Episode 15

676 77 14
                                    

" Cik, sudi menari dengan saya? " soal Hide apabila dia melihat R berseorangan. Peluang yang ada tak boleh lepas. R yang terkejut dengan pelawaan Hide melihat kiri dan kanan namun kelibat AL yang tadinya ada disebelah telah hilang. Kelihatan Hide sedang tersenyum sambil menghulur tangan. Dengan ragu-ragu R menyambut.

" Terima kasih. " ucap Hide lembut.

Dia membawa R ke ruang tari. Dengan lembut dia memegang pinggang R dan kaki mereka dihayun mengikut nada muzik. R tidak pernah menari sebelum ni. Disebabkan itu dia asyik terpijak kaki Hide.

" Maaf. " R tertunduk malu.

" Tak apa. Macam ni, pijak kaki saya. " Hide menarik R lebih dekat. Tubuh R yang lebih kecil darinya itu senang saja diangkat.

" Eh.. Tak sakit ke? " takut-takut R bertanya. Hide hanya tersengih. R menari mengikut gerakan kaki Hide. Lama-kelamaan bibir R menguntum senyum. Terasa lucu pula.

" Kenapa? " soal Hide.

" Tak.. Macam awak seorang yang menari. Saya cuma pijak atas kaki awak. " R tertawa.
Dari jauh, Fen mencari-cari AL yang masih menghilang.

" Alahai.. Mana Laurence ni~ Kenapa R menari dengan orang lain pula ni? " bibir Fen tidak berhenti mengomel sendirian.

" Tuanku, bolehkah patik menari dengan tuanku? " suara seorang wanita yang menegur membuatkan Fen kaku. Sekarang bukan masa dia nak menari. Tapi kalau tolak macam sombong pula. Fen berlawan dengan fikirannya. AL pun masih tak jumpa. Kemana pula pergi dia ni?

🍁🍁🍁🍁🍁

AL menghembus nafas lega setelah berjaya keluar dari majlis tersebut. Jauh dia duduk menyendiri di bawah pokok pine di taman rumah tersebut. Bukan apa, sejak dulu AL tak suka suasana sesak dan riuh ni. Ramai orang dan bising dekat dalam tu. Langit malam tu gelap semacam. Mungkin juga AL patut ajak R sekali tadi. Tapi R nampak seronok sangat. Semua makanan dia nak rasa sampai AL rasa tak sampai hati nak ajak dia balik.

Tapi bila ingat yang Fen ada dekat dalam buat AL lega. Sekurang-kurangnya Fen boleh tengok-tengokkan R. AL cuma harap apa yang dia lihat tak akan berlaku. Cuma itu yang mampu dia harapkan. Lagipun AL tak boleh ubah masa depan atau masa silam. Apa yang berlaku akan tetap berlaku. Cuma pilihan yang diambil akan membawa kepada situasi yang berbeza. Kalau betul parallel world tu wujud, AL cuma mahu R hidup bahagia. Mereka berdua.. Hidup bahagia.

" Maaf, R.. Sebab tipu awak.. Maaf, Fen.. Sebab aku pun tipu kau juga sebenarnya. Dalam vision tu, bukan R yang akan mati.. Aku tipu.. Sebab yang akan mati tu, adalah aku. " perlahan saja AL berbisik pada angin malam.

Entah berapa lama dia duduk disitu. AL rasa tak sedap hati pula. Mungkin dia patut ajak Fen dan R balik. Kakinya dihayun semula ke arah majlis yang masih meriah. Disebalik orang yang ramai, AL menangkap kelibat Fen yang baru saja selesai menari dengan seorang wanita. Namun, walaubagaimana AL cari sekalipun, cuma kelibat R yang dia tidak jumpa.

Jantung AL mula berdegup laju. Dia hayun langkah ke tingkat atas yang mana tidak ramai orang berada disitu. Dari atas dia mencari namun tidak juga dia jumpa. AL melihat koridor panjang tingkat atas yang menghala ke arah beberapa bilik. Hatinya berat namun dia melangkah juga. Satu per satu dia mencuba untuk buka pintu bilik tersebut namun semuanya berkunci. AL menghembus nafas lega.

Masih lagi berjalan menghala ke bilik yang terakhir, AL cuma berdoa R selamat. Tangannya perlahan memulas tombol pintu tersebut setelah berada betul-betul depan pintu bilik.

Kreaakk..

Satu-satunya pintu yang tidak berkunci. AL dapat rasa degupan jantungnya yang semakin laju. Sama. Semuanya sama..

Pintu tersebut ditolak lalu AL menyelinap masuk dan menutup pintu tersebut.

Klak!

Kunci ditekan.

" R, jangan bergerak. " lembut suara AL.

Wajah R yang pucat lesi dapat dilihat oleh AL dengan bantuan cahaya bulan yang menyinari melalui tingkap kaca. AL mendekati R dengan perlahan namun R yang terkejut bercampur panik mula menggeleng kepala. Tangannya yang dibasahi darah merah yang masih baru itu digunakan untuk menekup wajah.

" Shh.. Tak apa. Jangan takut. Awak, dengar sini.. Hey, pandang saya. " pujuk AL lembut. Dia kini berada dihadapan R. Tangan gadis itu ditarik perlahan lalu dilap pada baju miliknya. R tersentak. Tubuh kecil yang menggigil ketakutan itu kini berundur.

" Tak apalah. " pujuk AL lagi lalu menarik kembali R supaya dekat dengannya. AL mengelap semula tangan R dengan bajunya hingga sisa darah tidak lagi kelihatan. R menelan liur.

" R.. Tak bunuh dia.. Tak.. " suara R tersangkut.

" Shh.. Tak perlu cakap apa-apa. Saya tahu R tak bunuh sesiapa. Semuanya tak sengaja. Jangan risau.. Semuanya akan okay. " AL menguntum senyum.

Tubuh R yang menggigil dipeluk lalu AL mencium kepala R supaya gadis itu kembali tenang.

" R, dengar sini.. Dengar cakap AL, okay? Pergi dari sini. Pergi dari sini dan tunggu kat rumah. Jangan keluar sampai Fen datang. Faham? " beritahu AL.

R mendongak untuk melihat wajah AL. Keningnya bertaut. Apa yang AL cuba sampaikan?

" Okay? Janji dengan saya walau apa yang jadi sekalipun, awak tetap akan teruskan hidup dan jangan sesekali awak beritahu sesiapa pun tentang apa yang berlaku dekat sini. " AL bersuara lagi.

Mata R membulat. Apa yang AL merepek? Dia tak faham hinggalah telinga R menangkap bunyi tapak kaki yang menuju ke arah mereka. Tak mungkin..

" Tak, awak tak boleh buat macam ni. Semua orang akan.. Tak! Awak tak boleh! " R menjerit namun cepat saja tangan AL menekup mulut R.

" Siapa?!" Kedengaran suara beberapa orang lelaki yang mungkin pengawal di depan pintu.

R meronta namun AL lebih cepat menggunakan magiknya dan teleport R jauh dari tempat tersebut.

Bang!

Pintu bilik terkuak.

" Penceroboh ke?! " jerit salah seorang pengawal namun apabila terpandang akan baju AL yang penuh darah mereka terdiam.

" Tuan Hide! " pengawal yang mengecam tubuh yang kaku terbaring diatas lantai itu cepat-cepat berlari ke arah AL berdiri.

AL dengan pantas berlari ke hujung bilik namun pengawal tadi mengepungnya. Dia tahu dia boleh teleport keluar tapi.. R.. Dia perlu selamatkan R. Disebabkan itu AL melompat keluar melalui tingkap kaca bilik tersebut.

" Pembunuh! Kejar dia! Pembunuh! " jerit pengawal-pengawal tadi.

Suasana majlis menjadi kecoh. Fen yang menyedari tentang apa yang berlaku turut berlari keluar untuk melihat. Alangkah terkejut apabila Fen melihat AL ditangkap oleh beberapa orang pengawal. Lebih terkejut adalah apabila matanya melihat baju yang comot dengan darah. Tak mungkin.. Apa yang AL dah buat? Sebab tak mahu R membunuh, adakah AL bunuh lelaki tu dulu? Fen tak faham. Wajah AL yang tersenyum padanya... Fen tak faham.

Red Raven (Completed)Where stories live. Discover now