍁🍁🍁

* Shielding magic - magik yang digunakan untuk menutup kewujudan diri. Selalu digunakan untuk tujuan pengintipan.

Red Raven (Completed)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora