Episode 8

872 83 4
                                    

Alexander Laurence, seorang yang pelik, jarang serius, selalu tersenyum, bekerja sebagai penjaga bibliotheque diraja atau nama lainnya arkib manual magik diraja dan orang kedua berkuasa selepas maharaja. Dalam erti kata lain, pangkat dia dalam negara sangat ditakuti oleh orang lain. Setakat itu saja pengetahuan R tentang orang yang dia panggil AL ni. Selain dari tu, maharaja Fen sangat manja dengan AL dan kalau masa mereka berdua saja, maharaja Fen akan menggunakan nama mereka ketika berbicara.

R mengetap bibirnya. Setelah hampir setahun lebih dia tinggal dengan AL tapi satu perkara penting pun dia tidak tahu tentang AL. Bukan tu he yang buat R tak puas hati. AL tahu hampir kesemua kisah dan rahsia R sedangkan AL langsung tak sebut tentang dirinya. R cuma tahu tentang AL dari apa yang dia dengar bila orang lain bercakap. Bertambah bengang lagi bila AL dah banyak tolong dia. AL minta maharaja Fen supaya terima R. Malah, R dapat tempat perlindungan disisi maharaja sebagai pembuat magik. AL betul-betul gunakan maharaja tu. Sejak tu tak ada lagi orang yang datang kejar untuk bunuh R.

" Ahh!! Tak guna!! " R menggosok rambutnya dengan kasar hingga serabai. Geram bila teringat akan AL dengan wajah dia yang asyik senyum tu. Rasa macam nak bagi penumbuk je.

" Siapa tak guna? " suara yang menegur dari belakang membuatkan R kaku.

" Jadi? Kenapa marah sangat ni? " suara itu bertanya lagi. Kali ini tangannya pula merayap pada kedua bahu R.

" Hah! A.. AL dah balik?! " R bersuara terkejut. Tidak berani untuk menoleh kebelakang. Badannya menggigil sedikit.

" Ahaha.. Apa maksud awak dah balik? Saya pergi jumpa Tuanku Fen tadi untuk beri laporan.. Dan lagi satu ni tempat kerja saya. Apa yang awak buat kat sini? " soal AL sambil tangannya yang tadi dibahu kini merayap pula ke lengan R.

" Wuahh!! Aaa...apa awak ni?! " R melompat dari atas kerusi yang dia duduk sebentar tadi dan menjauhi AL.

Wajah lelaki itu masih tersenyum seperti tidak bersalah. Kedua tangannya diangkat ke paras dada dan kepalanya disengetkan sedikit seolah-olah tidak memahami dengan apa yang berlaku.

" Jadi? Awak buat apa kat sini? " soal AL masih lagi tersenyum manis.

R mengetap giginya. Geram betul dengan lelaki tu. Entah apa yang ada dalam otak dia pun tak tahu lah.

" Huh.. Buat tak tahu pula! " R mencebik sambil menyilangkan tangan ke dada. Sambil itu, R memberi isyarat supaya AL melihat keatas meja.

AL menoleh. Dia lihat ada satu bungkusan diatas meja dibalut dengan kain. Matanya terkebil-kebil sebelum memahami.

" Ahahaha.. Biar betul? Saya gurau he masa cakap yang awak patut belajar memasak. Tak sangka awak betul-betul pergi belajar memasak dengan tukang masak kat istana tu? " AL ketawa.

Wajah R bertukar merah. Terasa malu yang amat! Lelaki ni selalu memainkan dia. Tak guna! Kakinya cepat bergerak untuk melangkah pergi dari situ namun pintu utama arkib itu terus tertutup. R terhenti. Dia tahu dia tidak dapat keluar dari situ. Lagipun, keseluruhan tempat ni dikawal oleh AL. R menoleh untuk melihat lelaki tersebut cuma mendapati dia sedang membuka bungkusan yang dibawanya tadi.

" Sedap! " AL tersenyum apabila dia merasa masakan R.

" Ohh.. Ye.. Ke.. " R menunduk apabila mendengar pujian dari AL. Tidak sangka AL akan memujinya. Dia fikir AL akan memainkan dia lagi.

" Sekarang buka mulut awak.. Aaa.. " R tersentap apabila AL kini berada dihadapannya dengan makanan untuk disuap.

" Tak nak! " R menolak AL lalu berlari jauh disebalik perabot yang menempatkan pelbagai manual magik. Wajahnya terasa panas. Tak sangka AL berdiri dekat macam tu.

AL hanya memerhati perabot manual magik. R yang sudah hilang dari pandangan matanya namun dia tahu R ada disitu. Bibirnya masih lagi tersenyum. Dia memang suka sakat R. Seronok melihat R malu dan paling seronok baginya apabila R marah. R mungkin tidak perasan namun apabila R marah, anak matanya bertukar menjadi pink. AL tahu R sebenarnya dah jatuh hati dengannya. Tapi susah betul nak buat R jujur.. Atau mungkin sebenarnya AL yang tidak pernah jujur sejak awal lagi.

AL mengeluh sambil menyuap makanan kedalam mulut. Mungkin orang fikir dia pelik, tapi tak kisahlah. AL cuma mahu lindungi apa yang penting baginya. Sejak dia kecil, dia telah melalui pelbagai perkara. Semua yang dia capai kini hanyalah untuk persediaan bagi apa yang bakal berlaku tak lama lagi. Apa pun, AL telah berjanji dengan dirinya dia akan lindungi R. Biarlah R tidak tahu tentang perkara ni. Cukup dia saja tahu.

" R, saya nak keluar ni. Nak ikut atau nak duduk dalam ni? Tuanku Fen nak jumpa." tegur AL setelah lama R tidak keluar dari tempat persembunyiannya.

Perlahan-lahan kelibat R muncul. AL tersenyum semula. Dia memanggil R dengan melambai tangan. Seperti sudah biasa begitu, R datang kepadanya menghulurkan tangan. AL menyambutnya mesra sebelum mereka keluar dari arkib tersebut.

🍁🍁🍁🍁🍁

Maharaja Fen kelihatan gembira apabila kelibat AL masuk ke dalam ruang istana. Dari balkoni miliknya lagi dia telah melambai. Bertambah lebar senyumannya apabila melihat R bersama dengan AL. Fen berlari keluar hingga ke laman istana bersedia untuk menyambut AL.

" Tuanku Fen! Tuanku tak boleh-" sebelum sempat pengawal istana menghabiskan ayatnya Fen memintas.

" Beta tak perlukan arahan sesiapa! Beta boleh buat apa yang beta suka! " marahnya lalu berlari meninggalkan semua pengawalnya.

" Laurence! " jerit Fen apabila wajah AL menyapa pandangannya.

" Tuanku. " AL menyambut mesra sambil memberi tunduk hormat bersama dengan R.

" Baguslah kamu Laurence datang berdua dengan R. Beta mahu kenalkan seseorang pada kamu. " ujar Fen ceria.

AL berkerut. Tidak sangka akan berita itu. Seseorang? Ahh.. Tak mungkin masa depan dalam vision yang AL lihat tu bakal berlaku tak lama lagi? Tak.. AL masih mahu bersama dengan R. Sikit saja lagi.. Dia perlukan sedikit lagi masa.

Fen yang menyedari riak perubahan pada wajah AL terus terkedu. AL nampak terkejut dan dalam masa yang sama marah. Kenapa?

" Laurence? " panggil Fen. AL seperti tidak mendengar panggilan Fen sehinggalah R menyentuh lengannya. AL terus kembali tersenyum. Faham dengan silapnya.

" Oh, dah tentu. Siapa? " tanya AL ceria.

Fen kembali berseri wajahnya. Dia menjemput AL dan R ke ruang tahkta. Tiba disitu Fen menitahkan beberapa orang pegawai istana untuk memanggil seseorang. R berdiri disisi AL yang setia disebelah Fen diatas kerusi tahkta miliknya. Beberapa minit kemudian seseorang dengan pakaian tentera masuk menghadap. AL menghembus nafas lega. Orangnya lain dari apa yang dia lihat dari vision.

" Tuanku.. Zen Astrald datang menghadap Tuanku. Boleh patik tahu mengapa Tuanku panggil patik? " tanya tentera tersebut sambil duduk melutut dihadapan Fen.

Fen tersenyum.

" Angkat wajah kamu Zen. Mulai hari ni kamu beta naikkan pangkat sebagai pengawal beta. "

Dan semua wajah yang ada disitu kelihatan terkejut kecuali Fen.

Red Raven (Completed)Where stories live. Discover now