Episode 6

943 85 14
                                    

Setelah siap mengemas kain balutan luka yang dipotong tadi, dia terus berjalan keluar dari ruang tamu. Beberapa saat kemudian dia keluar semula dan duduk di atas sofa berhadapan dengan R. Buku diatas meja kecil antara mereka dicapai lalu dibaca. R yang sedang merenungnya itu dihiraukan.

R mengetap bibir bawahnya. Apa hal dengan lelaki ni? Tiba-tiba bawa dia balik rumah, lepas tu tolong rawat semua luka dan calar pada tubuh R. Sekarang dihiraukan pula!

" Kenapa awak pandang saya macam tu? " soalnya setelah lama diam.

" Hah! Akhirnya! Bercakap pun! " R bersuara sarkastik.

" Ahaha.. Awak sunyi saya tak layan awak ke? " tanyanya spontan. Ketawa kecilnya itu bagai menyentap hati R seketika. Sunyi?!

" Tolonglah! Huh! " R mula mengangkat kaki untuk cepat-cepat keluar dari rumah lelaki tersebut.

Sudahlah lelaki itu membawanya teleport tanpa sebarang amaran, sekarang R merasakan bagai tubuhnya melayang-layang. Dia tidak biasa begitu. Teleport dengan portal adalah perkara lain namun teleport dengan magik?! Lelaki itu gila! Tak, bukan tu saja.. Hakikat bahawa lelaki itu boleh menggunakan magik untuk teleport memberi maksud bahawa dia seorang yang kuat.. Dan bahaya. Teleport diri sendiri dah satu hal, bawa orang lain teleport sekali dengan dia?!

R menggigit ibu jarinya. Sebelum lelaki itu tahu siapa dia, R perlu pergi cepat. Lelaki ini bukan seperti yang R pernah lawan sebelum ni. Aura lelaki ni lain. R tak rasa dia mampu menang.

" Nak ke mana? " lelaki itu akhirnya mengangkat wajahnya dari buku ditangan. Bibirnya menguntum senyum.

R tidak menghiraukan pertanyaan tersebut. Dia terus berjalan keluar.

" Kalau awak nak selamat, lebih baik awak tinggal sini je."

Langkah kaki R mati dengan apa yang diberitahu lelaki itu. Kepalanya ditoleh sedikit untuk melihat si lelaki.

" Raven.. Itu nama awak, betulkan? "

Terasa bagai disambar halilintar, R kini berada dihadapan lelaki itu sambil mencengkam kolar bajunya. R sendiri tidak tahu bagaimana dia bergerak selaju itu. Mungkin kerana dia terlalu marah, dia tidak mampu mengawal perasaannya.

" Mata awak bertukar warna.. Cantik. " beritahu lelaki itu tanpa ada sedikit pun riak takut, malah dia tersenyum senang.

R terkejut. Dia melepaskan kolar baju yang dipegang dan merenung lelaki dihadapannya penuh minat.

" Macam mana awak tahu? " soal R.

" Ahaha.. Jadi betullah awak ni Raven. Peliknya, orang kata Raven berwarna hitam.. Tapi macamlah saya pernah tengok pula. Lagipun Raven dah tak wujud lagi dalam dunia magik ni. Tapi awak ni warna merah. Cantik.. R.. Dari raven atau Red? " soalnya riang. R berkerut. Lelaki itu langsung tak jawab pertanyaannya! Jauh menyimpang!

" Heh.. Kalau saya layan awak ni nanti makin menjadi-jadi. " R mengeluh.

Dia berpusing untuk pergi namun tangannya ditarik oleh lelaki itu hingga dia hilang imbangan dan akhirnya jatuh terduduk diatas paha lelaki tersebut. Dengan kesempatan yang ada itu, lelaki itu melingkari tangannya pada pinggang R membuatkan R terkedu. Tubuh R kejang dan keras, sedikit pun tidak berkutik. R tidak biasa dengan situasi begitu. Jantungnya terasa bagai mahu tercabut dari tangkainya kerana debaran yang begitu kencang.

" Saya cakap.. Kalau awak nak selamat lebih baik awak tinggal sini je. " ulang lelaki itu lagi sekali.

" A.. Awak ni siapa nak mengarah? Kenal awak pun tidak! " R menggigil. Dia dapat rasakan wajahnya yang semakin membahang. Dia malu! Wajah lelaki itu terlalu dekat dengan wajahnya. Bau harum dari tubuh lelaki itu juga mampu dihidu. Helianthus.. Bau bunga magik.

" Ahaha.. Kalau itu yang awak risaukan, nama saya Alexander Laurence. Awak boleh panggil saya AL. Sekarang awak dah kenal saya! " ujarnya riang.

R berkerut. Pelik.. Lelaki ini pelik dan langsung tak nak dengar apa yang orang lain cakap!!

" Setakat nama - " belum sempat R menghabiskan ayatnya lelaki itu merenungnya dengan pandangan tajam. Hilang sudah senyuman manis tadi. R terdiam lalu menelan liur. Dia takut. Takut kalau dia cakap sesuatu yang salah.

" Awak tahu, mungkin awak tak kenal saya. Betul. Tapi saya kenal awak. Saya kenal awak lebih dari yang awak tahu. Saya sentiasa perhatikan awak. Pada mulanya saya cuma nampak awak dalam mimpi. Saya fikir benda tu biasa saja pada mulanya. Tapi lepas tu setiap malam saya nampak awak. Lama kelamaan saya boleh tengok apa yang awak buat. Saya boleh kawal vision saya dan tengok apa yang saya nak dalam masa yang sama. Saya perhatikan awak sejak dulu lagi, R. "

Mendengar penerangan lelaki yang bernama Alexander Laurence itu membuatkan R terasa bagai ada satu benda tajam menusuk jantungnya.

" Stalker! Awak ni stalker ke?! Biar betul! " R cepat-cepat bangun dari paha AL dan berlari keluar namun belum sempat dia keluar dari ruang tamu, AL menarik tangan R.

" Nanti, awak salah faham! " jerit AL.

" Gila! Tak mungkin saya salah faham! " R meronta.

Dia menarik tangannya namun AL lebih kuat. R mula mengangkat kaki bagi menendang AL namun cepat saja lelaki itu mengelak. AL cuba menarik R supaya dekat dengan dirinya dan R menahan dengan tangan. Tapak tangan R menolak pipi AL ketepi, jauh dari wajahnya.

" Dengarlah dulu apa yang saya nak cakap.. Awak ni ganas betul! " ujar AL masih lagi dengan nada lembutnya.

R menggeleng. Dia menolak AL jauh dengan kakinya manakala satu tangannya menolak wajah AL. Satu tangan lagi pula dipegang oleh AL.

" Awak ni, putus asa je lah! " marah R setelah hampir 15 minit mereka bergelut.

" Tak nak! Tak bila awak masih belum dengar cerita saya! Takkan selagi awak tak setuju untuk tinggal sini! " AL bersuara yakin.

R mengeluh. Lelaki ni tak tahu erti putus asa ke? Sebenarnya R dah penat. Tenaga dia hampir habis. Kuat betul AL ni.

" Mana satu awak nak? Dengar cerita awak ke tinggal sini? " soal R akhirnya, mengalah dengan karenah AL yang macam budak-budak walaupun jelas sekali perbezaan umur antara mereka. AL mungkin 5 atau 6 tahun lebih tua dari R.

" Keduanya? " AL tersenyum jua.

R menjulingkan matanya keatas lalu duduk semula keatas sofa.

" Okay.. Mula cerita. " beritahu R membuatkan wajah AL berseri.

" Semestinya!! " AL menjawab lalu duduk dihadapan R. Mulutnya dibuka untuk memulakan cerita.

🍁🍁🍁🍁🍁

R hanya merenung AL tanpa sebarang suara. Jadi AL ada kelebihan clairvoyance seperti Dom cuma lebihnya, selain melihat masa depan, AL lebih bagus dalam melihat apa yang berlaku pada masa yang sama tetapi pada tempat yang berbeza. Dia jarang dapat melihat masa depan. AL kenal R apabila suatu malam dia bermimpi tentang seorang kanak-kanak berambut merah.

AL tidak faham dengan mimpi tersebut lalu dia mula mencari. Dengan clairvoyance tersebut, AL melihat ke seluruh dunia magik dan akhirnya dia terjumpa R yang sedang merenung laut. Sejak itu AL suka melihat apa yang R buat. Dia kenal R kerana dia sentiasa perhatikan R. Entah mengapa melihat R bagai menjadi hobi baru baginya.

" Uwahh.. Jadi betullah awak ni stalker! Tak sangka.. Awak minat dengan budak kecil. " R membuat muka terkejut, seolah-olah jijik dengan kenyataan itu.

Wajah AL bertukar sedih apabila R memandangnya begitu. Air matanya mengalir dan AL menangis seperti budak. R bertambah terkejut. Tidak sangka gurauannya itu membuatkan AL menangis.

" AL, saya gurau je. " pujuk R. Dia mendekati AL lalu mengusap kepalanya.

AL tersengih. Dia mendongak melihat R. Saat itu barulah R tahu AL telah mengenakan dia.

" Tak guna! Stalker! Pervert! " marah R lalu memukul tubuh AL. Ketawa lelaki itu makin kuat.

Red Raven (Completed)Where stories live. Discover now