Episode 3

1K 102 15
                                    

R menoleh ke arah Dom yang sedang termenung melihat bintang. Sejak petang tadi, Dom langsung tidak bersuara. Unggun api dihadapan R bagai tidak lagi dapat membuatkan dirinya hangat. R berpeluk tubuh. Suasana di dalam hutan kali ini sangat sejuk pada waktu malam. Kedudukan mereka kini di sebelah selatan negara Yavh.

Menurut Dom, R tahu perjalan mereka masih panjang. Tempat asal Dom, Kampung Ravenville berada di utara negara Yavh. Setelah itu, Dom dan ibubapa R berpecah dan masing-masing tinggal di tempat lain dengan menyembunyikan identiti mereka. Ibu dan ayah R tinggal di Kampung Eyra, dimana kampung tersebut adalah kampung unsur air.

Apabila mereka dapat tahu tentang identiti sebenar keluarganya, mereka dihukum bunuh dan Dom telah menyelamatkan R. Memang benar apa yang telah diberitahu Dom kepada R sebelum ni. R akan berterima kasih padanya suatu hari nanti. Sejujurnya, R masih belum sempat mengucapkan terima kasih.

R melihat belakang Dom yang naik turun kerana bernafas. Masih ralik melihat bintang. R bangun dari tempatnya dan berjalan ke arah Dom.

" Pak cik Dom, terima kasih. " ujar R apabila dia duduk disebelah Dom.

Dom menoleh kesisi. Bibirnya menguntum senyum lalu dia kembali melihat langit.

" R, kau nak tahu sesuatu? " Dom bersuara setelah lama diam.

" Apa? " tanya R penuh minat.

" Tengok ni. " Dom mengeluarkan sesuatu dari poket jaket yang dipakainya.

Sekeping gambar lama dihulur kepada R.

" Gambar ni.. " R menatap lama gambar bertiga itu. Gambar yang menunjukkan Dom semasa muda, memeluk seorang wanita yang sangat cantik. Diantara mereka berdua ada seorang kanak-kanak lelaki sedang tersenyum. Dom tidak nampak jauh beza dengan rupanya yang sekarang.

R memandang wajah Dom bagi mendapatkan penjelasan.

" Perempuan tu Sera. Dia isteri aku. Budak tu pula anak lelaki aku. " beritahu Dom.

R terdiam kerana terkejut. Dia tidak pernah tahu malah, tidak pernah langsung terbayang akan Dom yang sudah berkeluarga. Nanti.. Kalau Dom ada keluarga, kat mana mereka? Selama ni Dom sentiasa ada dengannya dan tidak sekalipun Dom membawa R berjumpa dengan mereka.

" Dekat mana mereka sekarang? " soal R apabila dia berjaya mengumpul kekuatan untuk bertanya.

Dom hanya tersenyum. Namun senyuman itu sudah cukup membuatkan R faham.

" Mereka.. Dah tinggalkan pak cik? " perlahan saja suara R.

Dom ketawa kecil. " Lebih kurang la.. Aku menyesal sebenarnya.. Sebab aku tak dapat buat apa-apa untuk isteri dengan anak aku. Sebab aku lemah, penakut.. Aku tak layak untuk ada keluarga.. Anak aku sendiri pun aku tak dapat lindungi.. Isteri aku pun tinggalkan aku.. "

R mengetap bibir mendengar penyesalan dari Dom. Gambar ditangan dipegang erat. Dom sentiasa ada bersama gambar tersebut sebagai kenangan. Satu-satunya kenangan yang tinggal.

" Kau boleh simpan gambar tu. Aku tak perlukannya lagi. " beritahu Dom sambil bangun. Dia berlalu pergi dari situ dan duduk dibawah pokok berdekatan dengan unggun api mereka.

R pantas mengikut langkah Dom. Apabila melihat Dom telah berbaring untuk tidur, R mencapai selimut lalu menghamparnya disebelah Dom.

" Selamat malam pak cik Dom. " ucapnya sebelum menutup mata.

🍁🍁🍁🍁🍁

Bunyi kicauan burung pada pagi itu membuatkan R tersedar dari tidur. Dia bangun dan mengeset mata yang kuyu. Sesaat kemudian dia menguap pula sambil menutup mulut dengan tangan. Apabila sedar sepenuhnya, dia melihat sekeliling. Dom tiada di situ.

R pantas menggunakan magik.

" Tracking eyes. " ucapnya lalu mata R bertukar hijau yang berkilau. Seluruh pandangan mata R berubah. Dia dapat melihat jejak yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sejujurnya R bersyukur dengan apa yang telah diajar oleh Dom.

R mengikut jejak yang digunakan oleh Dom. Apabila R pasti bahawa Dom hanya ke bandar terdekat dia menghembus nafas lega. R kembali semula ke tempat asal untuk menunggu Dom pulang. Mungkin Dom pergi beli barang keperluan.

Sementara menunggu, R mula berlatih sendiri untuk menguatkan lagi magiknya. Kebanyakan magik yang diajar oleh Dom adalah magik untuk pengintipan dan perlindungan diri. Selebihnya, R disuruh mencipta sendiri magiknya untuk berlawan. Oleh itu, R telah mencipta sebuah portal untuk mengisi senjata.

Pada mulanya Dom sangat terkejut apabila R tunjukkan magik tersebut kerana untuk membuka portal adalah sesuatu yang hampir mustahil. Portal adalah ruang antara masa yang mempunyai pelbagai guna seperti untuk pengangkutan dan untuk ke dunia lain. Selalunya portal tidak dibuka oleh sesiapa, ianya fenomena yang terjadi dengan sendiri dimana pada setiap bulan penuh, di setiap negara akan ada satu portal yang terbuka bagi membolehkan individu mengembara ke tempat lain.

Kebolehan R untuk membuka portal sendiri amat mengkagumkan. Sejak itu, R telah mengisi ruang tersebut dengan pelbagai senjata yang dicipta sendiri menggunakan magik. R berhenti untuk berehat seketika setelah hari semakin larut petang. Dia sedar yang Dom masih belum pulang.

R menanti untuk beberapa minit namun sabarnya hilang juga. Langkah kaki diatur untuk kebandar setelah dia mencapai jubah kerudung bagi menutup tubuh dan kepalanya. Laju R berlari. Setelah tiba dibandar, dia mencari-cari kelibat Dom. Kelihatan di tengan bandar, ramai orang sedang berkumpul.

R berjalan ke tengah dan mencelah disebalik orang ramai yang berkumpul. Dia ingin melihat apa yang sedang mereka kecohkan sangat. Alangkah terkejutnya R apabila dia melihat Dom terikat di palang kayu dengan luka parah. Beberapa orang tentera negara Yavh sedang mengawal.

R menekup mulut. Matanya bertembung dengan Dom. Bibir lelaki itu menguntum senyuman lemah.

" R.. Dengar sini.. Dah tiba masanya.. Lari, pergi jauh dari sini. Mulai sekarang, tak ada lagi kau dengan aku. Cuma kau. Sekarang cuma kau seorang. " suara Dom muncul didalam fikiran R. R tahu Dom sedang menggunakan mind link.

R menggeleng. Air matanya mengalir perlahan.

" Tak.. Pak cik Dom janji akan jaga R. Pak cik kena tunaikan.. " balas R.

" Maaf.. R, aku tahu perkara ni akan jadi.. Sebab tu aku berkeras dengan kau sejak akhir-akhir ni. Aku cuba untuk elakkan perkara ni dari terjadi, tapi macam yang aku sangka.. Aku tak dapat ubah vision aku. R, dengar cakap aku. Walau apa pun yang terjadi, kau kena selamat. Tolong... R, kau kena jaga diri dengan baik. Selamat tinggal."

R menggeleng kepalanya beberapa kali. Air matanya makin deras. Dia menoleh dan berpusing. Langkah kakinya perlahan berlalu dari situ.

" Bagus.. Pergi dari sini R. Lari.. Lari dan jangan pernah berhenti. " suara Dom semakin perlahan apabila R semakin menjauh. Lama kelamaan dia tidak lagi mendengar suara Dom.

Red Raven (Completed)Место, где живут истории. Откройте их для себя