Episode 19

732 86 15
                                    

R berlari anak menuju ke pintu penjara istana. Selepas mendapat kebenaran untuk masuk, dia pantas mencari kelibat AL.

" AL! " jerit R.

Saat melihat AL, air matanya menitis lagi. Palang besi digenggam erat. AL menghulur tangannya keluar lalu mengelus lembut rambut R yang panjang. Gadis itu sudah besar. Baru AL perasan. Bibirnya menguntum senyum. Sudah berapa tahun mereka tinggal bersama?

" Kenapa.. Kenapa tak beritahu perkara sebenar? " R merayu.

" Shh.. Jangan menangis.. " pujuk AL.

R menggeleng kepalanya. Tangan kecil R disua melepasi palang besi antara mereka lalu mencapai baju AL dan digenggam.

" Kenapa.. AL tak salah.. Awak tak salah.. Kenapa awak buat macam ni? Awak nak tinggalkan saya? " R menangis.

" Maaf.. " cuma itu yang mampu AL luah. Dia tidak mahu R menangis.

" Maaf! Maaf! Maaf! Kenapa awak minta maaf?! " marah R sambil memukul-mukul dada AL.

AL menangkap tangan R. Gadis itu masih menangis.

" R.. Nak dengar sesuatu tak? " tanya AL tiba-tiba.

R yang dari tadi tertunduk mendongak. Air mata yang mengalir dilap oleh AL.

" Saya cintakan awak. " beritahu AL sambil tersenyum.

Air mata R makin laju mengalir.

" Apa ni.. Apa ni..!! " marah R. Baju AL digenggam dan digoncang-goncang tubuh AL walaupun tak bergerak sangat pun. AL ketawa. Seronok main-mainkan R.

" Kenapa apa? " tanya AL.

" Main-main pula! Orang serius ni.. Awak tahu tak awak akan dihukum bunuh esok?! Kenapa awak perlu korbankan diri awak macam ni? Kenapa awak nak tinggalkan saya? Saya cuma ada awak! " R merayu lagi.

" Hmm.. Kenapa saya korbankan diri saya.. Sebab saya sayangkan awak?" AL tersenyum lagi.

" Bukan la! Apa awak ni! " R semakin geram namun hatinya dia sendiri tidak faham. Terasa sedih bercampur gembira bercampur dengan marah.

" Apa yang bukan? Awak nak nafikan perasaan saya ke?" AL membuat muka sedih.

R tak dapat tahan lagi air matanya. Makin lama makin banyak pula. Dah penat menangis.

" Maaf la sayang.. " lembut suara AL memujuk R sekali lagi. Kali ini dia mengusap pipi R yang lembut. Sisa air mata itu dilap.

" AL.. Saya sayang awak juga.. Jangan tinggalkan saya.. Saya tak mahu awak mati. Saya nak hidup dengan awak. Selama ni saya merantau, hidup saya tak ada makna. Saya hilang semua orang yang saya sayang.. Saya tak mahu hilang awak juga. Awak bagi saya kehidupan baru.. Awak ajar saya macam-macam perkara.. Jangan pergi.. " lirih saja suara milik R.

Hati AL bagai disiat dan dikoyak. Kenapa dia perlu ada rasa ragu-ragu? Sejak dulu AL sudah bersedia. Kenapa kini dia rasa dia tak mahu mati? Melihat R.. Dia mahu lebih banyak masa.. Dia mahu masa bersama dengan R.

" Jangan.. Jangan mati.. Jangan tinggalkan saya.. " rintih R lagi.

AL menelan liur. Jangan.. Jangan sesekali ada rasa ragu-ragu. Semuanya telah ditetapkan. Semuanya untuk hapuskan Lazarus. Magik ini.. Tak boleh wujud. Kalau ada orang yang tahu tentang kehidupan abadi ni.. Perang tentu akan tercetus lagi. Lagipun.. Tentu sunyi hidup bersendiri. Walaupun ada R disisi.. Tapi nyawa tu singkat. Mereka semua akan mati dan pergi tinggalkan AL sendiri.. Sebab cuma AL yang tak boleh mati. Jadi dia akan terus hidup melihat satu per satu nyawa yang dia sayangi pergi.

" Maaf.. Kalau boleh, saya pun tak mahu mati. Saya takut. Tapi ini yang terbaik. R, ada sesuatu yang saya nak beri pada awak. " ujar AL.

Dia menyeluk kocek seluarnya dan mengeluarkan sesuatu. Satu loket kecil berbentuk silinder yang terisi cecair biru didalamnya.

" Apa ni? " soal R hairan sambil menghulur tangan untuk mengambilnya.

AL menarik R rapat.

" Hadiah.. Jangan beritahu sesiapa tentang perkara ni. Kalau awak rindukan saya, pergi la ke dunia manusia. " bisik AL perlahan, cukup perlahan pada telinga R.

R terasa seperti nafasnya terhenti buat seketika saat itu.

" Dunia.. Manusia? Tapi.. Portal ke dunia manusia.. Cuma boleh dibuka di istana dengan kebenaran maharaja. " balas R, masih lagi berbisik. Barangkali saat itu R perasan AL tak mahu ada sesiapa pun yang mendengar walaupun pengawal berada jauh dari mereka.

" Siapa cakap? " AL tersengih. R melihat semula loket ditangan. Takkan la..

" Tapi macam mana? " soal R hairan. Berhenti sudah air matanya.

" Semuanya ada dalam bilik saya. R, bila saya dah tak ada nanti, rumah tu cuma awak saja boleh masuk. Rumah tu saya buat dengan magik. Semua rahsia saya ada dalam tu. Dengar sini, saya tak buat semua ni tanpa rancangan lain. R, saya perlukan bantuan awak. Cuma awak yang mampu. Sebab awak juga adalah puak Remington. " ujar AL serius.

R terdiam. Apa maksud AL yang R juga puak Remington?

" R, apa nama penuh awak? " soal AL sambil tersenyum.

" Raven.. Raven Remington. " jawab R.

" Betul.. Jangan sesekali lupa tu. " AL tersengih.

Belum sempat R mahu bertanya lebih pengawal yang menjaga datang untuk memberitahu masa mereka telah tamat.

" AL! Saya janji! Saya tak akan lupa! " jerit R apabila pengawal itu menolak R supaya berjalan keluar.

R menoleh namun dia cuma mampu melihat saja.. Melihat senyuman AL.

Tiba saja dirumah, R masuk kedalam bilik AL dan mengunci pintu. Bilik itu kemas dan tersusun sama seperti kali terakhir AL meninggalkannya. Seperti yang AL beritahu, semua jawapan ada dalam bilik tersebut. R mula mencari. Laci dibuka satu per satu. Sekeping gambar yang terletak elok dalam laci ketiga yang dibuka membuatkan R terhenti.

" R, apa nama penuh awak? "

Soalan AL tadi bagai terngiang di telinga R. Bibirnya menguntum senyum.

" Remington. Alexander Laurence.. Remington. " bisik R sambil mengangkat gambar tersebut.

Lelaki yang berdiri disebelah wanita yang sangat cantik dan kanak-kanak lelaki ditengah. R kenal gambar tersebut, kerana dia juga ada gambar yang sama.

" Pak cik Dom.. " sudah lama rasanya R tidak menyebut nama itu.

" Anak pakcik.. Sangat baik.. Macam pakcik.. Sebab nak selamatkan saya.. " air mata yang R fikir sudah berhenti kini mengalir kembali.

Kenapa? Kenapa perlu mereka korbankan diri mereka sendiri? R tak mahu kehilangan sesiapa lagi.. Kejamnya perjalanan kehidupan ni.

Red Raven (Completed)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin